Pages

Subscribe:

02 Disember, 2013

[hang nadim] DATO MOHD FAUZI BIN SHAARI Kembali Kerahmatullah.....Al Fatihah.....

Dukacita dimaklumkan bahawa DATO MOHD FAUZI BIN SHAARI, Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Disember 2013 bersamaan 27 Muharam 1435 Hijrih dan jam 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor. Allahyarham berumur 63 tahun dan jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor. Urusan pengebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetap. AL-FATIHAH Dukacita dimaklumkan bahawa DATO MOHD FAUZI BIN SHAARI, Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Disember 2013 bersamaan 27 Muharam 1435 Hijrih dan jam 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor. Allahyarham berumur 63 tahun dan jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor. Urusan pengebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetap.
Fuziah Ngah Nordin menabur bunga ke atas pusara suaminya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 2 Dis. - Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Allahyarham Datuk Fauzi Shaari yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini hari ini. Allahyarham, berusia 63 tahun disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abduk Aziz Shah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari. Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd. Faizal, 35, bapanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seksyen 20 sejak Rabu lalu akibat demam sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang yang mempunyai segala rekod perubatan beliau. "Doktor menasihatkan arwah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Jumaat lalu setelah beliau dikesan mempunyai kuman di dalam darah. "Sebaik sahaja dipindahkan ke Hospital Selayang, arwah tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di hadapan kami sekeluarga pukul 8.17 malam tadi," katanya selepas selesai pengebumian Allahyarham. Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin; Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Mohd.Faizal berkata, bapanya adalah seorang yang cergas dan jarang dimasukkan ke hospital akibat penyakit seperti darah tinggi atau lain-lain penyakit kronik. "Kehilangan bapa amat dirasakan kerana saya dan dua adik tinggal bersama arwah di kediaman kami di Seksyen 10 di sini," katanya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Fuziah Ngah Nordin, 60, bersama empat anak lelaki, Mohd. Faizal, Mohd. Fazril, 32, dan kembar Mohd. Fazrul serta Mohd. Faznur, 28. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131203/dn_20/Jenazah-bekas-Pengarah-JSJ-selamat-dikebumikan#ixzz2mMZUGYp5 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.