Pages

Subscribe:

10 Mac, 2010

[hang nadim]PLKN berjaya tingkat nilai patriotisme remaja



Zahid Hamidi menyampaikan cek replika kepada wakil pelatih Program Latihan Khidmat Negara Melaka dan Negeri Sembilan Zon D, Syafiq Yusof setelah diumumkan juara Malam Penghayatan Patriotisme Khidmat Negara 2010 di Auditorium Angkasapuri, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyertaan remaja di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah berjaya meningkatkan semangat patriotisme di kalangan mereka sehingga mencapai tahap 85 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, nilai patriotik yang dipupuk melalui empat teras modul PLKN itu meningkat saban tahun dan kini semakin memuaskan.

"Peningkatan nilai patriotisme tersebut turut disumbangkan oleh program tambahan seperti pertandingan penghayatan patriotisme yang dianjurkan dengan kerjasama RTM,'' katanya selepas menyaksikan pertandingan penghayatan patriotisme pelatih PLKN kumpulan 1 siri 7/2010 di Angkasapuri di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Abdul Hadi memberitahu, kajian mengenai keberkesanan empat modul latihan program PLKN sedia ada telah siap dijalankan dan akan dibentangkan kepada Menteri Pertahanan hujung bulan ini.

Beliau menambah, jika perlu, hasil kajian tersebut juga akan dibawa kepada jemaah menteri.

Sementara itu, pelatih dari Zon D yang diwakili peserta Melaka dan Negeri Sembilan muncul juara pertandingan penghayatan patriotisme malam ini.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat kedua pula disandang oleh pelatih dari zon A yang mewakili Kedah dan Perlis, sekali gus membawa pulang RM2,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.