Pages

Subscribe:

06 November, 2014



AL-FATIHAH
Adalah dimaklumkan Superintendan Megat Abdul Waris bin Megat Hashim, 65, seorang pesara polis telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 4.40 pagi tadi akibat sakit jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Sarjan Salmon binti Ali yang bertugas di IPD Kuantan dan enam orang anak. Perkhidmatan terakhir Allahyarham ialah di Cawangan Gerakan KDN/KA Bukit Aman. 
..
Jenazah diuruskan di surau IPD Kuantan sebelum dibawa balik ke Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor untuk pengebumian.
Warga polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.