Pages

Subscribe:

21 Oktober, 2014

[hang nadim] Cipta budaya baharu, hina Islam.....Isu "I Want To Touch A Dog"......


RAMAI UMAT ISLAM YANG SETUJU DAN MENYOKONG KENYATAAN NIK AZIZ INI..
Mana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS di Selangor...Kenapa mereka mendiamkan diri dalam isu "I Want To Touch A Dog" ni..

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan penganjur program "I Want To Touch A Dog" yang mendapat sambutan luar biasa hujung minggu lalu di Selangor seperti mempunyai "ulat" di dalam kepala mereka.

Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam yang menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala.

"Ia bertentangan dengan mazhab Shafie,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Ahad lepas, program "I Want To Touch A Dog" yang diadakan di Selangor itu mendapat sambutan di luar jangkaan apabila ramai umat Islam menghadirinya.

Bagaimanapun, program tersebut mendapat kritikan beberapa mufti dan orang ramai yang mempersoalkan motif penganjuran program tersebut.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing bertaubat kerana mempersendakan hukum Allah.

Sementara bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program berkenaan satu cubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian semalam.

Tidak perlu fatwa baharu, semua tahu hukum haram

Abdul Shukor Husin
Abdul Shukor Husin
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan fatwa baharu berkaitan hukum menyentuh anjing kerana perkara itu jelas haram kepada seluruh umat Islam.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, seharusnya hukum tersebut tidak diperdebatkan sehingga mengundang pelbagai andaian dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, hukum menyentuh anjing mempunyai perbezaan pendapat di antara empat mazhab utama dan tidak perlu dipertikaikan apatah lagi kerana negara ini merujuk kepada mazhab Imam Shafie yang berpendapat haram menyentuhnya di dalam keadaan basah dan perlu disamak.
“Jawatankuasa memang tiada keperluan untuk buat fatwa baharu kerana di negara ini saya rasa semua orang tahu bahawa umat Islam tidak boleh menyentuh anjing tanpa sebab ketika kering apatah lagi basah dan jika mereka menyentuh juga, perlu disamak.
“Perkara ini mula menjadi pelik kerana ada yang menganjurkan secara terang-terang program untuk menyentuh anjing dan ini bukan satu yang normal untuk masyarakat di negara ini dan sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang penganjuran ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam yang mengundang kekecewaan dan kemarahan ramai pihak termasuk Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid yang turut mempersoalkan kewajaran acara itu dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, soal haram atau dibenarkan menyentuh haiwan itu dalam keadaan tertentu tidak perlu diperdebatkan, namun motif mengapa acara itu dilaksanakan menjadi tanda tanya.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan penganjur berbuat demikian kerana mahu mempromosikan fahaman liberalisme yang jelas akan menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Tidak menafikan anjing mempunyai kemuliaannya tersendiri sebagai makhluk Allah, Abdul Shukor mengingatkan acara seperti itu tidak bersesuaian diadakan di negara ini walau apa sekali pun tujuannya.
“Hukum pegang anjing tidak perlu diperbesarkan oleh semua pihak namun perkara ini (sentuh anjing) telah dipersetujui sejak ulama terdahulu bahawa hukumnya haram, jadi, mengapa kita mahu menganjurkan dan mempertikaikan hukumnya.
“Sebab itu kita tidak perlu fatwa kerana perkara ini telah jelas kecuali ulama terdahulu tidak pernah berbincang soal menyentuh anjing, namun jika masyarakat masih tidak terima, memadai dengan memberi pandangan dan bukannya fatwa baharu kerana perkara ini bukan perkara pokok,” jelasnya.
Sementara itu, antara hadis yang menyatakan anjing sebagai najis mughallazah (berat) adalah:
1) Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda, “Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga haiwan ternak, berburu dan menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setia hari sebanyak satu qirath,”. (riwayat Muslim).
2) Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sucinya wadah kalian apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali, basuhan pertama dengan debu,”. (riwayat Muslim).
3) Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah,”. (riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-perlu-fatwa-baharu-semua-tahu-hukum-haram-1.15216#sthash.a7Fjzxmv.dpuf

Cipta budaya baharu, hina Islam

Othman Mustapha
Othman Mustapha
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Penganjuran Kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cubaan mencipta budaya baharu sekali gus membawa kepada perbuatan menghina Islam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, hal ini sekali gus telah menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana secara jelas bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di negara ini.
Beliau berkata, Mazhab Syafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah adalah haram di sisi Islam.
“Walaupun islam meletakkan kaedah sertu (samak) apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis berkenaan secara sengaja.
“Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam yang dikatakan bagi menepis persepsi negatif orang ramai terutamanya umat Islam terhadap haiwan berkenaan sebagai haiwan peliharaan seperti kucing.
Dalam pada itu, Othman turut menegur pihak penganjur yang mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.
“Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada Mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab tersebut,” jelasnya.
Munurut Othman, Islam pada dasarnya tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh haiwan tersebut tanpa sebab yang secara terangan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Sebaliknya, anjing wajar diberi kasih sayang. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie tidak membenarkan haiwan tersebut dijadikan binatang peliharaan.
“Dalam perkembangan ini, penganjur kempen tersebut akan dipanggil untuk memberi penjelasan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cipta-budaya-baharu-hina-islam-1.15240#sthash.7etzeq3u.dpuf

‘Kerja orang tiada otak’

Nik Abdul Aziz kecam penganjuran kempen sentuh anjing

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (kiri) dan Ahmad Yakob memegang replika
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (kiri) dan Ahmad Yakob memegang replika buku Khalifah: Kita Pilihan Allah di Kelantan Trade Centre, Kota Bhatu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/WAHIDIN SALIM
Kerja orang tiada otak, tetapi ada ulat.” Itu kecaman keras Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam di negara ini daripada berhimpun beramai-ramai semata-mata mahu menyentuh haiwan berkenaan tanpa alasan kukuh.
“Apabila keluar berita orang ramai pegang anjing, dalam kepala tiada otak, tetapi ada ulat. Tidak munasabah orang Melayu, orang Islam sengaja berhimpun ramai-ramai dan pegang anjing.
“Apa kebaikan benda itu, ada­kah berguna di akhirat, sedangkan banyak perkara lain boleh buat yang membolehkan anak cucu kita ikut,” katanya berucap dalam majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan serta pelancaran buku Khalifah: Kita Pilihan Allah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdullah Ya’kub serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya kelmarin mengundang kemarahan banyak pihak walaupun dikatakan bertujuan menepis persepsi negatif umat Islam terhadap haiwan berkenaan.
Dalam perkembangan berkait­an, Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan fahaman Islam.
Beliau turut menyeru para ilmuwan dan pendakwah memperkemaskan kemahiran berhujah masing-masing supaya mereka dapat menjadi sumber rujukan kepada umat Islam apabila timbul sesuatu isu yang mengelirukan.
“Baru-baru ini, ada sebut fahaman liberal, ini semata-mata nak kacau (umat Islam), perkara sebegini sangat mustahak untuk kita tepis dengan cara berhujah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-kerja-orang-tiada-otak-8217-1.15477#sthash.ts7fmx2l.dpuf




LUAHAN HATI HANG NADIM

Sejak kebelakangan ini ,perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak didapati makin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam. Apa yang di kesalinya ialah orang yang melakukanya yang bergelar Muslim.Mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Islam.....Jangan kita cemarkan kesucian Islam.....mari kita sama menjaga kesucian Islam "HIFZU AL-DIN" (MEMELIHARA AGAMA).....Ya Allah Jadikanlah kami orang orang yang beriman mematuhi suruhan mu dan menghindar segala kemungkaran ....jauhilan kami dari segala perkara yang mencemar kesucian Islam dan kembalilah mereka yang jauh terpesong kepada keluhuran Islam.....Amin.....

Syed Azmi akui program ‘I Want To Touch A Dog’ ada kelemahan

  48  5 Google +0
Kuala Lumpur 25 Oktober 2014 - Penganjur Program 'I Want To Touch
Kuala Lumpur 25 Oktober 2014 - Penganjur Program 'I Want To Touch A Dog', Syed Azmi Alhabshi (kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kontroversi daripada program anjurannya "I Want To Touch A Dog" yang mendapat kritikan di kalangan orang Islam di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara di sini, hari ini. Gambar : Hafiz Johari / Pemberita : Hussaini (Meja Am).
PETALING JAYA 25 Okt. - Penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi mengakui terdapat kelemahan dalam acara berkenaan sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Beliau membuat pengakuan itu menerusi kenyataan yang dibaca dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Syed Azmi tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar tersebut di atas alasan bimbang tentang ancaman keselamatan terhadap dirinya.
Soalan-soalan dari pihak media seterusnya dijawab oleh penganjur bersama program, Norhayati Ismail dan peguam, Syahredzan Johan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/syed-azmi-akui-program-8216-i-want-to-touch-a-dog-8217-ada-kelemahan-1.16639#sthash.naEM8bSd.dpuf


ق ثقافة جديدة، وازدراء الإسلام


                                இஸ்லாமியம் அவமதிப்பு ஒரு புதிய கலாச்சாரம் உருவாக்கவும்
创建一个新的文化,伊斯兰教蔑视
สร้างวัฒนธรรมใหม่ดูหมิ่นศาสนาอิสลาม
                                                   Nggawe budaya anyar, hina Islam
Lumikha ng isang bagong kultura, pag-upasala ng Islam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.