Pages

Subscribe:

22 Januari, 2010

[hang nadim] Takziah........Bekas Timbalan KPN meninggal


AL FATIHAH.......



Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.15 pagi selepas lima bulan menerima rawatan di Jabatan Neurologi, HKL.



JENAZAH Mohd. Sedek disembahyangkan di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mesra, Kajang semalam.

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Sedek Ali (gambar) yang koma selepas terlibat dalam kemalangan di Kajang pada 1 September lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Dalam kemalangan itu, Allahyarham cedera teruk di kepala dan turut mengakibatkan sebelah badan kanannya dari tangan hingga ke kaki lumpuh.

Dalam tempoh hampir lima bulan menerima rawatan beliau tidak mampu memberi tindak balas kecuali membuka mata jika sakit.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman di sini untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mesra, Kajang pukul 12 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Mariam Abdul Aziz, 56, dan tiga orang anak, Mohd. Faiz, 29, Amirah, 22, dan Mohd. Syazwan, 19.

KERATAN Kosmo! 2 September 2009.
http://www.kosmo.com.my/index.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.