03 April, 2010
[hang nadim] Najib: PKR is falling apart......
Sunday April 4, 2010
Najib: PKR is falling apart
By YENG AI CHUN
aichun@thestar.com.my
KUALA KUBU BARU: Datuk Seri Najib Tun Razak marked his one year as Prime Minister by firing a salvo at PKR saying people have lost faith in the party and that it is not fit to lead the country.
“If its inner circle is losing faith one by one and leaving the party, with some joining us, what kind of message is that?” asked Najib during his speech at the launch of Yayasan Kelana Ehsan at Felda Sungai Tengi yesterday.
He was on a one-day tour of Hulu Selangor where he met settlers at Felda Tengi, Felda Soeharto and Felda Gedangsa. He later met the Barisan Nasional election machinery.
Najib, who is also Barisan chairman, said while the Government was in good shape, PKR was embroiled in one crisis after another with its leaders at each other’s throat.
He also listed the string of defections from PKR starting with former deputy president Dr Chandra Muzaffar, former secretary-general Sallehuddin Hashim, former Youth chief Ezam Md Noor and Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin to prove his point.
“Ezam went to jail for Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ezam refused to stand against me in Pekan and also refused when Anwar asked him to fitnah (slander) me about Altantuya.
“But is there proof? No, he just whacks. If you don’t believe, ask Ezam and Zulkifli. I have sworn in the mosque (about this matter), has he?” asked Najib, adding that too politicking would not benefit the country.
Najib also explained to the crowd that his one-year premiership had made him realise how difficult it was to govern a country like Malaysia.
“I have felt the heavy burden that I carry on my shoulders,” he said.
“I take all this as part of my responsibility as a leader and I vow with the rest of my comrades to work hard to uphold the rakyat’s trust and bring success to the country.”
Najib also pointed out that he would soon meet with US President Barack Obama, a proof of his legitimacy as leader of the country.
“He is not meeting the Opposition Leader but the Prime Minister of the country, a Prime Minister from the Barisan,” he said. “He wants to have bilateral talks with me at 1.30pm. Doesn’t matter if I don’t eat.”
Polis akan ambil tindakan terhadap Koo Ham
Polis bertindak jika dakwaan benar
IPOH 3 April - Polis akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham jika siasatan mendapati dakwaannya yang menggambarkan seolah-olah pasukan tersebut akan menembak sesiapa tidak disukainya pada 30 Mac lalu, adalah benar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, buat masa ini, siasatan masih dijalankan termasuk merakam percakapan beberapa wartawan yang hadir pada sidang akhbar ketika Koo Ham membuat dakwaan itu.
"Siasatan masih diteruskan dan beliau (Koo Ham) akan dipanggil apabila tiba masanya. Ketika ini, kita merakam percakapan saksi-saksi bebas termasuk para wartawan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Koo Ham dalam sidang akhbar Selasa lalu mendakwa ramai anggota serta pegawai polis hadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung.
Beliau dipetik sebagai berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita".
Malah dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini semalam, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan menegaskan, beliau tidak gentar disiasat polis berhubung kenyataannya yang dibuat selepas sidang DUN itu.
Dzuraidi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan turut memanggil ADUN yang hadir pada sidang akhbar tersebut untuk membantu siasatan.
"Sebaik sahaja siasatan yang dijalankan ini lengkap, baru kita akan rujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya
Tuduhan Koo Ham serius - Nazri
PADANG RENGAS 3 April - Kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa pihak polis akan menembak sesiapa sahaja yang tidak disukai adalah satu tuduhan serius.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tuduhan liar itu tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat kerana ia hanya akan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap anggota polis.
''Ini perkara serius kerana ia satu tuduhan liar dan cukup bahaya yang dilemparkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat UMNO Bahagian di Lubuk Merbau dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Mohamed Nazri, Koo Ham mesti bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewanya dengan apa yang berlangsung pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu baru-baru ini.
''Ini perkara yang amat mendukacitakan kerana apa yang berlaku itu hanya merugikan masa dan wang rakyat," katanya.
Koo Ham kini disiasat polis di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati pada satu sidang akhbar selepas sidang DUN pada Selasa lalu.
Tuduhan Koo Ham serius - Nazri
PADANG RENGAS 3 April - Kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa pihak polis akan menembak sesiapa sahaja yang tidak disukai adalah satu tuduhan serius.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tuduhan liar itu tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat kerana ia hanya akan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap anggota polis.
''Ini perkara serius kerana ia satu tuduhan liar dan cukup bahaya yang dilemparkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat UMNO Bahagian di Lubuk Merbau dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Mohamed Nazri, Koo Ham mesti bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewanya dengan apa yang berlangsung pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu baru-baru ini.
''Ini perkara yang amat mendukacitakan kerana apa yang berlaku itu hanya merugikan masa dan wang rakyat," katanya.
Koo Ham kini disiasat polis di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati pada satu sidang akhbar selepas sidang DUN pada Selasa lalu.
Suara Keadilan minta maaf pada Zambry
LUMUT 3 April - Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan akhirnya memohon maaf kerana menyiarkan artikel memfitnah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dihalang memasuki Amerika Syarikat kononnya namanya tersenarai dalam pangkalan data pengganas antarabangsa.
Permohonan maaf itu dinyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April.
Bagaimanapun, Zambry ketika mengulas perkara itu menegaskan, tidak mudah untuk beliau memaafkan Suara Keadilan di atas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.
''Saya difahamkan Suara Keadilan sudah mohon maaf dalam edisi terbarunya dan mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.
''Saya akan lihat dahulu dan maklumkan kepada peguam apa tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Juara Rakyat dan Jamuan Rakyat di Batu 15,
Lekir, Manjung, dekat sini hari ini.
Beliau mengulas permohonan maaf oleh Suara Keadilan dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac hingga 6 April kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat yang diterbitkan bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.
Ekoran itu, Zambry memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.
Zambry mengambil keputusan tersebut setelah akhbar berkenaan yang diberi peluang memohon maaf, enggan berbuat demikian.
''Saya pernah beri mereka peluang untuk meminta maaf sebelum ini tetapi dengan angkuhnya enggan mengakui kesilapan dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah," kata Zambry.
Dalam pada itu, Zambry juga melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan dua wakil rakyat bukan Islam dari pakatan pembangkang mengedarkan risalah politik di Masjid Sungai Rokam, Ipoh ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat semalam.
''Saya berada di situ dan saya beritahu tidak elok buat begitu ketika orang Islam sedang solat tetapi mereka kata mereka buat lepas solat dan di kawasan perkarangan masjid.
''Jika mereka rasa tindakan itu betul sebab mereka pun bersama orang Islam pada masa itu, biarlah masyarakat Islam menilai sendiri perbuatan mereka itu," katanya.
Sementara itu, Zambry memberitahu, beliau amat berpuas hati dengan sambutan baik terhadap program Juara Rakyat hari ini dengan kehadiran ribuan pengunjung seawal pukul 8.30 pagi lagi.
Kit Siang tidak hormati institusi raja - Shafie
BANGI 3 April - Tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada Khamis lalu mendesak supaya usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dipinda adalah perbuatan yang tidak menghormati institusi raja di negara ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang kesal dengan kelakuan Penasihat DAP itu berkata, sepanjang beliau menjadi ahli Parlimen selama empat penggal, ini adalah kali pertama perkara itu berlaku.
''Saya amat kesal dengan perlakuan seperti ini dan berharap rakyat dapat melihat budaya yang diamalkan pembangkang yang jika diteruskan akan menghancurkan nama baik Dewan Rakyat dan ahli-ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Cari Seramai Ahli dan Kembara Daftar Pemilih Pergerakan Puteri UMNO di sini hari ini.
Khamis lalu, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan beramai-ramai selepas tamat sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jafaar yang menolak usul dibawa Kit Siang supaya usul menjunjung kasih dipinda.
Kit Siang mahu pindaan dibuat bagi dimasukkan ungkapan bagi menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai peta hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1Malaysia.
Wan Junaidi menolak usul Kit Siang itu dengan alasan cadangan pindaan berkenaan tidak berkaitan dengan usul menjunjung kasih.
Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau turut kesal dengan tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang itu keluar Dewan selepas Wan Junaidi menolak usul Kit Siang.
''Nampaknya pembangkang bukan sahaja bertindak keluar Dewan ketika perbahasan bajet malah kini ketika penggulungan usul menjunjung kasih.
''Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana kita hendaklah menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan hadir untuk merasmikan sidang Dewan," ujarnya.
RENUGAN DARI HANG NADIM.....UNTUK YB-YB...YANG LUPA BELIAU JUGA KAKITANGAN KERAJAAN
MENGAPA POLIS JADI SASARAN KERANA HENDAK BERJAYA DALAM POLITIK INGAT 203 TAHUN POLIS BERKHIDMAT MENJAGA NEGARA....KALAU POLIS TAK IKUT UNDANG-UNDANG DAH LAMA KITA SEMUA MAMPUS KERANA CAKAPAN YANG AMAT MENYAKITKAN HATI....LUPAKAN SEMUA THOMAHAN TERHADAP POLIS.....KALAU POLIS BOLIH CAKAP DALAM SEMUA HAL....MAMPUS KITA KERANA POLIS TIDAK BOLEH CAKAP PERKARA-PERKARA BERKAITAN KES....ORANG RAMAI SELALU SALAH ANGGAP TENGOK TU POLIS DIAM BILA ADA TUDUHAN ATAU THOMAHAN TERHADAP POLIS.....HARAP SEMUA FAHAM KEADAAN INI JANGAN LUPA AHLI PARLEMAN PUN KAKI TANGAN KERAJAAN....BILA DI LANTIK SELEPAS MENANG PILIHAN RAYA TETAPI MEMBICARA POLITIK DALAM DEWAN....KENAPA..?????
JADI MACAM BUDAK-BUDAK HINGUSAN.....PENJENAYAH.....MEMANG SOKONG AHLI PARLEMAN KUTUK POLIS.....APA TUGAS WAKIL RAKYAT....BINCANG KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN BINCANG TUDUH MENUDUH SESAMA WAKIL RAKYAT......GUNAKAN SAJA MASA KEMPEN PILIHAN RAYA KALAU RAKYAT SUKA MEREKA PILIH ANDA KALAU TAK SUKA SUDAHLAH.....TUNGGU PILIHAN RAYA AKAN DATANG......TUNJUK JAGUH DALAM DEWAN UNTUK DIRI TAK PERLU CARI KEMAJUAN BINCANG MASALAH RAKYAT...KEMAJUAN NEGARA DAN KESELAMATAN NEGARA....JANGAN BOHONG RAKYAT....JADI PEMBANGKANG BETULKAN PERKARA YANG KELUAR PERATURAN DAN AKATA SERTA DASAR NEGARA....YANG KITA LIHAT HARI INI DALAM DEWAN CAKAP PERKARA YANG BERCANGAH DENGAN APA YANG DI BINCANG JANGAN LUPA
WAHAI YB-YB PEMBANGKANG ANDA ADALAH KAKI TANGAN KERAJAAN......MAAF UNTUK BINA NEGARA FIKIAQ...SEDAQ DAN SABAQ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.