Pages

Subscribe:

28 Oktober, 2014


Mahkamah tegur peguam bela Anwar

Rayuan ketepi hukuman penjara 5 tahun kesalahan meliwat Saiful

Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika
Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika di pekarangan Istana Kehakiman, Purtrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 28 Okt. - Mahkamah Persekutuan hari ini menegur salah seorang peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membuat teguran tersebut apabila peguam, N. Surendran berhujah berhubung keterangan bela diri Ketua Pembangkang itu yang dibuat dari kandang tertuduh.
“Berikan nas undang-undang yang berkaitan. Awak mengatakan bahawa mahkamah perlu mengambil kira keterangan dan penafian yang dibuat oleh Anwar dari kandang tertuduh, berikan nas undang-undang yang boleh menyokong hujah awak,” kata hakim tersebut.
Surendran kemudian memaklumkan nas undang-undang berkaitan telah dilampirkan di dalam ikatan dokumen yang difailkan.
“Sekiranya awak hendak menjimatkan masa mahkamah, awak seharusnya menyediakan nas undang-undang tersebut sebagaimana yang dibuat oleh (Datuk Seri) Gopal Sri Ram, supaya kami tidak tercari-cari,” tegur Hakim Arifin.
Terdahulu, peguam terbabit menghujahkan bahawa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan keterangan bela diri Anwar yang menyentuh isu konspirasi politik untuk menjatuhkan reputasi dan memusnahkan karier politik perayu.
Katanya, keterangan Anwar itu telah disokong oleh keterangan Mohd. Saiful Bukhari sewaktu sesi soal balas apabila mangsa tidak menafikan ada bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri) di kediamannya beberapa hari sebelum laporan polis dibuat.
“Oleh itu, adalah wajar mahkamah mengambil kira keterangan bela diri Anwar walaupun ia dibuat dari kandang tertuduh,” ujar peguam tersebut.
Secara keseluruhan, pihak pembelaan akan berhujah atas 46 isu dan sehingga petang ini, kira-kira lapan isu telah dihujahkan.
Esok, prosiding akan bersambung dengan hujah oleh peguam, Sangeet Kaur yang akan menyentuh mengenai identiti ‘Lelaki Y’ yang dikatakan mempunyai padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan Anwar.
Sementara itu, kes rayuan Anwar ini menyaksikan kawalan keselamatan di Istana Kehakiman bertukar menjadi sangat ketat apabila pihak media terpaksa melalui enam tapisan sebelum dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
Bagi dua pemeriksaan pertama, nama media yang akan membuat liputan di dalam dewan dipanggil satu persatu dan mereka yang disebut namanya perlu menyerahkan kad pengenalan sebagai pengesahan.
Hanya kira-kira 18 anggota media dibenarkan masuk berdasarkan sena­rai yang telah disenarai pendek.
Setiap organisasi telah diminta oleh pihak polis untuk menghantar nama individu yang akan membuat liputan Jumaat lalu. Namun, pada hari ini, kekecohan berlaku apabila tidak semua mereka yang menghantar nama dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
Selesai dua tapisan pertama, wartawan yang telah memberi kad pengenalan mereka, akan diperiksa namanya sekali lagi dengan senarai media di bahagian atas tangga utama Istana Kehakiman sebelum dibenarkan memasuki lobi mahkamah.
Sebelum itu, setiap beg wartawan perlu melalui mesin pengimbas dan mereka kemudian perlu mengambil pas liputan berwarna biru di lobi berkenaan.
Apabila memperoleh pas tersebut, kesemua wartawan menuju ke tingkat dua kompleks bangunan tersebut dan pemeriksaan badan dibuat sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/mahkamah-tegur-peguam-bela-anwar-1.18072#sthash.DO4rXaZs.dpuf

Kes Anwar bersambung hari kedua

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kes-anwar-bersambung-hari-kedua-1.18132#sthash.gPxozMw5.dpuf
PUTRAJAYA 29 Okt. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat yang masuk hari kedua bersambung di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan mendengar hujahan lanjutan peguam N. Surendran berhubung isu konspirasi terancang melibatkan pendakwaan terhadap perayu.
Beliau menghujahkan sebentar tadi bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf kerana gagal menimbang keterangan bela diri perayu yang dikemukakan dari kandang tertuduh bersama-sama keterangan lain ketika mensabitkan anak guamnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kes-anwar-bersambung-hari-kedua-1.18132#sthash.gPxozMw5.dpuf


Suami enggan cerai Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini enggan menceraikan wanita itu kerana masih menyayanginya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Nurul IZZAH ANWAR bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Zaini Husin
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkata, dia masih menyayangi perkahwinan tersebut terutama dua anak mereka yang masih kecil.
Dia yang kelihatan sugul tetapi tenang berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah di sini setelah selesai prosiding sebutan kes cerai mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ab. Malek Awang.
Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar memberitahu, dalam prosiding yang berlangsung dalam kamar hakim itu, Ab. Malek telah mensabitkan wujudnya Shiqaq (perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan) berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Justeru katanya, Ab. Malek telah menasihatkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar untuk melafazkan cerai namun anak guamnya enggan berbuat demikian atas alasan masih menyayangi isterinya dan perkahwinan tersebut.
Walau bagaimanapun pihaknya telah membuat bantahan terhadap kandungan laporan JKP yang disifatkan terlalu ringkas dan banyak fakta serta maklum balas daripada pihaknya tidak dinyatakan dalam laporan itu.
“Banyak perkara yang dibincangkan semasa rundingan dengan JKP tidak dinyatakan dalam laporan ini malah masalah mengenai perkahwinan tidak dinyatakan secara terperinci, hanya satu perenggan, justeru anak guam saya telah memasukkan bantahan hari ini,’’ katanya.
Pada prosiding yang berlangsung selama 40 minit itu Azmi turut memohon agar diadakan JKP yang baharu namun permohonan itu dibantah oleh peguam syarie, Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah, selaku plaintif.
Mahkamah membenarkan bantahan Normawaddah dan menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam iaitu setiap seorang mewakili pihak suami dan isteri terlibat setelah JKP gagal menyelesaikan krisis yang dihadapi pasangan itu.
Namun Hakam diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan sama ada untuk melafazkan talak atau menerima tebus talak jika ia merupakan wakil bagi suami manakala wakil bagi isteri berkuasa untuk menerima talak dan membayar tebus talak.
Sementara itu, Nurul Izzah, 34, enggan mengulas mengenai prosiding yang berlangsung hari ini dan seperti lazimnya hanya menyebut ‘Thank you for respecting my privacy’ (terima kasih kerana menghormati privasi saya) kepada para pemberita.
Apabila ditanya mengenai perkembangan rayuan akhir bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan hari ini, beliau hanya berkata, ‘No...no...why don’t you go to Putrajaya and ask’ (Kenapa kamu tidak pergi ke Putrajaya dan tanya).
Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pasangan yang telah berkahwin selama 11 tahun iaitu sejak 9 Mei 2003, dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/suami-enggan-cerai-nurul-izzah-1.18144#sthash.GedkTJnZ.dpuf

Penyokong Anwar cetus provokasi hadapan Istana Kehakiman

PUTRAJAYA 29 Okt.- Penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencetuskan provokasi di perkarangan Istana Kehakiman di sini dengan mendesak polis membuka pagar penghadang besi yang diletakkan di sekeliling Kompleks Mahkamah Persekutuan.
Malah perarakan yang diketuai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang bergerak dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kemudian menimbulkan kekecohan dengan berucap berunsur provokasi di hadapan para penyokong Anwar.
Tindakan itu telah menyebabkan terdapat dalam kalangan para penyokong Anwar cuba merempuh pintu penghadang besi berkenaan, bagaimanapun usaha tersebut berjaya dihalang anggota polis.‎
Terdahulu, Anwar bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Istana Kehakiman pada pukul 9 pagi bagi menghadiri prosiding rayuan akhir terhadap kes liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyokong-anwar-cetus-provokasi-hadapan-istana-kehakiman-1.18134#sthash.jTgSQmEg.dpuf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.