Bekas Setiausaha Sulitnya, Datuk Khir Busrah berkata, tokoh politik veteran itu difahamkan meninggal dunia akibat sakit tua.
Abdul Rahman yang dilahirkan pada 3 Januari 1928, telah dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Datuk Tawi Sli pada 7 Julai 1970.
Kemudian pada 26 Mac 1981 Allahyarham meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada anak saudaranya, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri Sarawak).
Pada peringkat Persekutuan, beliau pernah menganggotai Kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960. - UTUSAN ONLINE
-
See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tun-abdul-rahman-ya-8217-kub-meninggal-dunia-1.46172#sthash.SYf6isMv.dpuf
Tun Abdul Rahman bin Ya'kub (3 Januari 1928 - 9 Januari 2015) merupakanKetua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Dia digantikan sebagai Ketua Menteri oleh anak saudaranya Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau berketurunan Melanau.
- Ketua Menteri Sarawak (1970 - 16 Mac 1981),
- Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1981 - 1985).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.