Pages

Subscribe:

06 November, 2014

[hang nadim] Dadah: Warga Nigeria dihukum mati..Drugs: Judicium mortis est Nigerian ........Daroogada: Nigeria ayaa lagu xukumay dil ........





ARKIB : 15/10/2014

Dua sahabat edar dadah ke tali gantung

TENGKU Hisyam Nek Jaafar dan Mohamad Abdul Salam Mohamad Zailani dikawal anggota polis keluar dari bangunan 
Mahkamah Tinggi Temerloh, semalam.

TEMERLOH 14 Okt. - Seorang jurujual kereta dan rakannya yang sepatutnya menjejakkan kaki ke menara gading masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 28 gram dadah jenis amphetamine, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Tengku Hisyam Nek Jaafar 30, dan Mohamad Abdul Salam Mohamad Zailani, 22, selepas pembelaan mereka gagal melampaui keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Ab. Karim menyatakan, keterangan pembelaan adalah rekaan semata-mata dan mahkamah lebih meyakini keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua sahabat itu didakwa mengedar dadah tersebut di tempat letak kereta hentian rehat dan rawat Temerloh (arah timur) Lebuh Raya Pantai Timur kira-kira pukul 6.45 petang, 19 Julai 2012.
Timbalan Pendakwa Raya, Elliana Othman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Tengku Hisyam diwakili peguam Ghazali Ismail manakala Mohamad Abdul Salam diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20141015/ma_03/Dua-sahabat-edar-dadah-ke-tali-gantung#ixzz3IKtjh7sN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ARKIB : 18/10/2014

Dadah: Warga Nigeria dihukum mati

Oleh SUWARNI MOKHTAR
SHAH ALAM 17 Okt. - Seorang penjual telefon bimbit dan komputer terpakai warga Nigeria dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Adiele Chinenyeze Sylvanus, 34, adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan tidak boleh dipercayai.
Tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia dipaksa oleh majikan dan rakan majikannya untuk menelan 65 kapsul mengandungi serbuk yang dikatakan 'serbuk emas mentah' ketika transit di Cameroon, Afrika sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia.
Sylvanus mendakwa penahanannya dibuat ketika kunjungan kali ketiganya ke negara ini.
Mengikut pertuduhan, lelaki warga asing itu didakwa mengedar 65 kapsul berisi dadah syabu seberat 478.4 gram antara pukul 2.30 pagi dan 3.30 petang, 20 Mac 2012 di tandas Wad 6C, Bilik 27, Hospital Serdang dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam bela, M. Subramanian.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20141018/ma_03/Dadah-Warga-Nigeria-dihukum-mati#ixzz3IKuWiloR
© Utusan Melayu (M) Bhd 


AKTA DADAH BERBAHAYA, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-
  • 15 gram atau lebih berat heroin
  • 15 gram atau lebih berat morfin
  • 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 1,000 gram atau lebih berat candu masak
  • 1,000 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 200 gram atau lebih berat ganja
  • 200 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 40 gram atau lebih berat kokain
  • 2,000 gram atau lebih berat daun koka
  • 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 50 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
  • 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)
  • 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )
Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin
  • gram atau lebih berat morfin
  • gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 250 gram atau lebih berat candu masak
  • 250 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 50 gram atau lebih berat ganja
  • 50 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 15 gram atau lebih berat kokain
  • 750 gram atau lebih berat daun koka
  • 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 30 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)
  • 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA
  • 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)
  • 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD
  • 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)
Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.