Pages

Subscribe:

29 September, 2009

PULASAR DALAM INGATAN SABAK BERNAM OH SABAK BERNAM



SENYUMAN

SENYUMAN

[HANG NADIM]
PENGERTIAN DALAM SENYUMAN
Insan yang hidup dialam maya yang mempunyai harapan untuk bahagia , salah satu dari faktor yang boleh membahagiakannya ialah kepada kecantikan pandangan satu darinya ialah senyuman yang di lukis dari du bibir insan yang memberi seribu pengertian dan boleh mempengaruhi seorang Insan:-
a) Dalam satu keluarga bahagia si isteri selalu saja member senyuman kepada si suami begitu juga sebaliknya walaupun di dalamnya mengandungi dukacita.
b) Ketenangan fikiran yang begitu selesa sekali jika senyuman diberi oleh orang yang di sayangi
c) Pemberi senyuman tidak rugi kepadanya bahkan member satu kenikmatan dan member harapan kepada penerimanya.
d) Menghapuskan perasaan benci orang lain terhadap kita.
e) Dengan senang gadis menawan hati penerima dan mengeratkan kasih sayang antara pegawai dan kakitangannya.
f) Orang tidak dapat menyelami hati seseorang walaupun dalam kesusahan atau kebencian.

Pengaruh senyuman adalah menjadi satu dari faktor yang member kelebihan kepada orang yang memberinya , andainya kesilapan yang kita lakukan misalnya di pejabat tentu majikan,penyelia atau pegawai kanan akan memarahi kita diatas kesilapan tersebut, andainya kemarahan tersebut diterima dengan ikhlas dan mengukir satu senyuman sudah tentu majikan itu dengan mudah memaafkan , inilah yang dikatakan senyuman untuk semua dan senyuman member harapan ambilah pedoman ini:-
Kalau Ingin Pengaruh + Jangan Bermuka Keruh
Kalau Ingin di sayang +Senyum jangan disayang
Kalau mengata orang +Fikir Panjang-panjang
Selalu member I senyuman +Semua Capai Keamanan
Senyuman Orang Bercinta
Bagi orang yang bercinta semuanya indah kalau cinta itu lahir dari hati yang suci pada masa mengalami cinta hingga terdapat kata-kata yang mengatakan kemana saja akan di turuti ,kebulan kebintang kelurah,kegunung bahkan kelautan api sekalipun akan dituruti , mereka selalu berbalas senyum dan senyuman menambah seri dan membuahkan cinta yang telah menjadi lumrah hidup tetapi bagaimana malangnya insan sudah cinta dan berputus asa maka nukilan erti cinta terhadap senyum telah berubah :-
Lukisan antara dua bibir…
Dengan seribu erti
Penawar dan racun d alam kandungannya
Insan terpedaya dengan senyuman
Senyuman mengila-gila
Tidur makan runsing tak serasa
Senyuman bererti Cinta
Senyuman membawa derita
Senyuman juga Neraka
Malang seribu kali malang bagi orang yang putus cinta tetapi apakah salahnya pada senyuman ? walau bagaimanapun senyuman tidak memberi kesusahan atau penderitaan bahkan mengaya hidup dengan kegembiraan ,salahkan hidup mu dan salahlah fikiran mu sendiri yang menerima senyuman dan cinta dengan melulu ,apa boleh buat terimalah dengan senyuman…………..
Pada mereka yang bertugas di Pejabat-pejabat ,di permis perniagaan diman saja berilah senyuman , dimana-mana saja berilah senyuman yang akan member pengaruh dan rasa mesra oleh penerimanya ,walau apa pun yang dilakukan oleh pemberinya itu adalah perkara yang di benci atau dengan tidak kerelaan hatinya .
Hati mana yang tidak meradang , hati mana yang tak berang tapi sejukanlah hati mereka dengan gaya senyuman menerima kemarahan yang di beri itu walau pun terpaksa mengukir senyuman keana hati mudah mengalami dua keadaan berang dan tenang, berilah senyuman untuk semua dan SENYUMAN ITU SEDEKAH.
Petikan dari Suara PULASAR ,muka 48 Sabak Bernam
Oleh KPL 55550 A.Majeed
Tahun 1981

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.