Muhyiddin ucap takziah pemergian Mohammad Azlan
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohammad Azlan Mat Lazim di atas pemergian bintang paralimpik negara itu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Serdang dekat sini, semalam.
Katanya, beliau terkejut dengan pemergian atlet berusia 25 tahun itu, yang mengharumkan nama negara dengan memenangi tiga pingat emas pada Sukan Para Asia Incheon 2014.
"Saya kagum dengan sikap dan kecekalan Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. al-Fatihah," katanya dalam catatan akaun Twitter beliau, hari ini. Muhyiddin berkata, beliau mengenali allahyarham Mohammad Azlan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan awal Januari lalu di mana allahyarham adalah antara penerima Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015.
"Saya kenali Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazim, atlet paralimpik negara di majlis Anugerah Maulidur Rasul. Saya terkejut dengan berita pemergiannya," kata beliau yang menyampaikan hadiah pada majlis itu.
Mohammad Azlan dan atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna, 25, menunggang motosikal ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van pada kira-kira 2 petang semalam.
Mohammad Azlan, dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tangan dan kepala manakala Farisan, 24, atlet lompat jauh paralimpik dari Sarawak cedera parah dan kini dirawat diHospital Serdang.
Farisan pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar.
Pada temasya Para Asia pada Oktober tahun lepas, Mohammad Azlan menampilkan aksi cemerlang dengan membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200mdan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36. -- BERNAMA
Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu, Dr Zulkifly Muda.
Hadir sama kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda dan anggota Majlis Mesyuarat Negeri.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 10.15 pagi dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.
Berangkat sama memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud dan kerabat diraja lain.
Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara jam 3.26 petang semalam. -BERNAMA
JUMAAT, 23 JANUARI 2015 @ 5:27 PM
Raja Abdullah dimakamkan dalam kubur tidak bertanda
Dalam pada itu, peralihan kuasa lancar menyaksikan takhta itu berpindah kepada adik tirinya, Raja Salman dan seorang lagi adik tirinya, Muqrin sebagai putera mahkota bagi menghapuskan kebimbangan ketika kegawatan serantau.
Sejajar dengan ajaran Islam, jenazah Abdullah akan dikapan dengan kain putih, dibawa menggunakan pengusung ke dalam ambulans oleh saudara mara seterusnya dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan untuk dimakam dalam kubur tidak bertanda.
Solat jenazah di masjid akan diketuai Raja Salman dan dihadiri ketua negara Islam dan diplomat kanan termasuk Presiden Mesir, Abdel Fatteh al-Sisi, seorang daripada sekutu paling rapat Abdullah selepas kebangkitan negara Arab.
Golongan kenamaan bukan Islam akan melakukan penghormatan terakhir kepada raja dan putera mahkota yang baharu dilantik serta anggota lain dinasti Al Saud, dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Kemudian, selepas solat Maghrib, Raja Salman dan Putera Mahkota Muqrin akan menerima ikrar taat setia daripada anggota keluarga lain pemerintah, ulama Wahabi, ketua puak, ahli perniagaan utama dan orang penting di negara pentadbiran beraja itu.
Dalam ajaran tegas Wahabi, menunjukkan perasaan sedih secara berlebihan dilarang, selepas kematian monarki Arab Saudi dan anggota tertinggi diraja lain, tiada tempoh rasmi berkabung dan bendera masih dikibar secara penuh.
Walaupun dengan kebanjiran mesej sedih daripada rakyat tempatan dalam media sosial, kekangan agama ke atas peringatan awam bermaksud tiada tanda di ibu kota diraja ini menunjukkan pemerintah sekian lama mereka sudah mangkat. -AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.