وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Terjemahan Bahasa Melayu:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 2: 188)
English Translation:
And do not eat up your property among yourselves for vanities, nor use it as bait for the judges, with intent that ye may eat up wrongfully and knowingly a little of (other) people’s property. (Al-Baqarah 2: 188)
Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah
ALLAH melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad)
Sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perbuatan rasuah adalah sangat dikutuk keras oleh Allah dan Rasul-Nya.
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi):
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." HR al-Bazzar & Abu Ya'la
Di dalam sebuah hadis lain: Dari Thauban katanya, "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).
Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik)
Di dalam sebuah hadis lain: Dari Thauban katanya, "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).
Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik)
"Perkara yang halal itu jelas dan begitu juga perkara yang haram itu jelas". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
PERINGATAN
Rasuahlah penyakit yang merosakkan kita sebagai satu bangsa yang bermaruah dan mencemarkan imej Islam. Rasuahlah yang akhirnya akan membuat kita terperosok dalam krisis yang paling bahaya sekali.......
KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung
TAKRIF RASUAH
"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)
Begitulah huraian dan penjelasan yang menyentuh tentang perihal rasuah yang diharamkan oleh Islam, dan lebih jelas dari itu Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut yang bermaksud: "Pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka."
PELIHARA IMAN DIRI DAN KELUARGA
ياأيهاالذين أمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا
Maksudnya:
"Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka" At-Tahrim: 6
Ketika kita berada dizaman fitnah, tumpuan ialah bina iman diri dan keluarga hingga menjadi keluarga role model. Membina insan keluarga iaitu tajamkan rohnya, lemahkan nafsunya, disalurkan akalnya untuk mendokong rohnya dan latih fizikalnya. Lakukan pembinaan itu secara istiqamah hingga mereka menjadi (وفرسان بالنهار رهبان بالليل ), hatinya di langit walaupun jasadnya di bumi. Dengan kata lain, kakinya berpijak dibumi dan hatinya bersama Tuhan di Sidratul Muntaha.
LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH RASUAH
Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan
Mengukuhkan JAtidiri
2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
4.Memudahkan urusan
menggunakan ICT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.