Pages

Subscribe:

10 Oktober, 2013

[hang nadim] Memahami naluri remaja yang lari dari rumah......



"AKU hendak bebas". Ayat itu terngiang-ngiang di telinga dan mengingatkan saya semula kepada pembantu rumah saya yang masih muda melarikan diri, meninggalkan rumah kerana ingin mencari kebebasan.
Kebebasan apa yang dicari sebenarnya? Niat asalnya hendak mencari rezeki di negara ini untuk membantu keluarga di kampung akhirnya bertukar menjadi mencari kebebasan. Nasihat saya kepadanya, bekerjalah bersungguh-sungguh dan pulanglah ke kampung halaman nanti dengan wang yang banyak dan carilah kebebasan selepas itu. Kenapa tidak sabar-sabar hendak lari mencari kebebasan dan cinta sejati. Berbuih mulut saya menasihatinya supaya dia sedar dan tidak ditipu oleh teman lelakinya namun dia tetap lari kerana penangan cinta mengatasi segalanya.
Kes lari dari rumah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan kes begini agak rumit kerana masing-masing ada alasannya.
Ingin bebas, kenyataan seorang gadis, tiga tahun lalu yang sanggup meninggalkan keluarga semata-mata ingin bersama rakan sebaya. Gadis berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Aiza itu, termakan pujukan dan janji manis beberapa lagi rakan yang baru dikenalinya, selain mahu mendapatkan kebebasan tanpa sebarang pengawasan daripada keluarga.
Adakah kerana pergaulan bebas sebagai satu bentuk perilaku menyimpang, yang mana "bebas" yang dimaksud adalah melewati batas-batas norma ketimuran yang ada.
Masalah pergaulan bebas ini sering kita dengar dan lihat di sekitar kita mahupun dari media masa. Menurut Lyons dan Tsai (2006), pertukaran informasi dan komunikasi turut menjadi lebih mudah tanpa limit. Misalnya penggunaan rangkaian internet menjadikan dunia lebih kecil dan tiada sempadan. Globalisasi membawa perubahan besar dalam pembangunan aspek ekonomi dan sosial namun begitu, proses globalisasi memberi impak negatif kepada aspek kesejahteraan sosial negara kerana ia adalah proses material.
Remaja akhirnya, suka mencari keseronokan yang luar biasa. Terbaharu, berlaku pula kes lari dari rumah kerana takut untuk menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan akhirnya ditemui di tandas sebuah pasar raya dalam keadaan lesu. Nasib baik anak gadis itu ditemui dalam keadaan selamat.
Rentetan itu, satu lagi kes lari yang melibatkan seorang anak gadis yang membuatkan ibu bapanya buntu apabila anak mereka, Sabil yang bakal menduduki PMR menghilangkan diri dan dipercayai mengikut teman lelakinya, Isma yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook dengan membawa pasport antarabangsa kelihatan membonceng motosikal bersama kekasihnya dalam rakaman litar CCTV.
Dalam menghadapi cabaran menjaga anak di peringkat usia sebegini, para ibu bapa mesti mempunyai kata laluan (password) Facebook anak-anak mereka dan mesti mengenali siapa kenalan mereka. Ini kerana mereka masih di bawah jagaan ibu bapa dan kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku seperti rogol, culik, lari dan masalah-masalah lain.
Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010 menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun.
Masalah keluarga juga merupakan punca remaja memilih hiburan yang melampau seperti menonton video lucah, asyik dengan lagu-lagu yang melalaikan, pergaulan bebas, melepak dan banyak lagi hobi lain yang dikatakan untuk menghilangkan tekanan perasaan yang dialaminya.
Kenalan saya memberitahu, anak lelakinya yang merupakan seorang pelajar terbaik sekolah telah mendapat hobi baharu, mempelajari silap mata. Setelah leka dengan hobi itu, dia hendak berhenti sekolah dan menjadi ahli silap mata. Semuanya bermula apabila pelajar tingkatan dua itu meminati bidang itu dan turut digalakkan oleh ibu bapanya. Akhirnya, kerana terlalu minat silap mata, pelajar berkenaan tidak lagi minat belajar. Di mana silapnya? Ibu bapa yang cuba memahami dan menerima hobi atau kebebasan anak-anak, tetapi sikap ini telah diambil kesempatan oleh anak pula.
Jika tidak dipenuhi permintaannya maka ibu bapa diugut, anak memberontak dan lari. Biasalah, alasan yang diberi ibu bapa tidak faham pada usia meningkat remaja ini macam-macam yang bergolak di hati anak-anak mereka. Bagaimana pula pemahaman ibu bapa khususnya yang masih muda?
Ada ibu bapa muda dan yang moden lebih mempraktikkan cara-cara penjagaan anak mengikut cara terkini yang dibaca melalu internet. Seorang ibu muda memberitahu saya bahawa bayi yang baharu lahir perlu diasingkan, terus tidur di bilik lain dan jangan mendekati bayi tersebut kecuali waktu menyusu.
Cara begini akan menjadikan anaknya seorang yang berdikari apabila dewasa. Kasihan saya mendengar, sebab baharu lahir sahaja telah diasingkan, namun jika itu caranya dan tidak berlaku apa-apa maka tidak mengapalah. Bagaimana sekiranya berlaku apa-apa terhadap bayi yang tidur berasingan itu? Adakah kerana hendakkan anak berdikari dari peringkat awal dan akhirnya anak tidak dapat merasai kasih sayang sejak bayi turut menjadi faktor mengundang kepada naluri ingin lari apabila meningkat remaja?
Namun, pengakuannya membuatkan saya kurang setuju tetapi ibu muda itu tetap dengan pendirian dan pemahamannya yang lebih mempercayai maklumat di internet daripada mendengar nasihat ibu bapanya sendiri.
Beralih kepada peranan remaja, mereka perlu didekatkan dengan kerja-kerja sosial yang boleh mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Pihak kerajaan perlu melibatkan para remaja dengan menyediakan lebih banyak aktiviti kerja sosial yang berbentuk pendidikan dan latihan sama ada dalam bentuk spiritual dalam kehidupan seharian supaya boleh dipraktikkan semasa bekerja nanti.
Menurut Confucious "When you serve your mother and father it is okay to try to correct them once in a while. But if you see that they are not going to listen to you, keep your respect for them and don't distance yourself from them. Work without complaining".
Kepada para remaja, memberontak dan lari bukanlah jalan penyelesaian. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya".
Ingatlah, tiada ibu bapa, tiadalah kita. Jangan lupa, sentiasa pohon doa dan restu dari ibu bapa. Salam 1Hati.
DR. JESSICA ONG HAI LIAW ialah Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.



PESANAN UNTUK REMAJA

Kepada para remaja, memberontak dan lari bukanlah jalan penyelesaian. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya".

Ingatlah, tiada ibu bapa, tiadalah kita. Jangan lupa, sentiasa pohon doa dan restu dari ibu bapa. Salam 1Hati.


உள்ளுணர்வால் வீட்டில் இருந்து ஓடி வந்த இளைஞர்கள் புரிந்து
இளைஞர்கள், கிளர்ச்சி மற்றும் தப்பிக்கும் தீர்வு அல்ல. "மீளா படகு மேல்பாய்வு, மேல்பாய்வு தீய விளைவுகள்".


, எந்த பெற்றோரும், எங்களை யாரும் ஞாபகம். மரம் பிரார்த்தனை மற்றும் பெற்றோர்களிடம் இருந்து ஆசீர்வாதத்தை எப்போதும், மறக்க வேண்டாம். 1Hati வாழ்த்துக்கள்.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131008/re_03/Memahami-naluri-remaja-yang-lari-dari-rumah#ixzz2hMs1Mkpz 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.