12 Februari, 2010
[hang nadim] SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, FIKIAQ...INSAF...SEDAQ..SABAQ...
Maulidur Rasul: Mufti Perak persoal tindakan Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul mengundang persoalan sama ada tindakan serupa bakal diambil ke atas perayaan dan sambutan lain selepas ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan sama ada alasan 'mahu membuat kelainan' kerajaan negeri itu akan menyebabkan perarakan Thaipusam atau Pesta Tanglung dibatalkan kelak.
"Memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend tetapi ini menjadi antara cara untuk kita menarik minat belia kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW (dan agama Islam)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul atas alasan mereka mahu membuat kelainan pada sambutan tahun ini.
Tegasnya, jika perarakan sempena Maulidur Rasul ingin dihalang, lebih baik tindakan serupa diambil terhadap hari sambutan lain seperti Thaipusam mahupun Pesta Tanglung.
Selain itu, kerajaan negeri juga tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Tahun lalu, perarakan sempena Maulidur Rasul sejauh 2.6 kilometer disertai kira-kira 3,000 orang dari 50 kontinjen bermula di Jalan Padang Kota Lama melalui Lebuh Light, Pangkalan Weld dan Lebuh Chulia sebelum berakhir di Dewan Sri Pinang.
Pada 2008 pula, lebih 2,000 orang membabitkan 36 kontinjen berarak sejauh lima kilometer melalui Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Lebuh Pantai, Jalan Pesara King Edwards, Jalan Tun Syed Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu, beliau belum mendapat maklumat penuh dari majlis agama negeri tersebut mengenai pembatalan perarakan itu.
"Kita belum tahu bentuk program yang bakal menggantikan perarakan (Maulidur Rasul) tetapi semuanya bergantung kepada cara masing-masing.
"Saya tidak pasti sama ada tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang ini diambil kerana inginkan pendekatan baru atau mempunyai motif tertentu.
"Namun, semua terserah kepada mereka kerana perkara ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," tegasnya.
Perarakan Maulidur Rasul tidak ancam keselamatan - Pak Lah
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tun Abdullah Ahmad Badawi kesal dengan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul seolah-olah ia boleh mengancam keselamatan awam.
Bekas Perdana Menteri menegaskan andaian seperti itu tidak sepatutnya ada dalam pemikiran kerajaan pakatan pembangkang kerana sambutan Maulidur Rasul saban tahun diadakan dalam suasana aman.
"Sebelum ini pun tidak pernah tercetus perkara-perkara yang tidak baik semasa perarakan Maulidur Rasul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri Pulau Pinang pada 3 Februari lalu yang membatalkan perarakan itu sebaliknya hanya membenarkan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.
Abdullah ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Akhir Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi Ketujuh yang menyaksikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pasukan UIAM sebagai pembangkang kepada tajuk Daya Cipta Dipupuk Bukan Semulajadi menerima wang tunai RM15,000, geran RM10,000, piala pusingan, buku-buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan sijil penyertaan.
Sementara itu, USIM menerima RM10,000, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.
Abdullah yang juga Pengerusi IKIM seterusnya menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya memikirkan semula keputusan membatalkan perarakan Maulidur Rasul itu.
Beliau yakin rakyat akan merasa lebih tenang dan senang jika perarakan tersebut dibenarkan.
Jika tidak, katanya, mungkin perarakan-perarakan lain yang boleh menjurus kepada keadaan yang tidak menyenangkan akan diadakan pada hari berkenaan.
Menurutnya, perarakan itu boleh menjadi perarakan rakyat menentang dan menyuarakan kemarahan terhadap kerajaan negeri.
Liga Muslim P. Pinang tetap anjur perarakan Maulidur Rasul
PULAU PINANG 12 Feb. - Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri pada tahun ini tidak menghalang sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang untuk menganjurkan sendiri aktiviti itu.
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola program tersebut, Abdul Kader Mydin berkata, perarakan pada 26 Februari ini akan bermula pada pukul 5 petang di hadapan Masjid Kapitan Keling di sini.
Tindakan batal perarakan Maulidur Rasul dikesali
Oleh Nazura Ngah, Sharifah Salwa Syed Akil dan Mohamed Farid Noh
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul wajar membuka mata rakyat negeri Pulau Pinang dan seluruh negara mengenai sikap sebenar pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan membatalkan acara tradisi umat Islam yang diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayang mereka kepada Nabi Muhammad, menggambarkan seolah-olah pihak berkenaan tidak menyokong hasrat dan cita-cita orang Islam.
Katanya, amalan tradisi tidak sepatutnya disekat dan dihentikan dalam situasi yang perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum.
“Saya tidak fikir itu (perarakan) boleh menimbulkan kebimbangan yang boleh menjejaskan keselamatan... dengan keadaan yang mungkin sudah panas di Pulau Pinang, mungkin dia (Lim) takut untuk buat begitu (membenarkan perarakan).
“Apakah ini hendak menunjukkan satu sikap baru daripada DAP bahawa mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita umat Islam? Kita tanya balik pada dia (Lim),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Ar-Rahnu X’Change Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Berhad (Koperasi KGMMB) di Pusat Perniagaan Cheras Maju di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, mereka sepatutnya meneruskan amalan yang membawa kebaikan kepada sesebuah masyarakat di negeri itu kerana ia melambangkan pimpinan memahami dan menghormati agama lain.
Beliau mengulas laporan akhbar mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan itu dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tidak wajar kerana ia membayangkan andaian bahawa perarakan itu adalah sesuatu yang tidak baik.
“Maulidur Rasul adalah sambutan yang amat penting dalam kalendar umat Islam yang bertujuan mengingati serta menginsafi perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan Islam,” katanya.
“Pandangan seperti itu tidak sepatutnya ada dalam pemikiran kerajaan Pulau Pinang sebab perarakan Maulidur Rasul diadakan setiap tahun dalam keadaan aman dan tidak menjadi perarakan yang boleh mencetuskan sesuatu perkara tidak baik.
“Adalah wajar kerajaan Pulau Pinang memikirkan semula perkara ini dan membenarkan perarakan itu diadakan kerana saya percaya rakyat akan lebih tenang jika perarakan ini dibenarkan. Jika tidak dibenarkan, kita bimbang akan timbul pula perarakan lain iaitu perarakan menentang,” katanya.
“Maulidur Rasul adalah sambutan yang amat penting dalam kalendar umat Islam yang bertujuan mengingati serta menginsafi perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan Islam.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang itu bukan saja tidak sensitif malah menghiris perasaan umat Islam.
“Maulidur Rasul adalah sambutan yang amat penting dalam kalendar umat Islam yang bertujuan mengingati serta menginsafi perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan Islam.
“Jika mereka (kerajaan negeri Pulau Pinang) mahu membatalkannya berikutan wujud kebimbangan serta takut akan terjadinya demonstrasi ketika perarakan itu, maka ia adalah pandangan yang amat sempit lagi menyedihkan," katanya.
Menurutnya, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dijadualkan melepaskan para peserta perarakan.
"Ini merupakan acara tahunan yang telah kami anjurkan sejak tujuh tahun lalu.
"Penyertaan umat Islam amat digalakkan kerana ia melambangkan perpaduan dan kemurnian agama Islam itu sendiri," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Mereka yang berminat untuk menyertai perarakan anjuran Liga Muslim Pulau Pinang itu boleh menghubungi Abdul Kader di talian 016-4122858.
Kerajaan negeri tahun ini membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang di sini.
Pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Selain itu, kerajaan negeri juga tahun ini tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul, seperti yang biasa dilakukan semasa ditadbir Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.