Pages

Subscribe:

03 April, 2010

[hang nadim] Veteran ATM terima pingat........





ABDUL LATIFF (tengah) bergambar bersama penerima pingat dan pegawai pada majlis penyampaian PJM di Kem Terendak, Melaka baru-baru ini.

PENGHARGAAN. Seramai 31 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Perwira, Kem Terendak, Melaka baru-baru ini.

Penganugerahan pingat itu sebagai menghargai jasa mereka menentang Parti Komunis Malaya (PKM) mulai dari tahun 1969 hingga 1990.

Majlis penyampaian pingat itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin, Panglima Markas 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.