Pages

Subscribe:

28 Februari, 2015

[hang nadim] Ketua Cawangan Khas IPD Maran telah meninggal dunia ......ALFATIHAH....




AL FATIHAH
Dimaklumkan ASP Khairuddin Mashud, 55, Ketua Cawangan Khas IPD Maran telah meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi akibat pendarahan otak di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Allahyarham dilaporkan terjatuh ketika menghadiri jamuan perpisahan meraikan anggota polis yang bertukar dan bersara di Balai Polis Trafik Maran pada 25 Februari lalu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kg Embun, Maran, Pahang tengahari ini untuk pengebumian.
Seluruh warga polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.