Pages

Subscribe:

02 Julai, 2013

[hang nadim] Awang Had Salleh meninggal.....Al Fatihah.....

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my





Muhyiddin Yassin (tiga dari kanan) menunaikan solat jenazah Allahyarham Awang Had Salleh yang diimamkan 
oleh Imam Besar Masjid Putra, Abd. Manaf Mat di Putrajaya, semalam. - Utusan/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 1 Julai - Tokoh akademik dan sasterawan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, 79, meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi ini akibat komplikasi paru-paru di Hospital Putrajaya di sini.
Allahyarham diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu dan turut mengidap kencing manis.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah anak perempuannya, Datin Norazlina yang juga isteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Salmah Abu Bakar, 69, serta tujuh orang anak
iaitu lima lelaki dan dua perempuan.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selatan,
Presint 20, selepas solat zuhur.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara kenamaan
yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pencinta ilmu itu.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara kerana banyak sumbangan yang dicurahkan sepanjang hayat beliau kepada negara terutama dalam bidang bahasa dan kebudayaan.
Selain itu, katanya, Allahyarham juga pernah memegang jawatan penasihat khas kepada Kementerian Pendidikan.

"Negara amat menghargai sumbangannya. Saya ucapkan takziah dan doakan supaya keluarga Allahyarham tabah menghadapi cabaran ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Masjid Putra di sini.
Awang Had pernah menjadi Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1984 dan menjadi penasihat khas kepada Kementerian Pendidikan pada 1988.
Allahyarham membabitkan diri dalam penulisan kreatif seperti novel, cerpen, drama dan puisi sejak tahun 1950 di samping menulis buku-buku sekolah.
Beliau juga aktif menulis kertas kerja ilmiah serta rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130702/dn_06/Awang-Had-Salleh-meninggal#ixzz2XwEqHvWX
© Utusan Melayu (M) Bhd 




    [sunting]

    Kronologi1934: Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang

    Jawatan-jawatan lain yang disandang

    Penasihat Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

    Anugerah[sunting]

    Hasil penulisan[sunting]

    Antara buku tulisan beliau dan berkaitan beliau:
    1. Universiti sebagai taman minda : Universiti Kebangsaan Malaysia , 1998.
    2. Merah, kuning, biru : Federal Publications, 1998.
    3. Awang Had Salleh : tokoh pendidikan negara / Haris Fadillah.:Pustaka Bakti Wira , 1996.
    4. Warna-warna pengalaman seorang guru : Utusan Publications & Distributors, 1993.
    5. Budi / diselenggarakan oleh Awang Had Salleh. :Marwilis Publisher & Distributors, 1990.
    6. Laporan jawatankuasa mengkaji pengunaan bahasa Malaysia. :Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.
    7. Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah / [Suntingan] Awang Had Salleh. :Fajar Bakti, 1980.
    8. Karangan, fahaman dan analisa. : Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980.
    9. Pendidikan dan pentadbiran sekolah rendah : kumpulan kertaskerja KONPEN iii / Awang Had Salleh ; disunting oleh M. Noor Azam.:Sarjana Enterprise, 1980.
    10. Buat menyapu si air mata : DBP, 1980.
    11. Bahasa Malaysia pendekatan baru / oleh Awang Had Salleh, Haji Mokhtar Mohd. Dom & Haji Abdul Razak Hamid. :Fajar Bakti, 1978.
    12. Bimbingan bahasa Malaysia yang berkesan / Awang Had Salleh & Abdul Samat Salleh. :Fajar Bakti, 1975.
    13. Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya zaman British : DBP, 1974.
    14. Teman pelajar bahasa Malaysia.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.