Pages

Subscribe:

06 Mac, 2010

[hang nadim]Zulkifli tak hirau dipecat

Thursday March 11, 2010
Zulkifli stays independent

PETALING JAYA: Kulim-Bandar Baru MP Zulkifli Noordin is comfortable remaining as an independent for now.

Zulkifli, who was recently sacked from Parti Keadilan Rakyat, said he did not plan to join any political party at the moment but that he could not predict the future.

“I have just ‘divorced’. I want to rest. I’m not thinking of joining any political party now but what the future holds is determined by Allah,” he said when contacted yesterday.

He was responding to talk that he would be rejoining PAS following a statement by party vice-president Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim that it was willing to consider the MP’s return.

However, Tuan Ibrahim’s statement was later quashed by fellow vice-president Datuk Mahfuz Omar, who said PAS would never accept Zulkifli.

It was also reported that Kulim-Bandar Baru Umno division head Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir had invited Zulkifli to use Umno as his platform to serve the people.

In his blog posting on Tuesday, Zulkifli said that while he respected the views of several PAS ulamas who were against his return for the sake of the party’s relationship with its Pakatan Rakyat partners, such comments were irrelevant because he had not even applied to rejoin.

Zulkifli said he had also written to Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia on Tuesday to inform him that he was now an independent MP.

“It has to be done officially because the Parliament meeting starts next week. I don’t want to be sitting next to Datuk Seri Anwar Ibrahim,” he said in jest.

With the sacking of Zulkifli and resignation of three PKR MPs recently – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) and Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) – the number of independent MPs has risen to seven.

On calls by PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and several party leaders for him to resign as MP, Zulkifli said: “The issue does not arise. Life goes on. I want to remember Kak Wan as I remember her. I will cherish the moments.”

On PAS Shah Alam MP Khalid Samad’s challenge to an open debate on the “Allah” issue, Zulkifli said the latter should “instead go preach to the Christians in Sabah”.

“I challenge him to live in Sabah and Islamise the Christians living there,” he said.




KUALA LUMPUR 6 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.

“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan “menentang arus” dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.

Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.

Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.

“Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.

“Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama... kita patut amal apa yang kita uar-uarkan,” katanya dalam surat itu.

Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini memberi amaran kepada wakil rakyat parti itu supaya berpegang kepada prinsip perjuangan masyarakat berbilang kaum sekiranya tidak mahu dipecat.

Beliau berkata, PKR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini jika wakil rakyat parti itu tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti yang mengutamakan semua kaum dan hak asasi manusia. – BERNAMA
Australia tidak niat buat prapenilaian kes Anwar
SHAH ALAM 6 Mac — Kerajaan Australia tidak berniat membuat prapenilaian terhadap prosiding undang-undang dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Wiliams.

Katanya, Australia dan Malaysia berkongsi kepentingan bersama dalam mendokong prinsip perundangan dan membenarkan proses undang-undang menentukan kebenarannya.

"Saya percaya hubungan antara Australia dan Malaysia telah sampai ke tahap kematangan di mana kita boleh menangani isu-isu yang berbangkit menerusi dialog terbuka.

"Australia mengamal sistem demokrasi yang mantap di mana Ahli Parlimen bebas untuk meluahkan pandangan peribadi masing-masing," kata Williams dalam sepucuk surat kepada presiden parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran.
Anwar kembali perangai lama


MINGGUAN: Kenapa tiba-tiba "meletup" isu ahli Parlimen PKR keluar parti?

SALEHUDDIN:
Saya selama ini bukanlah terlibat dalam politik secara langsung tapi kali ini saya terpaksa lakukan. Dalam politik biasalah fitnah-memfitnah berlaku tapi saya terima. Saya bukan nak aktif dalam politik pun malah dah nak pencen. Kali ini tindakan saya perlu dilakukan. Ini kerana ramai orang PKR tapi bukanlah semua yang marah dengan apa yang berlaku dalam parti itu. Pertama sekali saya ingin tanya kenapa mereka marah sangat dengan saya. Saya dah masuk UMNO? Kedua saya ada memuji kerajaan dan UMNO ? Dan yang ketiga yang salah tetap salah. Tidak kiralah sama ada ia dilakukan oleh PKR, UMNO atau Pas.

Saya keluar parti kerana ia berdasarkan sesuatu yang tidak benar. Tetapi pendapat saya tentang perkara yang salah oleh kerajaan tetap sama. Tetapi mereka ingat saya tidak ada pendirian. Hari ini putih esok hitam. Bagi saya itu pemikiran cetek dan ia sangat membimbangkan saya. Dalam parti yang baru seperti PKR, pemikiran mereka cukup mendap. Dari segi semangat bagus, rajin tapi dari segi pemikiran politik agak ke belakang. Mungkin kerana kurang pengalaman dan pendedahan. Mereka ingat saya dapat duit kemudian keluar parti, dari putih ke hitam. Itu bukan saya.

Salah Zul atau Anwar?

Awang tidak terkejut dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin petang semalam. Zulkifli yang lantang memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, sudah tidak boleh diurus lagi oleh PKR.

Pendirian beliau bercanggah dengan aliran pemikiran pimpinan PKR yang diketahui mula merobek asas kenegaraan. Lambat laun jika tidak dipecat sekalipun, Zulkifli akan keluar parti. Kritikan bertalu-talu beliau terhadap PKR tidak disenangi sama sekali. Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.

Apa yang berlaku ini sebagai tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selaku pimpinan utama PKR. Sebagai bintang paling menyinar dalam PKR, kehilangan Zulkifli dijangka mendorong lebih ramai lagi meninggalkan parti itu. Namun Anwar sentiasa ada alasan kepada segala-galanya. Dalam ceramah di Melaka, malam tadi, beliau menyatakan semua ini berlaku kerana kesilapan memilih calon ketika pilihan raya lalu. Beliau meletakkan kesalahan kepada mereka yang keluar dan melabelkan mereka sebagai 'Hang Lompat'.

Awang hanya senyum lalu timbul tanda tanya mengapa Anwar tidak melihat kesalahan sendiri. Bukankah semua ini berlaku kerana pendekatan politik beliau yang telah mempertaruhkan kepentingan agama dan bangsa? Bukankah PKR tidak lagi menjunjung perlembagaan? Bukankah ia ada kaitan dengan masalah moral beliau tetapi rakyat yang akhirnya mahu diheret sama? Bukankah beliau yang ghairah mengundang campur tangan asing?

Maka Awang amat berharap Anwar dapat bermuhasabah. Ramai rakan seperjuangan yang meninggalkan beliau, tahu siapa sebenarnya Anwar.

Antara rumusan mereka termasuk bekas sahabat karib, S. Nallakarupan, Anwar adalah putar alam, yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Ramai yang sudah terpedaya termasuk mereka yang dekat dengannya. Sebahagian daripada kitalah yang telah tersalah memilih dan mengangkat Anwar selama ini. Kepada yang masih taksub dengan beliau, renungkanlah. Renungkanlah dan jika perlu lakukan sembahyang hajat. Makin ramai yang telah mendapat petunjuk.

Bagi saya orang yang berfikir seperti itu dirinya memang macam itu. Saya bukan orang macam itu yang ambil rasuah, jual prinsip. Tapi mereka tuduh saya jual prinsip, jadi broker. Apa punya pemikiran ini.

Tindakan beberapa orang keluar parti adalah kerana mereka sendiri yang memilihnya, bukan saya yang pengaruhi. Mereka minta tolong kerana mereka tahu saya akan menyokong tindakan mereka. Bukan saya sokong pendirian politik mereka. Saya langsung tidak terlibat dalam menghasut mereka.

Apa punca Datuk marah sangat dengan PKR?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Williams berkata demikian dalam suratnya ketika mengulas memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Makkal Sakti kepada Kedutaan Australia di Kuala Lumpur pada 17 Feb lalu berhubung tindakan 50 Ahli Parlimen Australia menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Salinan surat Pesuruhjaya Tinggi Australia itu diperolehi oleh Bernama hari ini.

Pada bulan lepas, lebih 50 Ahli Parlimen Australia telah mengemukakan bantahan rasmi dengan menggesa Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Williams juga mengulangi bahawa gesaan Ahli Parlimen negara itu merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Katanya beliau telah membawa memorandum itu kepada perhatian kerajaan Australia dan beliau telah diminta memberi penjelasan bagi pihak negara itu.

Sebelum ini, Williams telah memberi jaminan bahawa kerajaan Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia dan tidak mahu membuat satu pengadilan terlebih dahulu tentang perbicaraan kes Anwar.

Kes liwat Anwar akan disebut semula pada 25 Mac ini di Mahkamah Tinggi

Nalla buat laporan polis terima ugutan bunuh

KUALA LUMPUR 6 Mac - Bekas rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan malam ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterima beliau melalui telefon bimbitnya semalam.

Beliau yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 9 malam ini, turut ditemani bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Nazmi Rosli.

Nallakarupan ketika ditemui pemberita memberitahu, ugutan bunuh itu ditinggalkan oleh pemanggil di dalam peti simpanan suara telefon bimbitnya.

Menurutnya, sebelum itu beliau menerima tiga panggilan telefon sejak pukul lima pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Bagaimanapun katanya, panggilan pertama pada pukul lima pagi itu tidak dijawab kerana sedang tidur, namun panggilan kedua kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu dijawabnya.

Katanya, apabila menjawab panggilan kedua itu, beliau dimarahi oleh pemanggil lalu memutuskan panggilan tersebut.

"Bagaimanapun, saya telah abaikan panggilan ketiga sebelum satu pesanan suara masuk ke telefon bimbit saya.

"Melalui pesanan suara itu, individu terbabit mengugut untuk membunuh saya dan keluarga dalam masa seminggu selain menggertak saya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media," katanya.

Tambah Nallakarupan, pemanggil turut mengugut mahu menghantar peluru hidup ke rumah beliau.

Beliau enggan menuduh sesiapa dalam perkara itu, namun percaya individu terbabit takut dengan sebarang kenyataan yang akan dikeluarkannya.

"Mungkin ada sesetengah pihak berasa takut dan gelisah jika saya memberi sebarang kenyataan kerana mereka bersalah," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Salah Zul atau Anwar?
Awang tidak terkejut dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin petang semalam. Zulkifli yang lantang memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, sudah tidak boleh diurus lagi oleh PKR.

Pendirian beliau bercanggah dengan aliran pemikiran pimpinan PKR yang diketahui mula merobek asas kenegaraan. Lambat laun jika tidak dipecat sekalipun, Zulkifli akan keluar parti. Kritikan bertalu-talu beliau terhadap PKR tidak disenangi sama sekali. Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.

Apa yang berlaku ini sebagai tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selaku pimpinan utama PKR. Sebagai bintang paling menyinar dalam PKR, kehilangan Zulkifli dijangka mendorong lebih ramai lagi meninggalkan parti itu. Namun Anwar sentiasa ada alasan kepada segala-galanya. Dalam ceramah di Melaka, malam tadi, beliau menyatakan semua ini berlaku kerana kesilapan memilih calon ketika pilihan raya lalu. Beliau meletakkan kesalahan kepada mereka yang keluar dan melabelkan mereka sebagai 'Hang Lompat'.

Awang hanya senyum lalu timbul tanda tanya mengapa Anwar tidak melihat kesalahan sendiri. Bukankah semua ini berlaku kerana pendekatan politik beliau yang telah mempertaruhkan kepentingan agama dan bangsa? Bukankah PKR tidak lagi menjunjung perlembagaan? Bukankah ia ada kaitan dengan masalah moral beliau tetapi rakyat yang akhirnya mahu diheret sama? Bukankah beliau yang ghairah mengundang campur tangan asing?

Maka Awang amat berharap Anwar dapat bermuhasabah. Ramai rakan seperjuangan yang meninggalkan beliau, tahu siapa sebenarnya Anwar.

Antara rumusan mereka termasuk bekas sahabat karib, S. Nallakarupan, Anwar adalah putar alam, yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Ramai yang sudah terpedaya termasuk mereka yang dekat dengannya. Sebahagian daripada kitalah yang telah tersalah memilih dan mengangkat Anwar selama ini. Kepada yang masih taksub dengan beliau, renungkanlah. Renungkanlah dan jika perlu lakukan sembahyang hajat. Makin ramai yang telah mendapat petunjuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.