Pages

Subscribe:

05 Oktober, 2014

[hang nadim] BERSATULAH WAHAI BANGSAKU........DEMI KEDAULATAN NEGARA......


Harapan Sarjan Hassan

" Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya... memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua...harapan ku hanyalah, kita sesama.........

A. Ayat al-Qur'an dan hadis tentang persatuan dan kesatuan
1. Surat Ali Imron ayat 103 dan 105
 

 Terjemah

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
وَلا تَكونوا كَالَّذينَ تَفَرَّقوا وَاختَلَفوا مِن بَعدِ ما جاءَهُمُ البَيِّنٰتُ ۚ وَأُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ عَظيمٌ ﴿١٠٥﴾105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat.

قال رسل الله ص. م.: الا وانى تارك فيكم ثقلين احدهما كتاب الله هو حبل الله من اتبعه كان على الهدى ومن تركه كان على الضلالة (رواه مسلم)
Artinya: "Rasululloh SAW bersabda: 'ketahuilah sesungguhnya aku telah meninggalkan padamu dua timbangan (perbendaharaan), salah satu dari keduanya adalah kitab Allah (al-Qur'an) dan dia adalah hablullah, barangsiapa mengikutinya maka senantiasa dia di atas petunjuk, dan orang yang meninggalkan maka dia akan tersesat. "(HR. Muslim)

Kenapa Anwar menggelabah?

DARI KIRI S. Nallakaruppan, Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwatnya menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggelabah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada akhir bulan ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Anwar sepatutnya lebih tenang kerana sebelum ini mahkamah telah memberi pelbagai ruang dan peluang untuk dia mempertahankan diri sehingga perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan puluhan kali.
Beliau turut mengingatkan Anwar bahawa keadilan bukanlah hak milik esklusifnya sehingga orang lain tidak berhak menerimanya.
"Adakah pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak berhak mendapat keadilan, biarlah mahkamah membuat kata putus.
"Tindakan Anwar yang berlari ke sana sini mendapatkan sokongan antarabangsa memberi isyarat dia seperti sudah tahu nasibnya. Jika tidak, kenapa dia menggelabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan portal berita The Sydney Morning Herald (http://www.smh.com.au) pada Jumaat lalu berhubung kritikan Anwar terhadap kerajaan Autralia berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.
Menurut laporan itu, Anwar berada di Jakarta, Indonesia untuk mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.
Dalam pada itu, Nallakaruppan memuji pendirian Australia yang enggan campur tangan dalam kes liwat Anwar dan menyifatkan negara itu telah membuat keputusan yang tepat.
"Dulu bolehlah, negara lain belum dapat maklumat yang tepat. Sekarang semua orang tahu, sebab itu saya tidak pelik dengan pendirian Australia," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyelar tindakan Anwar yang hanya menerima keputusan mahkamah secara berpilih iaitu yang berpihak kepadanya.
Katanya, sikap itu agak 'melucukan' kerana Anwar juga galak menyaman pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141006/po_02/Kenapa-Anwar-menggelabah#ixzz3FJiOOMV4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.