Pages

Subscribe:

16 Jun, 2013

[hang nadim] WAHAI MAT SABU JANGAN HINA KAMI.....




Mat Sabu bermain api
KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bukan sahaja berbohong mengenai fakta kematian ketika dalam tahanan polis malah sengaja mahu 'bermain dengan api' apabila menghasut kaum India membenci kerajaan dan pasukan keselamatan itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut.
"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.
"Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.
Wan Junaidi menegaskan, pihaknya kesal dengan tindakan mempermain-mainkan sentimen perkauman untuk memburukkan kerajaan dan profesionalisme polis.
"Dalam hal ini, tindakan telah diambil supaya kematian-kematian dalam tahanan polis itu disiasat dan saya juga telah bertemu dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara ini.
"Selain itu, saya sendiri telah memberitahu Perdana Menteri yang kita kena kukuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," katanya.
Berdasarkan perangkaan, jumlah kematian tahanan polis yang dicatatkan adalah 64 orang Melayu, 30 orang Cina dan 28 orang India


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130615/po_03/Mat-Sabu-bermain-api#ixzz2WQPP2GLs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangan terpedaya dakyah pembangkang - PM


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama para pelajar Malaysia ketika majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia, di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan. - BERNAMA
JAKARTA 16 jun - Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.
Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.
"Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.
"What is wrong with them (apa masalah golongan ini)? What is wrong to the level of inteligent and rasionality (apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka) yang tak boleh fikir soal ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130616/po_08/Jangan-terpedaya-dakyah-pembangkang---PM#ixzz2WQQcLhws
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Wahai Mat Sabu..!! kau lihatlah sendiri betapa terseksanya maanusia yang dipanggil Wira, Pejuang & Benteng 
Negara yg telah mengadai serta mempertaruhkan nyawa demi Agama, Bangsa & Negara. Kaki putus, tangan 
kudung, telinga pekak & mata buta disebabkan ledakan "Bobby Trap" angkara PKM (Parti Komunis Malaya). 
Ini baru segelintir dari Wira2 yang masih hidup dapat kita saksikan sebagai bukti kezaliman PKM. Ini bukan 
lakunan seperti mana kau (Mat Sabu) jatuh dari m/sikal dalam BERSIH 2 dulu.Ini adalah realiti hidup..bukan
 kepura puraan serta pembohongan...Oohhh..Mat Sabu, sedarlah.



KERJA MAT SABU MASA LAMPAU
KUTIP DAN PILIH GETAH BUKU.....
TANGGUNG KAYU BUAT ARANG
TAHAN BURUNG......
BAKAT SEMULA JADI MENGUTUK KAWAN WAKTU MALAM
MAJIKAN MAT SABU COP LEMAN KAYA.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.