Yang Amat Berbahagia Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat نئ عبدالعزيز بن نئ مت | |
---|---|
Menteri Besar Kelantan ke-12
| |
Tempoh jawatan 22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013 | |
Timbalan | Dato' Haji Ahmad bin Yaakob |
Didahului oleh | Mohamed Yaacob |
Diganti oleh | Ahmad bin Yaakob |
Ahli Perhimpunan Kelantan
untuk N6 Chempaka | |
Majoriti | 6,500 |
Penyandang | |
Tempoh jawatan 1995 – 12 Februari 2015 | |
Lahir | 10 Januari 1931 Pulau Melaka, Kota Bharu,Kelantan |
Meninggal dunia | 12 Februari 2015 (umur 84) Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu,Kelantan |
Parti politik | PAS |
Pasangan | Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak |
Anak | Nik Aini Nik Umar Nik Adli Nik Abdul Rahim Nik Mohamad Abduh Nik Adilah Nik Mohamad Asri Nik Amani Nik Amalina Nik Asma' Salsabila |
Alma mater | Universiti Al-Azhar |
Religion | Sunni Islam |
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".[2]Kehidupan peribadi
Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pendidikan
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]
Beliau juga pernah belajar di:
- Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
- Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
- Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
- Universiti Deoband, India – 1952
- Universiti Lahore, Pakistan - 1957
- Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
- Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[4]
Friday, February 13, 2015
KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.
Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda,” katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.
Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi esok di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin datang menziarahi jenazah ayahnya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
“Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju Tuhannya,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa pemimpin utama Pas negeri ini seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut berada di rumah Allahyarham.
Malah ribuan orang telah memenuhi pekarangan rumah tersebut dan jalan untuk masuk ke Pulau Melaka sesak.
Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke ICU HUSM dan berada dalam keadaan separa kritikal namun keadannya dikatakan agak stabil pada minggu lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru telah mengikuti rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser tersebut sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Beliau yang melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013 turut mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada awal tahun lalu.
Nik Abdul Aziz yang mula menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang dikenali Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang.
Sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar selama 23 tahun sejak 1990, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di negeri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.