Pages

Subscribe:

12 Jun, 2013

[hang nadim] Raja-Raja Melayu bukan simbol .....



Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini. 

Pendapat itu tidak tepat. Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara. 

Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara.

Keduanya umpama tiang menunjangi negara. Satu daripadanya tidak boleh dilupai kerana ia boleh membinasakan keseluruhan negara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengimbangi kedua-duanya sehingga menjadi pelengkap antara satu sama lain, bukan kompetitif atau berlawanan.

Kedua-dua sistem itu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Namun, kita tidak dapat mengelak daripada pertembungan antara kedua-duanya. Pertembungan ini berlaku kerana keadaan, budaya serta sejarah yang membentuk latar dan landskap negara.

Pindaan kepada Perkara 66 pada 1983 dan seterusnya 1994 menjadi antara contoh pertembungan. Pindaan terbabit dianggap sesetengah pihak sebagai mengikis kuasa Raja. Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain, ia bertujuan mengukuhkan demokrasi.

Konvensyen Westminster 
Pada peringkat Persekutuan, peruntukan asal Perlembagaan mewajibkan setiap Rang Undang-Undang mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan seterusnya beroperasi sebagai undang-undang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-Undang terbabit tidak boleh diwartakan dan tidak boleh menjadi undang-undang.

Ia kemudian dipinda sehingga kepada apa yang ada sekarang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dalam masa 30 hari, rang undang-undang itu boleh diwarta dan beroperasi. Bagaimanapun, pada peringkat negeri masih ada negeri yang masih mengekalkan syarat mohor besar Raja-Raja dalam Perlembagaan negeri.

Dalam konvensyen Westminster, Raja tidak pernah enggan memberikan mohor besar kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini bagi meraikan demokrasi berparlimen. Bagi negara kita, sejarah perundangan memperlihatkan bahawa Perlembagaan negeri meletakkan kuasa legislatif dalam bidang kuasa Raja.

Keadaan mula berubah dengan Perjanjian Persekutuan 1948, bila mana Raja-Raja bersetuju menjadi Raja Berperlembagaan dan sebahagian besar kuasa Raja, termasuk kuasa legislatif diserahkan kepada majlis perundangan. Begitu juga dengan Perlembagaan 1957, tetapi mengekalkan syarat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dan pada peringkat negeri, mohor besar Raja.

Punca perbezaan

Pindaan kepada Perkara 40 Perlembagaan juga boleh dijadikan contoh. Pindaan terbabit memasukkan fasal (1A) yang menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut atas nasihat jemaah menteri berkenaan apa juga peranan dan fungsi yang memerlukan baginda bertindak atas nasihat. Pindaan Perlembagaan ini juga satu cedukan daripada konvensyen Perlembagaan Westminster.

Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hanya lahir ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Institusi ini agak baru berbanding institusi Raja di Negeri-Negeri Melayu. Kita lihat Terengganu sebagai contoh. Dalam Itqan al-Muluk bi ta’dil al-Suluk Terengganu yang diisytiharkan pada 1911 itu meletakkan kuasa sangat luas kepada Sultan. Kuasa bertumpu kepada Sultan walaupun menghendaki Sultan mengendalikan pentadbiran negara menerusi mesyuarat atau perbincangan dengan Jemaah Menteri dan juga ada disebut ahl al-hal wal’ ‘aqd.

Oleh itu, sejarah dan perundangan terdahulu mungkin menjadi punca perbezaan dari segi ‘sentimen’ mengenai Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Negeri-Negeri Melayu.

Menjadi pelengkap

Yang pasti, Raja bukan hanya sekadar simbol dalam sistem demokrasi kita. Baginda mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri.

Kuasa Raja dalam soal mohor besar sebagai contoh, boleh menjadi penapis kepada ‘demokrasi mutlak’. Ia boleh bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang kepada tindakan pihak legislatif atau eksekutif menurut demokrasi.

Maka, di sinilah timbulnya konflik antara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Mengelak daripada Raja mutlak, pada masa sama, juga menghindari demokrasi mutlak. Kita mestilah berhati-hati dalam hal ini supaya kedua-duanya menjadi pelengkap antara satu sama lain mengikut acuan kita. Apa yang pasti kita mahukan kedua-duanya kekal bersama.

Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM
Kenyataan Mat Sabu bukti kecelaruan Pas
Mohd. Riza Kamaruddin

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu parti itu turut serta dalam perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas membuktikan wujudnya kecelaruan pendirian dalam kalangan pemimpin parti Islam tersebut.
Menyifatkan kecelaruan itu sebagai sesuatu yang pelik dan mengecewakan, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin turut mempersoalkan keperluan parti tersebut menyertai demonstrasi yang dikhuatiri bakal 'menghumban' negara ke kancah kebinasaan jika bertukar ganas.
''Ambillah iktibar apa yang berlaku di Turki baru-baru ini. Mengikut sejarah Islam, tiada yang membenarkan perlakukan demonstrasi terhadap pemerintah. Kalau ada pun, demonstrasi pertama melibatkan golongan penentang Saidina Uthman sehingga beliau terbunuh.
''Demonstrasi ini wujud sekadar nak pamerkan rasa marah dan tidak puas hati. Akan ada yang menghamburkan perkataan-perkataan tak baik atau fitnah. Oleh itu, kalau benar Mohamad Sabu kata Pas setuju sertai demonstrasi, kita amat kecewa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mohamad seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini mengenai persetujuan jawatankuasa Pas Pusat mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Namun, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Mohd. Riza berkata, negara ini memiliki undang-undang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan mana-mana parti yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan petisyen.
''Ikutlah undang-undang, itu lebih mudah dan jangan heret rakyat melakukan demonstrasi kerana ia tidak baik kepada negara. Kita minta ahli Pas supaya berfikiran rasional kerana demonstrasi ini tak lain hanyalah untuk menyusahkan orang lain,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130612/po_07/Kenyataan-Mat-Sabu-bukti-kecelaruan-Pas#ixzz2W2yU2hGz
© Utusan Melayu (M) Bhd 


DAP Pulau Pinang eksploitasi Melayu, India?

PULAU PINANG 11 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui akhbar terbitannya, Buletin Mutiara didakwa cuba menggambarkan mereka sebagai kerajaan prihatin terhadap semua kaum dengan mengeksploitasi warga emas kaum Melayu dan India yang menerima bantuan tahunan RM100.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, penyiaran gambar yang menunjukkan warga emas kaum berkenaan yang kelihatan sangat gembira kerana menerima bantuan berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.
"Saya melihat Ketua Menteri, Lim Guan Eng melalui akhbar Buletin Mutiara cuma memberikan gambaran kononnya DAP menjaga kebajikan orang Melayu dan India sedangkan hakikat sebenar bukan begitu.
"Jika dihitung, dengan wang sebanyak RM100 setahun, berapa sen yang dapat digunakan sehari oleh warga emas untuk menampung perbelanjaan mereka?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas muka depan terbitan terbaharu Buletin Mutiara yang menyiarkan laporan tentang keputusan kerajaan negeri meneruskan pemberian bantuan berkenaan sambil memaparkan gambar warga emas kaum Melayu dan India memegang duit RM100 dalam keadaan sangat gembira.
Menurut Aminah, beliau percaya tindakan berkenaan dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi syarat mendapatkan bantuan berkenaan juga menyusahkan apabila warga emas terpaksa mendaftar terlebih dahulu.
"Saya juga kasihan melihat warga emas berkenaan dipergunakan. Bagi RM100 setahun tetapi mereka canangkan dengan gahnya.
"Sekiranya benar-benar ikhlas, semua itu tidak perlu. Bagi bantuan kematian pula, hanya diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mesti mendaftar terlebih dahulu," katanya.
Jelas Aminah, dalam konteks memberikan bantuan, kerajaan Pusat secara konsisten telah melakukannya sejak dahulu lagi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Jumlah yang diberi JKM lebih banyak dan secara bulanan, malah tidak memilih bulu apabila semua kaum akan menerimanya sekiranya mereka memerlukan. Bahkan, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk menyalurkan bantuan ini kepada rakyat.
"Kalau hendak dikira bantuan, kerajaan Pusat telah melakukan yang terbaik bermula daripada bayi berada dalam perut ibu lagi tetapi tidak dicanang seperti mana kerajaan DAP Pulau Pinang buat.
"Mereka sangat bermegah-megah dengan bantuan kecil sedangkan masalah asas rakyat negeri ini seperti harga rumah yang melambung tinggi masih tidak diselesaikan," katanya.
Secara sinis, Aminah bertanya adakah hanya itu kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjaga kebajikan rakyat selepas memasuki tahun keenam diberi mandat mentadbir negeri ini?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130612/po_08/DAP-Pulau-Pinang-eksploitasi-Melayu-India#ixzz2W2zSipOk
© Utusan Melayu (M) Bhd 



lagu dan budaya melayu untuk kita org2 melayu junjung dan lestarikan. ketepikn fahaman politik, jgn makan hasutan manusia setan yg mahu melihat bangsa sendiri berpecah belah dan membenci sama sendiri. sampai menuduh bgsa sendiri dajjal zionis. seteruk mana pun mereka, mereka tetap saudara melayu kita dan islam kita. knpa sampai begitu sekali kita membenci org melayu kta, hasad dengki xabis2. barah dlm masyrkt melayu. melayu yg suka mengadu domba tulah yg telah termakan hasutan dajjal dan zionis.


sokong kamu wahai pejuang melayu! HIDUP MELAYU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.