Pages

Subscribe:

06 Oktober, 2014

[hang nadim] LANGKAH KAJANG GAGAL, ......

Hahaha..Dah tak boleh tabur fitnah dalam Malaysia kerana perancangan Langkah Kajang GAGAL TERUK dan dikritik hebat sehinggakan menyebabkan keretakan teruk dalam Pakatan, kini Rafizi telah diarah untuk berhijrah ke Australia untuk memulakan operasi terbaru yang dinamakan Langkah Australia bagi memburukkan nama baik Malaysia...

Kenapa Australia ye??

Mungkin Anwar semakin risau kot hubungan baik yang terjalin diantara Malaysia dan Australia sejak insiden MH..Sebab tu dia terpaksa menghantar pasukan fitnah terhebatnya ke Australia untuk memburukkan Malaysia..

EP harap rakyat Malaysia yang berada di Australia tidak akan terpengaruh dengan fitnah-fitnah jahat pasukan Langkah Australia ini...

** Kalau boleh tanya dengan Rafizi apa sudah jadi dengan Langkah Kajang??


Enam ahli Parlimen PKR membawa bantahan mereka terhadap siri tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan ini, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari 17 hingga 23 Oktober.

"Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.

Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung.

Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Malaysian Insider
http://empayar-pemuda.blogspot.com/#


PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini.Terima kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.