Pages

Subscribe:

22 Ogos, 2013

[hang nadim] Padi Aerob tanpa air tingkat pengeluaran beras - Ismail Sabri.....

<iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/eQfj6-ZeFbU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Ismail Sabri Yaakob (tengah) mengetam padi Aerob pada Majlis Pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 22 Ogos - Kerajaan yakin dapat meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung keperluan negara dengan memperkenalkan padi baharu yang dinamakan Aerob.
Jenis padi baharu tanpa air bertakung itu boleh ditanam di kawasan berbukit dan tidak bergantung kepada sistem pengairan seperti diamalkan petani sekarang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, padi Aerob ini boleh dijadikan tanaman giliran kerana dapat mengurangkan serangan penyakit seperti ancaman siput gondang yang dihadapi apabila menggunakan sistem air bertakung.
Beliau berkata, penghasilan padi Aerob oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu bagi membantu meningkatkan pengeluaran beras negara.
"Tanaman padi ini boleh diusahakan di luar kawasan jelapang padi, selain menjimatkan perbelanjaan dan petani tidak perlu bergantung kepada bekalan air.
"Setakat ini, jenis padi sedemikian ditanam di Brazil dan China manakala Malaysia menjadi negara pertama di ASEAN yang akan menanam padi tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob dan Perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Seberang Perai di sini.
Sehingga kini, MARDI telah menghasilkan 37 jenis padi manakala yang popular ialah MR219 yang ditanam di lebih 90 peratus kawasan sawah padi negara.
Ismail Sabri berkata, penanaman padi Aerob ini bertujuan supaya negara tidak bergantung kepada pengeluaran padi sawah yang memerlukan sistem pengairan.
"Pihaknya akan menanam padi Aerob di kawasan seluas 40 hektar di Terengganu, Pahang dan Perak, tahun ini.
"Sebanyak 1,000 hektar lagi akan ditanam padi baharu pada tahun depan," ujarnya.
Selain itu, pihaknya akan berunding dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membangunkan kawasan tanaman padi ini secara konsortium.
"Melalui usaha itu saya percaya golongan muda akan berminat untuk menceburi tanaman padi ini," ujarnya

Water aerobic rice without rice production floor - Ismail Sabri

HEAD LIMITS Aug 22 - The government is confident of increasing rice production to meet the needs of the country by introducing new rice called aerobic.
New rice varieties without stagnant water that can be grown in the hilly areas and is not dependent on the irrigation system as practiced farmer now.
Minister of Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said this aerobic rice can be used for crop rotation can reduce the threat of diseases such as apple snails encountered when using stagnant water system.
He said, aerobic rice production by the Institute of Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) is to help increase rice production in the country.
"Crops can be cultivated paddy outside the granary, other farmers save money and not have to rely on water supplies.
"So far, so rice varieties cultivated in Brazil and China and Malaysia became the first country in ASEAN that will grow rice," he said in a press conference here today.
He was speaking after launching the aerobic rice production technology and Inauguration Day MARDI Customer Wellesley here.
Until now, MARDI has produced 37 popular varieties of rice and MR219 is grown in more than 90 per cent of the country's rice fields.
Ismail Sabri said, aerobic rice cultivation is intended that the country is not dependent on wet rice production requiring irrigation system.
"We are most aerobic plant paddy in an area of ​​40 hectares in Terengganu, Pahang and Perak, this year.
"A total of 1,000 hectares of new rice will be planted next year," he said.
In addition, the government will consult with the Farmers Organisation Authority (FOA) and Area Farmers' Organisation (PPK) to develop a consortium of the rice crop.
"With this move I believe young people are keen to tap into the rice crop," he said.
© Utusan Melayu (M) Bhd 

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/jbtJCZahjD0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.