Pages

Subscribe:

11 Jun, 2013

[hang nadim] Surat terbuka kepada YB Tony Pua......

YB Tony Pua,
SAYA menulis warkah ini bagi menjawab kenyataan saudara yang disiarkan di dalam portal berita themalaysianinsider.com pada 7 Jun 2013 di mana saudara menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO sebagai paling rasis dalam negara ini.
Ketika Dr. Mahathir melafazkan sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981, saudara baru seorang budak hingusan berusia 9 tahun.
Jurang intelek antara saudara dan Dr. Mahathir bagaikan langit dengan bumi dan tidak mungkin saudara atau mana-mana rakyat di negara ini mampu mencapai ketinggian serta ketajaman pemikiran seperti beliau walaupun untuk tempoh 50 tahun akan datang.
Bagi saya dan rakyat Malaysia yang menyanjungi ketokohan dan kepemimpinan serta sumbangan besar beliau kepada kemajuan dan kestabilan negara ini, tuduhan saudara umpama tombak berbisa menusuk kalbu khususnya bagi orang Melayu.
Saudara tentu sedar sejak tertubuhnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) parti ini telah dan masih dianggap sebagai sebuah organisasi politik yang berasaskan kepada sentimen perkauman tebal, pemikiran rasis dan sempit yang hanya menggalas kepentingan agenda kaum Cina sahaja, iaitu bangsa kelahiran saudara.
Berlainan pula dengan UMNO yang lahir di tempat yang mulia dan disanjung sebagai parti Melayu yang memainkan peranan amat penting membawa nikmat kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara sendiri.
Parti yang saudara label sebagai 'paling rasis' ini jugalah antara lain berjaya membangunkan pendidikan di negara ini sehingga saudara turut menerima tempias nikmatnya berkesempatan menuntut di Universiti Oxford.
Dr. Mahathir pernah mengatakan orang Melayu mudah lupa tetapi saya yakin orang seperti saudara juga mudah lupa untuk bersyukur terhadap segala apa yang saudara dan bangsa saudara perolehi atas perjuangan ikhlas UMNO sejak merdeka.
Sebelum saya mengemukakan bukti nyata untuk menyanggah tuduhan melampau dan tidak masuk akal saudara terhadap Dr. Mahathir dan UMNO, biarlah saya beritahu saudara mengenai beberapa perbuatan dan amalan orang Cina terhadap bangsa Melayu yang selama ini hanya memendam dan bersabar di atas diskriminasi yang mereka alami.
Tanya sahaja mana-mana orang Melayu yang membaiki kereta atau motosikal di bengkel kepunyaan Cina, pasti mereka akan merungut bayaran yang dikenakan kepada mereka 15 hingga 20 peratus lebih mahal daripada pelanggan berbangsa Cina.
Tanya pula kepada makcik-makcik Melayu yang membeli-belah di kedai runcit kepunyaan Cina, mesti mereka akan memberitahu harga yang dicaj kepada pelanggan Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa mereka sendiri.
Begitu juga diskriminasi yang dilalui oleh peniaga-peniaga Melayu yang ingin mencari peluang pasaran di pasar raya milik Cina. Kerap barangan mereka dipamerkan hampir dengan setor malah ada juga di tepi tandas, walhal dari segi kualiti dan harga produk keluaran Melayu setanding dan kompetitif dengan barangan keluaran syarikat Cina.
Banyak lagi contoh yang ingin saya maklumkan kepada saudara tetapi cukuplah sekadar untuk membuka mata saudara betapa rasisnya bangsa saudara. Bagaimana pula diskriminasi syarikat Cina yang hanya mengiklan jawatan kosong untuk bangsa Cina sahaja?
Malah pekerja Melayu di syarikat Cina juga mendapat gaji yang lebih rendah walaupun mempunyai kelulusan dan dan jawatan yang sama dengan rakan sekerja berbangsa Cina.
Apa pula jawapan saudara mengenai budaya penyalahgunaan dadah, rasuah, aktiviti haram dan maksiat seperti rumah urut, pusat judi, pusat siber kafe haram, pusat karaoke haram dan sebagainya yang rata-rata dikendalikan oleh bangsa saudara?
Mungkin dasar Perdana Menteri yang 'amat rasis' ini jugalah yang berjaya meletakkan 29 daripada 40 billionaire dan jutawan berbangsa Cina dalam senarai individu Malaysia paling kaya majalah Forbes pada tahun 2012.
Semasa DAP, Pas dan PKR menguasai Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, sudikah saudara menjelaskan mengapa antara langkah terawal kerajaan negeri adalah menutup 700 Tabika Kemas yang memangsakan lebih 13,000 murid dan beratus-ratus guru Kemas yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu?
Begitu juga dengan tindakan kerajaan DAP-Pas-PKR yang sengaja memperlahankan pembinaan masjid dan sekolah agama baharu sepanjang 11 bulan memerintah Perak sementara sekolah-sekolah swasta Cina bercambah dengan diberikan tanah manakala kampung-kampung baru diberikan status kekal.
Ini hanya sekelumit sahaja daripada tindakan-tindakan rasis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dikawal oleh DAP.
Akhir sekali, biarlah saya mengingatkan kembali kalimat-kalimat rasis yang ditujukan kepada orang Melayu oleh penyokong-penyokong parti saudara dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969. Jika saudara musykil silalah rujuk kertas putih yang disediakan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Dokumen ini ditandatangani Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Datuk Hussain selaku Pengarah MAGERAN.
Menurut laporan ini pada muka surat 33 bab 12, ketika melintas Balai Polis Brickfields penyokong-penyokong Cina DAP telah melaungkan kata-kata mencaci, "Apa polis boleh buat? Kita Raja" dan "Buang semua polis Melayu".
Dalam perarakan DAP meraikan kemenangan mereka di depan Balai Polis Jalan Travers, sekali lagi penyokong-penyokong Cina DAP mengucapkan kata-kata kesat dan biadab terhadap orang Melayu seperti, "Mati Melayu, Sakai pergi masuk hutan!" Berhampiran dengan pondok polis Bukit Bintang, penyokong-penyokong Cina DAP dan Gerakan (ketika itu pembangkang) bertempik dengan mengeluarkan kata-kata amat rasis sekali, "Apa ini Melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan Melayu punya."
Saya anjurkan saudara baca sehelai demi sehelai laporan MAGERAN setebal 104 halaman ini supaya saudara mendapat pencerahan minda dan kesedaran serta keinsafan siapakah rasis nombor wahid di negara yang dipanggil Tanah Melayu ini.
Mungkin pahit untuk saudara telan sedikit daripada kebenaran dan fakta yang saya kemukakan tetapi saya percayakan pepatah Melayu yang mengatakan mana harimau yang boleh tukar belangnya?

Kita terus dihina sebab penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan
BAGAIKAN putaran roda terhadap penghinaan ke atas orang Melayu yang juga beragama Islam. Entah mengapa lepas satu demi satu isu penghinaan ke atas bangsa Melayu. Belum lagi selesai isu penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong, timbul kembali isu lagu Negaraku dihina.
Percayalah, selepas ini berlegar semula mengenai penghinaan ke atas bendera Jalur Gemilang. Selepas itu putaran kembali kepada penghinaan ke atas kalimah Allah, Nabi Muhammad SAW, agama Islam dihina, dan al-Quran.
Kita jangan berasa pelik apabila mendengar kembali kedudukan orang Melayu digugat, Perlembagaan diperkotak-katikkan, undang-undang tidak dihormati, apatah lagi kritikan dan penghinaan terhadap pasukan Polis Di-Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang majoriti anggotanya ialah orang Melayu dan Islam.
Lazimnya, setiap kali berlaku penghinaan maka ia diikuti berbagai-bagai bantahan. Kita juga akan mendengar pelbagai amaran diberi oleh pihak berkuasa. Bermacam-macam bentuk kemarahan ditunjukkan oleh orang Melayu melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Selepas itu apa tindakannya? Tidak ada?
Sebab itu, banyak orang berkata, buatlah banyak mana perhimpunan dan demonstrasi besar-besaran, namun sedikit pun tindakan itu tidak akan menggerunkan penghina-penghina yang mengaku warga Malaysia itu.
Saya yakin mereka akan terus menghina Institusi Raja Melayu, agama Islam dan orang Melayu.
Sebab utama perkara ini terus berlaku, kita pun sudah tahu. Boleh dikatakan tiada tindakan dan hukuman tegas pernah dikenakan ke atas pelaku kesalahan termasuk menghina perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Dalam sesuatu isu penghinaan, kita boleh baca beratus-ratus laporan polis dibuat di seluruh negara. Tapi apa yang berlaku kesudahannya? Adakah penghina ditangkap dan didakwa di mahkamah? Atau kita ada mendengar hukuman berat telah dijatuhkan kepada penghina terbabit? Mungkin ada, tapi kadang-kadang.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa yang berkenaan kena buktikan mereka peka dengan suara dan harapan orang Melayu!
Ambillah tindakan berani dan drastik dengan menangkap individu yang terlibat, jangan nanti orang Melayu sendiri jatuhkan hukuman akibat hilang sabar. Sampai bila orang Melayu dan umat Islam diminta terus bersabar.
Berdasarkan laporan berita sebelum ini, penghina-penghina orang Melayu, institusi raja dan agama Islam dikatakan sudah berjaya dikesan tetapi mana batang hidung mereka. Jika mereka disiasat, tunjukkan kepada umum supaya wajah mereka dikenali oleh orang Melayu. Melalui cara ini, mereka tidak akan berani untuk tunjuk besar kepala selepas ini.
Orang Melayu sudah bosan dan jemu dengan kenyataan amaran demi amaran yang diberi. Kita tak mahu lagi bantahan demi bantahan dalam demonstrasi sekadar menuntut penghina menarik balik kata-kata dan memohon maaf sahaja.
Kini zaman amaran dan bantahan sudah berlalu kerana tidak menunjukkan kesan diharapkan. Inilah masa untuk ‘mengajar’ penghina berkenaan berasa bersalah dan insaf? Jika tidak suka undang-undang Malaysia, mereka boleh cari negara lain.
Sedih juga bila mengenang semasa wujud Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak ada tindakan tegas terhadap penghina. Penggunaan undang-undang di bawah Akta Hasutan pula jarang-jarang sekali digunakan.
Yang ada hanya kata-kata gertak. Siapa nak takut kalau berpuluh-puluh kali kata-kata gertak dikeluarkan tapi tindakan tegas tidak juga dilaksanakan.
Dasar pihak berkuasa kita mungkin atas arahan penguasa politik atasan - lazimnya mengambil langkah berlembut dengan harapan penghina akan insaf. Terbukti sudah, dasar sebegini tidak berkesan malah menyebabkan keadaan semakin teruk jadinya.
Untuk mengajar dan mendidik warga Malaysia sekarang, mungkin tindakan undang-undang tegas perlu dikuatkuasakan.
Percayalah selagi tidak ada undang-undang dan hukuman tegas dikenakan kepada penghina, maka mungkin bentuk penghinaan yang lebih dahsyat akan berlaku pada masa depan.
Setakat ini, penulis blog, facebook, twitter yang hina orang Melayu dan agama Islam hanya menyatakan mohon maaf. Cukupkah setakat itu sahaja?
Pihak berkuasa Malaysia patut contohi negara-negara Islam lain. Misalnya dalam satu kes di Kuwait pada 8 Mac lalu, mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang aktivis selepas didapati bersalah menghina Amir Kuwait selain menyeru perhimpunan antikerajaan dan menyebarkan berita palsu menerusi akaun twitternya.
Di Mesir pada 2 Jun lalu pula, sebuah mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.
Benarkah tahap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia kurang berkesan kerana kita mahu menjaga hati kaum dan penganut agama lain? Baik sangatkah mereka kepada umat Islam?


Memanda Wazir added a post from June 11, 2013 to his timeline.
SEKALI SEKALA TERUSIK JUGA HATI KECIL DENGAN TELATAH ANAK MUDA HARI INI YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN TIDAK BERADAP. APAUKAN DAYA ORANG SEPERTI TEMAN NI, KAUM-KAUM WARGA EMAS SUDAH TIDAK MAMPUM, MALAH TIDAK BERBALUI RASANYA UNTUK MENUNJUKAN RASA TIDAK PUAS HATI ATAU UNTUK MEMBERONTAK.

APA PUN HARI INI RASA TERUBAT JUGA HATI KECIL INI DENGAN TULISAN DUA ANAK MUDA YANG BERJIWA KENTAL DAN BERANI MENULIS DALM UTUSAN MELAYU BERTARIKH 11 JUN 2013 DI MUKA SURAT 10 DAN 11.

TULISAN YANG PERTAMA OLEH AZMAN ANUAR DALM RUANGAN " PAHIT-PAHIT KOPI" DAN YANG KEDUNYA SURAT TERBUKA KEPADA YB TONY PUA, OLEH ZULKARNAIN TAIB.

DENGAN DUA TAJUK TULISAN TERSEBUT, RASANYA TERUBAT SEDIKIT SAKIT HATI KEPADA MEREKA YANG CUBA BERMAIN API DAN MEMBAKAR HATI NURANI BANGSA AKU MELAYU.

PERSOALANYA; SAMPAI BILA KITA ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM INI, BERDIAM DIRI DAN MEMENDAM RASA? TAK ADAKAH PARA PEMIMPIN YANG BERANI DAN MAHU KEHADAPAN MENJELASKAN KEPADA MEREKA YANG SENGAJA MENCARI MUSUH DAN SENGKETA..?

APAKAH MEMADI DENGAN DUA ORANG TERSEBUT?

ERIMA KASIHLAH KEPADA SAUDARA Hamiza Kasser dan Said Trj A ATAS KEPERIHATINAN ANDA. KALAU MALAYAN UNION UMNO BOLEH BANGKIT DAN BERSEMUKA, KENAPA TIDAK DENGAN CINA DAP?

Shahrom MD Sharif saya mengucapkan ribuan terima kerana menulis di-dalam blog utusan malaysia iaitu tentang nMr tony Phua...TQ AMIIIIIN

kepada MOHD FAIZ HAKIMI!!!!....lagu ini bukan lagu yang menjahanamkan bangsa melayu.... belia pasca merdeka mudah lupa n x sedar asal usulnya....Melayu mudah lupa!!! Hayati bait2 liriknya...apalah gunanya jadi bangsa Melayu andai diri sendiri mengutuk bangsanya sendiri n di manakah nilai patriotik anda sebagai rakyat Malaysia??...Jangan biarkan Tanah berdaulat ini hilang kedaulatannya sekali lagi... jadilah rakyat yg berbangga dengan bangsanya sendiri.
nukilan hati hang nadim
" MELAYU MASIH SABAR DAN TERUS SABAR DEMI KEAMANAN NEGARA"

masa saya saya belia dulu setiap kali ada aktiviti kita akan nyanyi kan lagu ni sebagai menaikan semangat orng melayu waktu tu
Anuar kau khianat bangsa melayu kau hanya untuk dapat undi cina!!! nie lagu warisan jangan main2
tak faham lagu.. mcmana nak pimpin negara klau cakap macamtu.. dia kata umno kroni,walhal dia anak-branak dok krusi utama kat pkr.. hampeh punya anwar.. gila kuasa




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.