Pages

Subscribe:

30 April, 2010

[hang nadim] Kelas solekan, dandanan untuk mak andam




PESERTA kursus solekan dan dandanan menunjukkan sijil masing-masing di Kepala Batas baru-baru ini.

KECANTIKAN. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menganjurkan kursus solekan dan dandanan kepada 30 wanita negeri ini di Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kursus berlangsung selama lima minggu pada setiap Ahad itu dibimbing oleh jurusolek Mohd. Nasir Md. Yusop dari Penaga.

Menurut urusetia kursus itu, Nafhatun Nazirah Ab. Majid, program itu dianjurkan bagi menyediakan bimbingan ilmu solekan dan dandanan kepada peserta yang rata-ratanya merupakan juruandam di kawasan masing-masing.

Majlis penutup dan penyerahan sijil tamat kursus disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan SPU, Salmiah Md Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.