DEMAM DENGGI
Apa itu Denggi?
enyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Jenis-jenis penyakit denggi
• Demam denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. '
• Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan
Agen Penyebab Penyakit Denggi
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae.
Pembawa Agen Penyakit Denggi
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.
Cara Jangkitan
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.
Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.
Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Tanda Serangan Denggi
• Demam kuat secara mengejut dan berterusan
• Ruam pada kulit
• Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
• Hilang selera makan
• Muntah-muntah
• Sakit Perut
• Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
• Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku
• Rawatan Demam Denggi Berdarah
o Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
o Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
o Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
Tempat Pembiakan
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
• Di dalam rumah
Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
Perangkap semut.
• Di luar rumah
Di dalam tayar buruk.
Saluran air hujan.
Tin-tin kosong atau botol.
Bata bangunan atau kawasan pembinaan
Cawan getah
Langkah Kawalan Denggi
• Sistem pemantauan
• Semburan asap
• Pemeriksaan premis untuk mencari dan memusn
CHIKUNGUNYA
Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus).
Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.
Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.
DIAGNOS
Chikungunya dikesan melalui ujian darah.
Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
RAWATAN
Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya). Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.
JANGKITAN
JAA
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.
Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain.
Tempoh Pengeraman
Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).
Apa itu AIDS?
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-
Bagaimana AIDS Merebak?
AIDS merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
• Hubungan seks sejenis (Homoseks)
• Hubungan seks dengan berbilang pasangan
• Hubungan seks dengan pelacur
• Berkongsi menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
SELSEMA BURUNG
Virus Influenza
Virus Influenza yang menyerang ternakan ayam adalah sama dengan virus influenza yang menyebabkan demam selesema pada manusia. Ia adalah virus RNA keluarga Orthomyxoviridae, genus influenza. Saiznya berukuran 80 ke 120 nm diameter.
Pada masa ini virus influenza sub-tip H5N1 dan H7N7 adalah dikenal pasti sebagai “Highly Pathogenic Avian Influenza” (HPAI). Virus H5N1 adalah yang menyebabkan wabak di Hong Kong, Korea, China, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Manakala virus H7N7 telah menyebabkan wabak di Holland.
Tanda-tanda Jangkitan HPAI
Ayam yang dijangkiti virus HPAI akan menunjukkan tanda klinikal setelah 2 hingga 3 minggu dijangkiti. Tanda utama sebelum ayam tersebut mati ialah :
• Berair pada hidung dan mata
• Berak cair
• Balung dan kaki menjadi amat merah kemudian menjadi pucat dan kebiruan
• Kematian yang tinggi mencapai 70 hingga 100 peratus
• Bagi ayam penelur, pengeluaran merosot dan terus berhenti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.