Pages

Subscribe:

21 Julai, 2014

[hang nadim] Doktor wanita Melayu pertama meninggal dunia.....Al Fatihah.....


KUALA LUMPUR 21 Julai - Wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr. Salma Ismail,96, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, Bangsar di sini petang semalam.
Beliau yang juga penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE
21 Julai 2014 / 23 Ramadan 1435 
Tan Sri Dr. Salma binti Ismail adalah wanita Melayu pertama layak menjadi doktor di seluruh Tanah Melayu/Malaya. Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947[1]. Beliau penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei 2014.[2]

Pendidikan

Dr. Salma Ismail lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls' School / Sekolah Menengah Sultanah Asma , Alor Star.Beliau lulus Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935). Beliau calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya belajar di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.Pelajaran beliau terhenti 1939-1945 oleh kerana Peperangan Dunia Kedua.Setelah menyambung semula pada 1946, beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.

Kerjaya


Selepas lulus jurusan perubatan , beliau menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur ; Pegawai Perubatan di Kedah(1950-1960) ; Pegawai Perubatan di Selangor (1961-1967) ; membuka klinik sendiri di Jalan Hale Kampung Baru, Kuala Lumpur (1967).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.