Pages

Subscribe:

25 November, 2009

Sikh Community in Malaysia (Geraksikh)




Geraksikh serah buku Sikh Community in Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh) hari ini menyerahkan coffee table book bertajuk Sikh Community in Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Buku setebal 266 muka surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu disampaikan kepada Seri Paduka Baginda oleh Presiden Geraksikh, Tan Sri Darshan Singh Gill di Istana Negara, di sini, hari ini.

Kandungan buku tersebut termasuk paparan mengenai latar belakang dan sejarah awal kedatangan kaum Sikh ke negara ini termasuk gaya hidup, kebudayaan, tradisi, perayaan dan pendidikan mereka.

Buku berharga RM89.80 itu dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 28 Jun lepas dan kini boleh didapati di semua cawangan kedai buku MPH di seluruh negara.

Sebagai tanda hati daripada Geraksikh, buku itu juga akan diedarkan kepada semua kedutaan asing di negara ini dan kedutaan Malaysia di seluruh dunia. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.