Pages

Subscribe:

03 Jun, 2009

DETIK 31 OKTOBER 2003

Untuk Pak Mahathir & Pak Lah

Sebuah mentari di upuk barat
Menanti senja 31 Oktober 2003
Akan melabuh tirai malam
Walaupun Akan Gelap Gelita
Namun Bintang tetap menyinar cahaya

Sebuah bahtera merdeka telah kau nakhodai
Penuhnya muatan kejayaan memertabatkan
Agama,Bangsa dan Negara
Seluruh dunia namamu terkemuka
Bagaikan sebutir mutiara indah

Hatimu suci tiada tercela
Umpat keji , kata nesta, fitnah kau terima
Namun ketabahan mu, tiada di bayang duka nestapa
Kesetiaan mu tetap kepada Bangsa dan Negara
Ketegasan mu bagai pancang tunggak Negara
Tiada unggapan untuk ku luahkan rasa
Tiada anuggerah sama pengorbananmu

Kehadrat Allah ku Pohon Restu
Kesejahteraan mu sepanjang hayat
Keluarga mu bahagia hingga kesyurga
Tiada tercela keturunan mu membela bangsa.


warisan bangsa,

Nukilan hati Hang Nadim
amo550@yahoo.com
Tarikh 31/10/2003

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.