TERJEMAHAN AYAT ALQURAAN
Juzuk : 15 Surah : AL-ISRAA' No. Surah : 17
Ayat : 2
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu pertunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
We gave Moses the Book, and made it a Guide to the Children of Israel, (commanding): "Take not other than Me as Disposer of (your) affairs."
Ayat 4
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampa
And We gave (clear) warning to the Children of Israel in the Book, that twice would they do mischief on the earth and be elated with mighty arrogance (and twice would they be punished)!
Ayat 5
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku
When the first of the warnings came to pass, We sent against you Our servants given to terrible warfare: They entered the very inmost parts of your homes and it was a warning (completely) fulfilled.
Ayat 6
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Then did We grant you the Return as against them: We gave you increase in resources and sons, and made you the more numerous in man-power.
Ayat 7
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
If ye did well, ye did well for yourselves if ye did evil, (ye did it) against yourselves. So when the second of the warnings came to pass, (We permitted your enemies) to disfigure your faces, and to enter your Temple as they had entered it before, and to visit with destruction all that fell into their power.
ALLAH SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI BUMI GAZA....AMIN......
DUBLIN 6 Ogos - Kempen pulaukan produk-produk Israel kini bukan sahaja dilancarkan di negara-negara Islam tetapi mendapat sambutan di negara-negara bukan Islam di seluruh dunia selepas serangan rejim Zionis ke atas Gaza menyaksikan lebih 1,800 penduduk Palestin terkorban.
Akhbar Australia, The Guardian melaporkan, selain barangan dihasilkan oleh Israel, penduduk negara termasuk Ireland, Sweden dan Norway menggesa universiti, bank, perdagangan serta penjualan senjata api kepada rejim Zionis berkenaan dipulaukan.
Ahli Parlimen Norway, Anniken Huitfeldt yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Parlimen menggesa pemulauan segera ke atas semua produk Israel dihasilkan di kawasan jajahan rejim Zionis itu.
Parti Buruh dan Parti Pusat di Norway juga menggesa polisi penjualan senjata kepada negara dunia ketiga dikaji semula kerana senjata-senjata berkenaan dijual semula kepada Israel.
Di Sweden, gesaan semakin meningkat untuk menghentikan semua kerjasama dalam bidang akademik dan budaya antara institusi negara itu dan Israel.
Di Ireland pula, Majlis Perbandaran Dublin menggesa kerajaan menguatkuasakan penangguhan perdagangan dan penjualan senjata api dengan ISrael.
Sebanyak 17 negara Kesatuan Eropah (EU) turut mengeluarkan garis panduan berhubung risiko berurus niaga dengan Israel.
Antara negara tersebut adalah Portugal, Austria, Malta, Ireland, Finland, Denmark, Luxembourg, Slovenia, Greece, Slovakia, Belgium, Croatia, Perancis, Itali dan Sepanyol.
Kerajaan Maldives pula membatalkan tiga perjanjian dengan Israel dan merancang untuk menghentikan import barangan rejim Zionis itu.
Sementara itu, gesaan di Afrika Selatan semakin memuncak, mendesak Duta Israel ke negara itu dihantar pulang manakala Duta Afrika Selatan ke Israel juga telah dipanggil balik.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_03/Barat-sertai-boikot-Israel#ixzz39hCNB3oH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Juzuk : 15 Surah : AL-ISRAA' No. Surah : 17
Ayat : 2
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu pertunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".
We gave Moses the Book, and made it a Guide to the Children of Israel, (commanding): "Take not other than Me as Disposer of (your) affairs."
Ayat 4
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampa
And We gave (clear) warning to the Children of Israel in the Book, that twice would they do mischief on the earth and be elated with mighty arrogance (and twice would they be punished)!
Ayat 5
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku
When the first of the warnings came to pass, We sent against you Our servants given to terrible warfare: They entered the very inmost parts of your homes and it was a warning (completely) fulfilled.
Ayat 6
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Then did We grant you the Return as against them: We gave you increase in resources and sons, and made you the more numerous in man-power.
Ayat 7
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
If ye did well, ye did well for yourselves if ye did evil, (ye did it) against yourselves. So when the second of the warnings came to pass, (We permitted your enemies) to disfigure your faces, and to enter your Temple as they had entered it before, and to visit with destruction all that fell into their power.
ALLAH SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI BUMI GAZA....AMIN......
Barat sertai boikot Israel
Akhbar Australia, The Guardian melaporkan, selain barangan dihasilkan oleh Israel, penduduk negara termasuk Ireland, Sweden dan Norway menggesa universiti, bank, perdagangan serta penjualan senjata api kepada rejim Zionis berkenaan dipulaukan.
Ahli Parlimen Norway, Anniken Huitfeldt yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Parlimen menggesa pemulauan segera ke atas semua produk Israel dihasilkan di kawasan jajahan rejim Zionis itu.
Parti Buruh dan Parti Pusat di Norway juga menggesa polisi penjualan senjata kepada negara dunia ketiga dikaji semula kerana senjata-senjata berkenaan dijual semula kepada Israel.
Di Sweden, gesaan semakin meningkat untuk menghentikan semua kerjasama dalam bidang akademik dan budaya antara institusi negara itu dan Israel.
Di Ireland pula, Majlis Perbandaran Dublin menggesa kerajaan menguatkuasakan penangguhan perdagangan dan penjualan senjata api dengan ISrael.
Sebanyak 17 negara Kesatuan Eropah (EU) turut mengeluarkan garis panduan berhubung risiko berurus niaga dengan Israel.
Antara negara tersebut adalah Portugal, Austria, Malta, Ireland, Finland, Denmark, Luxembourg, Slovenia, Greece, Slovakia, Belgium, Croatia, Perancis, Itali dan Sepanyol.
Kerajaan Maldives pula membatalkan tiga perjanjian dengan Israel dan merancang untuk menghentikan import barangan rejim Zionis itu.
Sementara itu, gesaan di Afrika Selatan semakin memuncak, mendesak Duta Israel ke negara itu dihantar pulang manakala Duta Afrika Selatan ke Israel juga telah dipanggil balik.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_03/Barat-sertai-boikot-Israel#ixzz39hCNB3oH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.