kalau selalu buat bohong nanti kita akan teperangkap....
ARKIB : 07/03/2010
Salah Zul atau Anwar?
Awang tidak terkejut dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin petang semalam. Zulkifli yang lantang memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, sudah tidak boleh diurus lagi oleh PKR.
Pendirian beliau bercanggah dengan aliran pemikiran pimpinan PKR yang diketahui mula merobek asas kenegaraan. Lambat laun jika tidak dipecat sekalipun, Zulkifli akan keluar parti. Kritikan bertalu-talu beliau terhadap PKR tidak disenangi sama sekali. Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.
Apa yang berlaku ini sebagai tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selaku pimpinan utama PKR. Sebagai bintang paling menyinar dalam PKR, kehilangan Zulkifli dijangka mendorong lebih ramai lagi meninggalkan parti itu. Namun Anwar sentiasa ada alasan kepada segala-galanya. Dalam ceramah di Melaka, malam tadi, beliau menyatakan semua ini berlaku kerana kesilapan memilih calon ketika pilihan raya lalu. Beliau meletakkan kesalahan kepada mereka yang keluar dan melabelkan mereka sebagai 'Hang Lompat'.
Awang hanya senyum lalu timbul tanda tanya mengapa Anwar tidak melihat kesalahan sendiri. Bukankah semua ini berlaku kerana pendekatan politik beliau yang telah mempertaruhkan kepentingan agama dan bangsa? Bukankah PKR tidak lagi menjunjung perlembagaan? Bukankah ia ada kaitan dengan masalah moral beliau tetapi rakyat yang akhirnya mahu diheret sama? Bukankah beliau yang ghairah mengundang campur tangan asing?
Maka Awang amat berharap Anwar dapat bermuhasabah. Ramai rakan seperjuangan yang meninggalkan beliau, tahu siapa sebenarnya Anwar.
Antara rumusan mereka termasuk bekas sahabat karib, S. Nallakarupan, Anwar adalah putar alam, yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Ramai yang sudah terpedaya termasuk mereka yang dekat dengannya. Sebahagian daripada kitalah yang telah tersalah memilih dan mengangkat Anwar selama ini. Kepada yang masih taksub dengan beliau, renungkanlah. Renungkanlah dan jika perlu lakukan sembahyang hajat. Makin ramai yang telah mendapat petunjuk.
ARKIB : 08/03/2009
Keadilan untuk Anwar?
Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang?
Awang lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.
Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.
Awang tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.
Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?
Sebab itu, Awang tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.
Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.
Harapan Awang dan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya. Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.
Kepada Saiful, Awang harap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.
Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.
Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.
Awang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat. Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Awang tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Anwar persenda istana
2010/03/18
Ketua Pembangkang dibidas persoal Seri Paduka puji PM
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang perlu dicontohi. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen apabila Seri Paduka Baginda secara khusus memuji Perdana Menteri dan isterinya. Anwar mendakwa titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berpandukan draf yang dikemuka Perdana Menteri kepada pihak istana.
Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan titah Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan Anwar mempersoalkan titah baginda ditegur Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berpendapat apabila titah sudah diucap Seri Paduka Baginda, ia tidak boleh dipertikaikan.
“Jangan mempersendakan istana, kalau keluar daripada mulut baginda, saya meminta Yang berhormat Permatang Pauh (Anwar) menghormatinya,” katanya.
Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bebas kecewa dengan tindakan Anwar kerana dianggap mempersendakan Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, berkata tindakan Anwar boleh dianggap mempersenda dan tidak sewajarnya dipertikaikan secara terbuka di dalam Dewan Rakyat.
“Tidak ada satu kecacatan dan kesalahan pun, sepatutnya ia tidak dipertikaikan. Di luar jangkaan kita, ada orang yang berani mempertikaikan ucapan baginda secara terbuka,” katanya.
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, ucapan baginda tidak wajar dipertikaikan Ahli Parlimen kerana rakyat menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan memandang tinggi Yang di-Pertuan Agong.
“Ketika semua pihak memberi perhatian kepada titah baginda, jangan sesekali kita mempertikaikannya. Pihak yang mempertikaikannya patut dikenakan tindakan,” katanya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan ia adalah hak Yang di-Pertuan Agong.
“Itu hak baginda dan jangan merendahkan baginda. Jika ada draf daripada mana-mana pihak, baginda mesti membacanya dulu dan kalau rasa tidak boleh serta bercanggah, baginda tidak akan sebut. Kita tidak boleh halang baginda, beradab la sikit,” katanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata walaupun Anwar mendakwa titah baginda didraf Jabatan Perdana Menteri (JPM), pihak istana berhak membuat pindaan.
Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali, pula berkata tindakan Anwar tidak perlu diberi perhatian kerana beliau sudah dikenali sebagai pemimpin yang suka memutarbelitkan fakta
SAUDARA ANUAR KITA SUDAH WARGA EMAS DAN DALAM PERJALANAN DI PENGHUJUNG HIDUP
TAUBAT LAH USAH FIKIRKAN YANG BUKAN-BUKAN TANYA DIRI BERAPA HARI LAGI KITA AKAN HIDUP USAHLAH BERCITA-CITA TINGGI BUKTIKAN KITA ISLAM BERCAKAP BENAR DAN MOHON AMPUN SEGALA YANG SALAH DAN DOSA........DARI TUHAN......INGAT PERJUANGAN YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG HAYAT HANYA MENYUSAHKAN RAKYAT TIADA SUATU PUN YANG UNTUNG....APA LAGI YANG SAUDARA MAHU ......ADA WANG ADA HARTA ADA PANGKAT......HENTIKAN PERKARA FITNAH ORANG LAIN DAN MENYAKITKAN HATI ORANG.....SEMOGA ALLAH MERAHMATI ORANG YANG BERTAUBAT DAN MEMIKIRKAN KEBAIKAN ORANG ,BUKAN MENCARI JALAN MUSNAHKAN SAHABT ANDA
UNTUK MEMENOHI KEHENDAK NAFSU YANG RAKUS......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.