Pages

Subscribe:

15 November, 2013

[hang nadim] Kenyataan Andrew tidak berasas - NGO Islam......




KUALA LUMPUR 15 Nov. - Umat Islam di negara ini diminta tidak terpengaruh dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo yang mendakwa kuasa Barat serta negara-negara Islam lain turut mendesak Malaysia melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, penjelasan Andrew sama sekali tidak berasas kerana tidak semua negara Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Walaupun bergelar negara Islam tetapi ada antara negara itu mengamalkan fahaman Baathis sebagai contoh Syria dan Iraq semasa di bawah pimpinan Presiden, Saddam Hussein.
"Malah, ada juga negara Islam yang berpegang kepada ajaran Syiah yang sama sekali bertentangan dengan ajaran agama, jadi saya memberi amaran kepada pihak-pihak terbabit berhenti mengelirukan umat Islam dengan kenyataan yang diputar-belitkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Andrew seperti dipetik dalam sebuah portal menyifatkan negara-negara Islam turut mendesak Malaysia melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara serta berpersatuan.
Katanya, tuntutan-tuntutan yang dibuat Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) bulan lalu bukan sebahagian daripada agenda Barat yang kononnya cuba menggugat kedudukan Islam di negara ini seperti didakwa sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim menyelar tindakan Andrew yang disifatkan tidak profesional selepas dengan mudah menuding jari terhadap NGO Islam sebagai pencetus kepada segala kontroversi dalam tuntutan Comango.
"Jangan cuba melaga-lagakan umat Islam di negara ini mahupun di luar negara kononnya isu ini timbul disebabkan silap NGO Islam tersebut.
"Janganlah atas nama kebebasan dan hak asasi, rakyat di Malaysia disogokkan dengan budaya jelik yang cuba menghakis kedudukan agama Islam di negara ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131116/dn_06/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.