Pages

Subscribe:

30 Ogos, 2013

[hang nadim] Selamat Hari Merdeka ke 56.....




Kepada Bangsaku Melayu Wajib Bersatu Mempertahankan Tanah Melayu
Kekalkan Kedaulatan Negara.....Hapuskan Petualang Negara......hayatilah
lagu Malaya Merdeka.....



Nukilan hati hang nadim...
Kepada Allah  Kita Berpeggang Teguh
Dengan Peraturan Kita Bekerja dan berijtihad
Bangunlah Wahai Malaysia Sebaik Negara
Bangsaku Tebusan Bagi Negara
Darah Nyawa gantian bina kedaulatan negara
Negara Untuk Rakyat Rakyat Untuk Negara
Bangunlah Wahai Bangsaku......Melayu.....
Hindarkan Persengkitaan.....Jauhkan Fitnah.....Hancurkan Petualang.....

'Erti merdeka bebas tentu sendiri masa depan'
'Erti merdeka bebas tentu sendiri masa depan'Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Merdeka Raya’ di PWTC, semalam. - Foto Syarafiq Abd Samad
Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan erti sebenar kemerdekaan kepada sebuah negara ialah bebas menentukan sendiri nasib serta masa depan bangsa dan negara tercinta tanpa perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, oleh itu kejayaan urus tadbir yang baik sehingga negara mampu meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-56 dalam suasana harmoni dan aman damai, perlu dipertahankan. 
Beliau berkata, sempena dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku’, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman. 

Mengorak langkah

“Baik yang berupa ancaman keselamatan, politik mahupun ekonomi, makna sebenar kedaulatan ialah apabila kita sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dapat menentukan sendiri nasib masa depan bangsa dan negara kita tanpa perlu tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. 

“Marilah kita sama-sama mengorak langkah mempertahankan kemerdekaan tanah air kita supaya kedaulatan Malaysia sentiasa dihormati dan negara kita dipandang tinggi di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Muhyiddin berkata, sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini lebih bermakna kerana rakyat bukan saja dapat meraikannya dalam suasana harmoni, malah turut diserikan dengan kemeriahan Aidilfitri. 
“Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan tanah air yang ke-56 dan saya berdoa agar negara kita dan rakyat keseluruhannya akan dapat terus hidup dalam suasana aman harmoni dan terus maju jaya,” katanya.

SELANGKAH AKU BERMULA.....
AKU TAKAN BERPATAH KEBELAKANG DEMI KEDAULATAN NEGARA
DIPENGHUJUNG USIA INI JIKA DIBERI PELUANG BERJUANG KALI KEDUA
AKU AKAN PIKUL TANGGUNG JAWAB HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR....
INSYA ALLAH......KEPADA ALLAH AKU BERMOHON SEMOGA ROH RAKAN SEPERJUANGAN YANG GUGUR DAN KEMBALI KERAHMATULLAH SEMOGA 
ROHNYA
DIRAHMATI ALLAH.....AMIN
Aksi komando pukau hadirin
Anggota Komando VAT 69 yang bertugas di Lahat Datu turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASAHARI
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Suasana sebak menyelubungi Dataran Merdeka di sini hari ini ketika anggota pasukan komando polis dan tentera membuat persembahan termasuk dalam acara gayung perang war chant oleh VAT 69 pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.
Sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan pentas utama menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persembahan pasukan komando mendapat tepukan serta sorakan daripada ratusan ribu pengunjung yang hadir.
Mana tidaknya, semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam persembahan itu turut terlibat dalam Op Daulat semasa mempertahankan negara daripada penceroban pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu.
Insiden berdarah itu yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang menyayat hati semua hadirin termasuk Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi apabila layar yang ada memaparkan wajah balu anggota yang terkorban.
Penghormatan juga diberi kepada kontinjen Op Daulat yang hadir seramai 400 angota pelbagai pangkat terdiri daripada 250 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 50 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 100 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewakili 8,000 anggota yang terlibat.
Malah, sambutan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya mempamerkan aset keselamatan terbanyak iaitu hampir 300 membabitkan milik ATM, PDRM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Penjara.

Joint defense of independence


THE Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah and Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah with Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin and Cabinet members while attending the celebration of the 56th Independence Day at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yesterday. Joining the Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Deputy Prime Minister and his wife, Puan Sri Norainee Abdul Rahman (right). - WEEKLY / Djohan Shahrin SHAH
KUALA LUMPUR, August 31 - Datuk Seri Najib Tun Razak wants the independence enjoyed by all Malaysians maintained even with body and soul and life whatsoever.
In the same time the Prime Minister also asked the patriotic spirit manifested in the celebration of Independence Day 56th this time will continue to be appreciated by the younger generation to propel the country towards success.
"I feel as though my hairs bristle see the enormity of patriotism that we see today.
"If this spirit can be appreciated by the younger generation, the independence that they will be extended to take the country towards success," he said after taking the time to mingle with the participants parade celebration at Dataran Merdeka here today.
Who accompanied him, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Minister of Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Commenting on the theme of this year's celebration of the Sovereign Malaysiaku: native land was, he described it as very accurate.
"The theme is very accurate because we were born in the land of Malaysia, Malaysia grew up in the earth, looking for sustenance on Malaysian soil and the immigrants will be buried also on Malaysian soil,'' he said.
In the meantime, he also praised the show independence this time mainly by security forces involved in the invasion incident in Lahad Datu, Sabah earlier this year.
He described it as being able to strengthen patriotism among Malaysians.
"This is our hope, hope that the spirit of patriotism continuation of the struggle in every hole pinned our hearts that we are citizens who love their country," he said.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130901/dn_01/Bersama-pertahan-kemerdekaan#ixzz2damwJ9k0
© Utusan Melayu (M) Bhd 



PERWIRA NEGARA
KONTINJEN Angkatan Tentera Malaysia menyertai perarakan dalam upacara sambutan meriah Hari Kemerdekaan Ke-56 yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZAINI HUSIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.