Pages

Subscribe:

05 Disember, 2013

[hang nadim] 'Before, transgender, now change'.....

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131202/wu_02/Dulu-mak-nyah-kini-berubah#ixzz2meCWikFX MOHD. Khariri Ramli berkongsi pengalamannya dengan kakitangan dan penuntut Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dalam program 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini. PULAU PINANG 1 Dis. - Terdesak untuk mendapatkan sesuap nasi selepas tiga hari mengalas perut dengan meminum air paip, Mohd. Khariri Ramli sanggup melacurkan diri dan menerima bayaran sebanyak RM30. Semuanya bermula selepas Khariri yang lebih dikenali dengan nama Erin melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan dicerca dan difitnah oleh orang kampungnya di Ipoh, Perak ketika berusia 18 tahun. Gara-gara perwatakannya yang menyerupai wanita serta lebih gemar memakai skirt atau baju kurung berbanding pakaian lelaki, membuatkan Khariri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Menurutnya, dia terjebak dalam dunia mak nyah selepas berasakan hormon wanita melebihi hormon lelaki di dalam tubuhnya menyebabkan dia mula mengambil pil perangsang dan menambah hormon. "Lebih 10 tahun saya terlibat dalam dunia mak nyah malah sering bertukar teman lelaki serta mengambil hormon perangsang untuk membentuk payu dara serta menambah kecantikan tubuh serta wajah. "Malah saya juga memiliki lima teman lelaki yang sering menjadi teman ketika kesunyian serta ada yang menjadi 'suami' saya hampir lima tahun," katanya yang kini telah berubah dan bertugas sebagai seorang pendidik di Klang, Selangor. Khariri berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya dalam program 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah" di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini kelmarin. Tambahnya, bagi mengekalkan 'kewanitaannya', dia sanggup membelanjakan hampir ratusan ribu ringgit untuk mengambil hormon serta melakukan suntikan mencantikkan wajah di Thailand. Akibat keadaannya juga, jelas Khariri, dia tidak dapat menghadiri majlis pengebumian bapanya kerana terlalu malu dengan orang kampung yang sering mengejinya. "Saya mula berubah apabila melanjutkan pengajian ke Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam malah pernah merangkul anugerah pelatih terbaik. "Kini saya lebih bahagia menjadi guru selain menjadi perunding bagi golongan mak nyah agar mereka kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama masyarakat," ujarnya. Dalam pada itu, Khariri tidak menafikan kurangnya kawalan daripada pihak berkuasa menyebabkan pil hormon mudah dibeli di farmasi biarpun dilabelkan sebagai ubat terkawal. Selain itu jelasnya, generasi muda mudah terpengaruh dengan gejala seks songsang serta terjebak dengan kumpulan pejuang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana kurangnya kasih sayang keluarga. © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.