Pages

Subscribe:

10 Mac, 2010

Persatuan Bekas Polis Malaysia

25 April, 2009 23:42 PM

Mahathir Minta Kerajaan Timbang Elaun Bekas Polis Bantuan Zaman Darurat
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed meminta kerajaan mempertimbangkan rayuan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) supaya bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat diberikan elaun bagi mengenang jasa mereka kepada negara.

"Semasa zaman darurat dulu polis bantuan diambil secara tergesa-gesa dan ketika itu pasukan polis tidak tersusun. Semasa itu perancangan untuk pencen mereka tidak diambil kira.

"Mereka telah banyak berjasa, berkorban dan berkhidmat untuk keselamatan negara dan pertimbangan yang adil patut diberikan kepada mereka.

"Mereka sudah berumur dan saya rasa sekiranya kerajaan membantu mereka, kerajaan bukan akan miskin pun," kata Dr Mahathir pada Malam Seribu Kenangan PBPM di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir Penaung Kehormat PBPM.

Terdahulu, presiden PBPM Shafie Bakri menyuarakan harapan persatuan itu supaya kerajaan meluluskan elaun bulanan itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Tun Dr Siti Hasmah dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang juga Penasihat Kebajikan PBPM dan isterinya Datin Seri Masnah Rais.

-- BERNAMA

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib bekas anggota polis yang pernah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia sejak dari zaman darurat sehingga sekarang. Ketika berkhidmat , ada di antara mereka kemalangan jalan raya, cedera, ditembak komunis dan penjenayah ketika bertempur. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Penaung Kehormat PBPM. Presiden PBPM ialah Shafie Bakri. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menjadi Penasihat Kebajikan PBPM .[1]

Zaman darurat
Kerajaan British di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak membuat pengambilan polis dari kalangan penduduk tempatan dan . Semasa zaman darurat dulu polis bantuan seperti Special Constable diambil secara tergesa-gesa dan ketika itu pasukan polis tidak tersusun. Semasa itu perancangan untuk pencen mereka tidak diambil kira. Mereka telah banyak berjasa, berkorban dan berkhidmat untuk keselamatan negara dan pertimbangan yang adil patut diberikan kepada mereka. Antara tugas mereka ialah menjaga keselamatan dan keamanan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah dimusnahkan. Banyak yang telah dirosakkan , dibakar , diserang dan dibunuh oleh pengganas komunis yang mahu menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu. Antara mereka ialah Abdul Hanif bin Mohd Baki.

Sebab polis Menembak
Mereka yang ditembak memiliki senjata api dan polis terpaksa mempertahankan diri.
Penjenayah menyerang polis dan orang ramai dengan senjata tajam atau senjata api.
Seseorang atau sekumpulan orang yang enggan berhenti dalam pemeriksaan rambang pihak polis di sekatan jalan . Mereka akan cabut lari , melanggar polis atau papan tanda sekatan.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk N.Siva Subramaniam menyatakan bahawa polis tidak digalak menggunakan kaedah 'tembak untuk bunuh'. Namun polis juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka.Melepaskan tembakan adalah tindakan terakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kamal Affendi Hashim menyifatkan kecaman terhadap polis di negara ini sebagai suatu kelaziman.

Persepsi orang ramai
Apabila selalu tersiar berita tentang penjenayah yang mati ditembak, ia akan membentuk persepsi negatif orang ramai. Orang ramai mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah . Hak asasi manusia ditimbulkan sama ada polis berhak menembak mereka yang disyakki.

Penjejayah yang ditembak tetapi masih hidup akan memberikan pelbagai alasan sehingga menjurus kepada persepsi 'polis tersalah tembak'. Isu perkauman akan timbul jika polis Melayu menembak kaum India. Isu ini akan 'sejuk' jika polis India menembak penjenayah India. Realitinya dalam situasi panik dan berbahaya, sesiapa sahaja akan ditembak jika polis merasakan mereka perlu ditembak mati.

Perbicaraan di mahkamah amat panjang dan peguam pendakwa yang tidak berpengelaman akhirnya gagal membuktikan kesalahan . Persepsi akan muncul semula bahawa 'suka-suka tembak' akan berlaku . Peguamb bela akan menggunakan pelbagai taktik dan bahasa sehingga pegawai polis enggan membawa kes ke mahkamah . Banyak kes di mana pegawai polis yang sudah pencen turut naik mahkamah.

Pengalaman polis Malaysia
Pada 20 Disember 2009, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan polis suka-suka tembak. Pada 8 November 2009,polis berbalas tembak dengan kumpulan penjenayah PCO Boy di Klang.Lima penjenayah termasuk ketua kumpulan itu yang terbabit dalam beberapa kes rompakan dan samun sejak berjaya ditembak mati. Kakak salah seorang penjenayah itu membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat adiknya seorang penjenayah.
Geng Ipol yang dianggotai 5 rakyat Indonesia berjaya ditembak mati di Hutan Simpan Kampung Bahagia, Sungai Buloh, pada 10 Mei 2009. Geng ini terlibat dalam kegiatan samun di Perak dan Selangor.
4 ahli Geng Aboi yang terlibat dalam samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang pada 8 Februari berjaya ditemba mati.
Geng Jack terbabit dalam samun kereta mewah . Dua ahlinya berjaya ditembak mati pada 17 Februari 2009 di Petaling Jaya.
Ketua kumpulan Geng Deva berjaya ditembak di Pulau Pinang pada 13 Nov 2009.[1]

JIKA ANDA BERDEPAN DENGAN PENJENAYAH ADAKAH ANDA MEMBIARKAN ANDA DI TEMBAK BOLEHKAH KITA TEMBAK ORANG DALAM KECEMASAN PILIH SASARAN....PASTI ANDA AKAN DITEMBAK KEMUNGKINAN ANDA AKAN MATI.......FIKIAQ.....SEDAQ.....SABAQ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.