Pages

Subscribe:

02 Julai, 2013

[hang nadim] Cara Solat Jenazah Yang Ringkas......جنازة الصلاة طريقة سريعة ......



Beberapa hal yang dapat  membuat kita mengingat kematian :    
  1. Ziarah kubur. Nabi SAW bersabda, " Sesungguhnya dahulu aku melarang kalian menziarahi kuburan, tetapi sekarang Muhammad telah memperoleh ijin untuk menziarahi kuburan ibunya, karena itu berziarahlah kalian; sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat. (HR Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan an-Nasa’i, lafazh hadits ini menurut riwayat Tirmidzi)
  2. Melihat mayat ketika dimandikan.
  3. Menyaksikan orang-orang yang tengah sekarat dan menuntun mereka dengan kalimat syahadat.
  4. Mengiringi jenazah, menshalatinya, serta ikut ke pemakaman, saat jenazah dimakamkan
  5. Membaca Al-Qur�an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan akan kematian dan sakratul maut
  6. Uban dan Penyakit, kedua hal ini merupakan peringatan untuk kita.
  7. Fenomena alam yang dijadikan Allah SAW seperti gempa, gunung meletus, banjir, badai dan sebagainya. Semua untuk mengingatkan para hamba akan kematian
Semoga Allah SWT menutup akhir hayat kita dengan Husnul Khatimah dan menerima semua amal shalih kita. Ya Allah yang Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan, akhirilah hidup (wafatkanlah) kami dalam keadaan husnul khâtimah. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan sûul khâtimah, amin.



Ramai yang tak sertai solat jenazah apabila berlaku kematian. Ni disebabkan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menunaikan solat tersebut. Ketahuilah bahawa Islam ini mudah, Allah memudahkan Islam supaya kita dapat beribadat kepadanya.

Actually secara asasnya solat jenazah sangat mudah. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.
Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 



Maksudnya: Ya ALLAH, ampunilah dosanya dan kasihanilah kepadanya dan berikanlah kesejahteraan kepadanya dan maafkan kesalahannya. Hormatilah kedatangannya dan sediakan tempat tinggal yang selesa. Dan bersihkan dia dengan air salji dan air sejuk yang bersih. Hapuskan dia dari semua dosa, bagaikan kain puteh yang dibersihkan dari kekotoran. Dan gantikan rumahnya lebih baik dari rumahnya yang telah ditinggalkan. Dan gantikan ahli keluarganya dengan yang lebih baik daripada keluarga yang dahulu. Dan gantikan pasangan dengan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang lepas. Dan masukanlah dia ke dalam Syurga. Dan peliharakanlah dia daripada azab kubur dan perkara-perkara yang membawa fitnah. Dan lindungilah dia daripada seksa azab Neraka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.