Pages

Subscribe:

26 Jun, 2013

[hang nadim] Hubungan Ecuador-Malaysia.....Ecuador-Malaysia relations .....إكوادور وماليزيا العلاقات.....









Ecuador, atau rasminya Republik Ecuador merupakan negara demokratik di benuaAmerika Selatan, bersempadan dengan negara Colombia utara, Peru di timur dan utara,Lautan Pasifik di barat. Ia bertentangan dengan Malaysia.
Negara ini termasuk Kepulauan Galápagos (Archipiélago de Colón) di Pasifik, seluas 965 kilometer di barat tanah besar.
Ecuador berasal dari istilah Sepanyol iaitu equator. Negara Ecuador terletak di Equator dan luas negara ini ialah 256,370 kilometer persegi. Ibu negara ialah Quito.
Ecuador terbahagi kepada wilayah Lautana Pasifik.
  1. La Costa, di sepanjang pantai.
  2. La Sierra di mana Sierra bermaksud gergaji , merupakan kawasan pergunungan termasuk Banjaran Andes.
  3. El Oriente (bermaksud timur) meliputi Hutan Hujan Amazon di timur , mempunyai 5 % penduduk Ecuador.
  4. Kepulauan Galápagos seluas 1000 kilometer persegi terletak di barat , dalam Lautan Pasifik.
Ibu negara Ecuador Quito terletak di negeri , wilayah Sierra. region. Bandar terbesar ialahGuayaquil yang terletak di Guayas dalam pantai Cotopaxi.

KUALA LUMPUR 26 Jun - Ecuador mahu meningkatkan hubungan perdagangan, kebudayaan dan pelancongan dengan Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Luar dan Mobiliti Insan, Ricardo Patino.
"Hubungan antara kedua-dua negara amat mesra, dan amat penting kerana kita amat jauh dari segi geografi.
"Sejak 1994, Ecuador telah berada di Malaysia dan ia telah membolehkan kita mempunyai hubungan yang lebih mesra. Bagaimanapun, kita juga mahu menambah kandungan kepada hubungan ini dan itu sebabnya kami berada di sini untuk mempromosikan hubungan ini," kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.
Patino kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, mulai 25 hingga 27 Jun.
Ecuador, negara dengan 14 juta penduduk, kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, dan merupakan pengeksport terbesar dunia untuk pisang, dengan pengeluaran tahunan sebanyak enam juta tan metrik.
Menteri itu berkata, yang terdapat kemungkinan perdagangan Ecuador-Malaysia akan meningkat, yang pada masa ini bernilai kira-kira AS$15 juta (RM48.6 juta) setahun.
"Kita mempunyai banyak lagi produk yang kita boleh tawarkan. Ecuador menghasilkan pisang berkualiti terbaik, tepung, koko dan makanan laut secara umumnya...jadi, banyak yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Malaysia juga merupakan peneraju dunia dalam penghasilan produk elektronik," katanya lagi.
Eksport Ecuador ke Malaysia, terutamanya ialah produk koko dan import dari negara ini ialah peralatan semi-konduktor dan peranti elektrik tetapi menteri itu sedia maklum yang perdagangan antara kedua-dua negara masih lagi di paras amat rendah.
"Itu sebabnya kami mahu meningkatkannya," kata Patino sambil menambah di Asia, Ecuador mempunyai hubungan yang penting dengan China, Korea dan Jepun.
Beliau berkata yang syarikat-syarikat Malaysia turut dialu-alukan untuk melabur di Ecuador memandangkan negara itu menawarkan potensi dan peluang meluas untuk para pelabur.
Dalam pada itu, Patino berkata, terdapat sedikit sahaja perjalanan antara kedua-dua negara ekoran jaraknya yang jauh.
"Terdapat beberapa usaha oleh Kedutaan Ecuador (di Malaysia). Mereka telah mempelawa beberapa agensi pengembaraan untuk ke Ecuador dan melihat kecantikan yang kami ingin tawarkan.
"Kita mempunyai banyak rantau, gunung yang diselaputi salji, hutan, Kepulauan Galapagos dan banyak tarikan lain yang menjadikan lawatan ke Ecuador, satu pengalaman menakjubkan untuk rakyat Malaysia.
Patino berkata, negara itu juga mahu Malaysia menimbangkan agar mengadakan perwakilan diplomatik di Ecuador. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130627/ek_01/Hubungan-Ecuador-Malaysia#ixzz2XMvcrYv9
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Fail:Ecuador landscape near Ambato1.JPG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.