Pages

Subscribe:

13 Ogos, 2013

[hang nadim] Kuatkan jati diri tolak pluralisme, hina kesucian Islam


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Umat Islam perlu memperkuatkan jati diri dan menolak sebarang bentuk toleransi dalam mempertahankan agama bagi mengekang perkembangan pluralisme dan trend penghinaan terhadap kesucian Islam di negara ini.
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, musuh Islam akan menggunakan serangan pluralisme kerana kefahaman ini akan menyebabkan umat Islam keliru dengan kefahaman sebenar.
"Akhirnya umat Islam yang tidak memahami Islam akan mentafsirkan ajaran Allah itu mengikut hawa nafsu sehingga menyebabkan orang lain dengan mudah menghina dan mempermainkan Islam dengan sewenang-wenangnya," ujarnya.
Beliau mengulas tentang kejadian bangunan surau di sebuah pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang dijadikan tempat upacara sembahyang penganut Buddha, sekali gus merupakan petanda fahaman pluralisme agama semakin berkembang di negara ini.
Menurut Ibrahim lagi, kewujudan golongan liberal di negara ini yang memberi fahaman salah terhadap Islam telah membuka ruang kepada golongan bukan muslim serta penganut sendiri menghina agama Islam.
"Golongan ini mempertikaikan syariat Islam seperti keharusan berpoligami, memakai tudung, pelaksanaan hudud, hukum wanita memasuki pertandingan ratu cantik dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan orang bukan Islam berani mempermainkan kesucian agama kita dan orang Islam sendiri juga terikut-ikut," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berkata, umat Islam sendiri perlu lebih sensitif dan sependapat dalam menangani permasalahan tersebut daripada terus berleluasa.
"Penghinaan terhadap agama sehingga ke tahap membiarkan rumah ibadat Islam digunakan penganut agama lain sememangnya satu perbuatan yang kurang ajar dan langsung tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja.
"Jika umat Islam di seluruh Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik menentang kebiadaban ini, siri penghinaan pasti akan terhapus dan mereka tidak akan berani lagi mencabar kedudukan dan hak orang Islam di negara ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130814/dn_06/Kuatkan-jati-diri-tolak-pluralisme-hina-kesucian-Islam#ixzz2btVRM3t7
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Surau jadi tokong diroboh

 Oleh Junita Mat Rasid

Surau jadi tokong diroboh
Nooh Gadut

Langkah diambil bagi elak penghinaan ke atas Islam

Johor Bahru: Surau di Tanjung Sutera Resort Sedili Besar, Kota Tinggi, yang diguna untuk upacara keagamaan penganut Buddha dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai. 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 

Ketua Sami Buddha mohon maaf
Kuala Lumpur: Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana, memohon maaf kepada seluruh umat Islam, atas tindakan kumpulan penganut agama itu dari Singapura yang mengadakan upacara keagamaan di sebuah surau di Kota Tinggi, Johor.

Sambil melahirkan rasa kesal atas tindakan beberapa penganut Buddha itu, beliau meminta mereka supaya lebih prihatin terhadap sensitiviti agama lain. 
“Kami ingin memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura kerana mengadakan upacara keagamaan di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi. 

Kami ingin memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura kerana mengadakan upacara keagamaan di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi." Datuk K Sri Dhammaratana,Ketua Sami Buddha Malaysia
Hormati agama lain
“Saya menasihatkan penganut Buddha di Malaysia dan Singapura supaya menghormati sensitiviti agama lain ketika melakukan upacara keagamaan mereka,” katanya.

Ahad lalu, umat Islam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. 

Berikutan kejadian itu, pemilik resort berusia berusia 45 tahun direman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan.



Pemilik resort ditahan reman

suspek
KOTA TINGGI 13 Ogos - Pemilik sebuah resort di Kampung Sedili Besar di sini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau miliknya dijadikan tempat ritual agama bukan Islam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Jika sabit kesalahan, suspek yang berasal dari Singapura dan mempunyai status penduduk tetap (PR) di negara ini, boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Lelaki itu tiba di mahkamah tersebut pada pukul 9.30 pagi dan dilihat menundukkan muka sepanjang masa semasa dikawal sepasukan empat anggota polis ketika masuk dan keluar dari mahkamah.
Ketika pemilik resort berkenaan dibawa keluar dari bilik pendaftar, seorang penduduk tempatan yang kebetulan sedang berurusan di pekarangan mahkamah sempat menyatakan rasa tidak puas hati kepada lelaki itu sebelum ditegur pihak polis yang mengiringinya.
Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130814/je_04/Pemilik-resort-ditahan-reman#ixzz2btaMAyKw
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.