Pages

Subscribe:

26 Jun, 2013

[hang nadim]Adun Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia.....Al Fatehah.....


Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.
Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


KUALA BESUT 26 Jun - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang ini.
Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa.
Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu.
A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu.
Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130626/dn_35/Jenazah-ADUN-Kuala-Besut-selamat-dikebumikan#ixzz2XN7yJ8bJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.