Pages

Subscribe:

02 Julai, 2014

[hang nadim] Ibu restu Felixia masuk Islam......母亲Felixia祝福伊斯兰教......


KUALA LUMPUR 3 Julai - Model Felixia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secara rasmi dengan mengucap dua kalimah syahadah.
"Hari ini bukan hanya hari lahir saya (ulang tahun), tetapi hari kelahiran semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang. Pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup, saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadan 1435," kata Felixia berkongsi perasaan dalam laman Fanpage Felicia Yeap.
Berkongsi tentang penghijrahannya kepada agama Islam juga, menurut Felixia, dia sangat bertuah kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahannya untuk memeluk agama Islam, terutamanya ibu yang melahirkannya.
"Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila dia, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tidak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya, tidak membantah.
"Malah, ibu merestui keputusan ini apabila saya memberitahunya yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik," tulis Felicia lagi.
Bekas model majalah Playboy itu dikatakan mengucap syahadah di satu lokasi yang dirahsiakan hari ini.
Sebelum ini, menurut Felixia, dia tidak menganut sebarang agama kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai sebarang agama.
"Tidak ada apa-apa bimbingan agama, cuma berbekalkan nasihat daripada ibu saya iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Dalam pencariannya sebelum memeluk Islam, dia pernah ke gereja Katolik setiap petang Ahad, dalam tempoh selama dua tahun. Dia juga pernah cuba memahami agama Kristian, selain mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
"Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan. Hati saya tidak pernah rasa tersentuh. Saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih reda, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dalam hidup yang serba sederhana," katanya yang mula mengenakan tudung kepala semenjak lebih enam bulan lalu. - UTUSAN ONLINE

Felixia找到“归途”
Felixia temui 'jalan pulang'

FELIXIA Yap
KUALA LUMPUR 3 Julai - Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 28, hari ini rasmi menjadi seorang Islam selepas mengucap kalimah syahadah dalam satu majlis yang dirahsiakan daripada pihak media.
Felixia yang sudah tujuh bulan berhijab memilih hari ini untuk memeluk agama Islam kerana bersamaan dengan hari kelahirannya yang kebetulan jatuh pada 5 Ramadan.
Pada hari ini juga Felixia menerusi laman rasmi felixiayeap.blogspot.com turut memuatkan luahan hatinya untuk dikongsi bersama-sama orang ramai.
Berikut adalah petikan penuh daripada laman rasmi Felixia.

Thursday, July 3, 2014
3 Julai: Hari Kelahiran Semulaku - Felixia Yeap
Assalamualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan empat orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan. makian. sindiran. fitnah. penyisihan. tekanan.
Tetapi syukur alhamdulillah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan.
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan surat khabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin ini juga salah satu hikmah daripada penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauh lebih bahagia sekarang juga, alhamdulillah)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.