Pages

Subscribe:

30 Oktober, 2013

[hang nadim] Expand sharia-based economy....توسيع الاقتصاد القائم على الشريع

Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd., Mohd. Emir Mavani Abdullah (dua, kiri) dan Pengerusi Cambridge Nanosystems Limited, Dr. Krzysztof Kaizol dalam Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 di London, semalam. Turut hadir Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad. - BERNAMA

LONDON 30 Okt. - Malaysia yang merupakan peneraju dalam sistem kewangan Islam sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk negara barat bagi memaju dan mengembangkan ekonomi berasaskan syariah supaya setanding dengan kaedah kewangan konvensional.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini juga bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Islam bukan hanya sekadar masalah dan konflik.
Dengan cara itu katanya, dapat membuang tohmahan kononnya Islam agama yang tidak membawa keuntungan kepada masyarakat global.
“Banyak yang mampu ditawarkan oleh Islam kepada masyarakat dunia kerana Islam bukan hanya sekadar masalah dan konflik, tetapi kita boleh memberikan sumbangan positif kepada kesejahteraan global," kata dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-9 di sini semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menawarkan London sebagai pusat kewangan Islam di luar dunia Islam.
Dalam ucapannya itu Cameron turut mengumumkan untuk memperkenalkan indeks syariah di Bursa Saham London selain akan melancarkan sukuk bernilai kira-kira RM1 bilion.
Najib berkata, Malaysia sedia bekerjasama bukan sahaja dengan London tetapi mana-mana pusat kewangan dunia yang mah6u mengiktiraf sistem kewangan Islam.
“Kita memerlukan pemahaman global terhadap produk dan kewangan Islam. Dengan London menjadi pusat kewangan Islam, akan ada elemen saingan satu sama lain," tambah beliau.
Sementara itu, semalam Najib turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Cameron di kediaman rasmi Perdana Menteri Britain itu di 10, Downing Street, di sini.
Difahamkan, antara perkara yang dibincangkan ialah mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia-Britain serta kerjasama dalam mempromosikan sistem kewangan Islam. - UTUSAN

展开伊斯兰教法为基础的经济

LONDON, 30 October - Malaysia is a leader in the Islamic financial system ready to work with any party, including the western countries to develop and expand sharia-based economy that is comparable to conventional finance methods.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said this to show the world that Islam is not just a problem and conflict.
That way, he said, could throw accusation that Islam is a religion that does not bring benefits to the global community.
?? Lot to offer to the world of Islam because Islam is not just a problem and conflict, but we can make a positive contribution to global prosperity, "said in a press conference after the opening of the World Islamic Economic Forum (WIFE) 9th here today .
The Prime Minister said this when asked to comment on a speech by British Prime Minister David Cameron offering London as a center for Islamic finance outside the Muslim world.
In his speech, Cameron also announced to introduce Sharia index on the London Stock Exchange as well will launch sukuk worth about RM1 billion.
Najib said Malaysia was willing to cooperate not only in London but any global financial center mah6u recognizes Islamic financial system.
?? We need a global understanding of Islamic financial products. With London as the center of Islamic finance, there will be elements of competition with each other, "he added.
Meanwhile, yesterday, Najib also held a bilateral meeting with Cameron at the official residence of the British Prime Minister at 10 Downing Street, here.
It is understood, the matters discussed was the strengthening of bilateral cooperation as well as the Malaysian-British cooperation in the promotion of Islamic financial system. - STAR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.