Pages

Subscribe:

10 Ogos, 2009

Selepas Umur 40 Tahun Perlu Beri Perhatian

Ada yang kaitkan masalah itu kerana tekanan perasaan atau kesan badan yang tidak sihat seperti demam yang kebetulan berlaku sebelum mengalami simptom lemah tenaga batin atau menghidap penyakit darah tinggi.

Simptom lemah tenaga batin atau lemah syahwat yang biasa berlaku ialah kerana kegagalan untuk mencapai ereksi yang kekal untuk persetubuhan atau jika ada ereksi, ia cepat lemah dan tidak bertahan,

Ada juga mengalami simptom seperti itu yang kebetulan menjadi lebih ketara selepas seseorang sembuh daripada demam panas, begitu juga dengan tekanan perasaan dan juga rawatan penyakit darah tinggi juga turut menjadi faktor kegagalan pencapaian ereksi untuk anda.

Pendek kata ada banyak faktor menyebabkan lelaki gagal mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan. Yang mustahak ialah kesedaran dia mengalami masalah itu dan tidak terasa malu atau mendiamkan diri untuk mendapat rawatan.

Ramai lelaki tidak tahu yang disfungsi ereksi petanda awal gangguan kesihatan yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit koronari dan masalah peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah.

Anda masih muda dan perlu menjalani kehidupan yang memberangsangkan dan bukan sebaliknya. Sama juga dengan pasangan anda yang mungkin berasa tertekan juga kerana gangguan ereksi anda itu.

Kita tidak boleh mendiamkan diri dalam hal sebegini dan mengharapkan ia akan pulih tanpa membuat apa-apa. Ini yang biasa dilakukan ramai lelaki.

Mereka tertekan apabila pasangan bertanya mengenai fungsi anggota kelamin mereka dan mereka pilih untuk tidak membuat apa apa atau mengambil pilihan untuk dapat rawatan tradisional yang membahayakan.

Saya pasti anda tidak mahu sia-siakan diri anda dan pasangan anda dengan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa.

Yang paling mustahaknya adalah untuk anda berjumpa doktor anda atau dapatkan rujukan doktor pakar. Di samping itu anda perlu amalkan gaya hidup sihat, mendapat kaunseling mengenai cara menangani tekanan perasaan dan hidup ceria berdampingan pasangan tersayang. Jika mahukan khidmat saya, boleh bertemu dengan saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari www.dsh.com. my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.