Pages

Subscribe:

05 April, 2010

Muhyiddin arrives in Paris for Unesco meeting

2010/04/05








PARIS: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here today to attend the 184th session of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) executive board which begins tomorrow.

He was accompanied by his wife, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Muhyiddin, who will attend the plenary session of the opening at the Unesco headquarters here, is expected to share Malaysia's experience in educational development through the Education For All (EFA) programme.

He will also hold a round-table talk with French captains of industry to encourage increasing bilateral trade, with France investing an accumulative RM2.4 billion in Malaysia so far.

Muhyiddin, who holds the Education portfolio, will call on French Education Minister Luc Chatel on Tuesday.

On Wednesday, he will call on Unesco Director-General Irina Bokova besides participating in Unesco's general debate as the first speaker, where he is expected to touch on Malaysia's colloboration with Unesco in developing Malaysia's education system. - Bernama

RM1.24b scholarships to be offered to top scorers
2010/04/05

PARIS: The government, through the Public Service Department (PSD), will offer 1,500 scholarships to top Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) students under the overseas undergraduate scholarship programme, with sponsorship totalling RM1.24 billion, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

Muhyiddin, who is also the education minister, said the programme was aimed at creating quality human capital to continue spurring the country to greater heights in the future.

"The focus is on critical and priority sectors such as medical, dentistry, pharmacy and engineering," he told Malaysian journalists covering his visit here in conjunction with the 184th session of the Unesco executive board, which begins tomorrow.

He said that the sponsorship distribution would be based on four categories namely population (60 per cent), academic excellence (20 per cent), Bumiputeras of Sabah and Sarawak (10 per cent) and the socially-disadvantaged (10 per cent).

Among the criteria for the scholarship were academic achievement, involvement in co-curriculum activities, socio-economic factor, family background and performance during interviews.

He said engineering and medical were two most popular courses among candidates, with the United Kingdom, Australia and New Zealand being the top countries chosen by most of the 18,844 applicants, including 10,114 who applied through the PSD.


However, Muhyiddin said, courses in the priority sectors were offered in various countries including Australia, New Zealand, India, Czech Republic and Poland as well as through twinning programmes at the Penang Medical College, Melaka Manipal Medical College and the International Medical University Malaysia.

For engineering, the countries included France, Germany and the United States, he said.

Apart from overseas sponsorship, he said, the government also gave priority to sponsoring students to pursue studies at four Malaysian research universities namely the Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti of Malaya (UM) and Universiti Putra Malaysia (UPM), with 100 sponsorships provided.

Successful applicants would receive a subsistence allowance at the rate of 50 per cent higher than the rate offered by federal scholarships to students pursuing studies locally, he said.

In view of the stiff competition, Muhyiddin said, a total of 1,900 sponsorships would be offered to top students, who were not chosen for the overseas scholarship programme, to study locally.

"The sponsorship is for the matriculation, pre-science and pre-university courses as well as for the first degree if they fulfilled the academic qualification at the preparatory stage," he said.

The cost for sponsoring 10,500 students locally was RM1.2 billion, he added.

Applications are now open through the website www.jpa.gov.my. - Bernama


J'AIME PARIS AU MOIS DE MAI
(Charles Aznavour / Pierre Roche)

Charles Aznavour (France)

Also recorded by :
Isabelle Aubret; Jacqueline François;
Francis Lemarque; Eddy Mitchell; Serge Uberti.


J'aime Paris au mois de mai
Quand les bourgeons renaissent
Qu'une nouvelle jeunesse
S'empare de la vieille cité
Qui se met à rayonner
J'aime Paris au mois de mai
Quand l'hiver le délaisse
Que le soleil caresse
Ses vieux toits à peine éveillés

J'aime sentir sur les places
Dans les rues où je passe
Ce parfum de muguet que chasse
Le vent qui passe
Il me plaît à me promener
Par les rues qui s'faufilent
A travers toute la ville
J'aime, j'aime Paris au mois de mai

J'aime Paris au mois de mai
Lorsque le jour se lève
Les rues sortant du rêve
Après un sommeil très léger
Coquettes se refont une beauté
J'aime Paris au mois de mai
Quand soudain tout s'anime
Par un monde anonyme
Heureux de voir le soleil briller

J'aime quand le vent m'apporte
Des bruits de toutes sortes
Et les potins que l'on colporte
De porte en porte
Il me plaît à me promener
Dans les rues qui fourmillent
Tout en draguant les filles
J'aime, j'aime Paris au mois de mai

J'aime Paris au mois de mai
Avec ses bouquinistes
Et ses aquarellistes
Que le printemps a ramenés
Comme chaque année le long des quais
J'aime Paris au mois de mai
La Seine qui l'arrose
Et mille petites choses
Que je ne pourrais expliquer

J'aime quand la nuit sévère
Etend la paix sur terre
Et que la ville soudain s'éclaire
De millions de lumières
Il me plaît à me promener
Contemplant les vitrines
La nuit qui me fascine
J'aime, j'aime Paris au mois de mai

Sistem pendidikan aliran agama Malaysia ke UNESCO
PARIS 5 April - Cadangan Malaysia dan empat negara Islam lain membawa usul mengenai pembangunan pendidikan formal aliran agama ke arus perdana global dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di sini esok, akhirnya dipersetujui negara-negara maju dan Afrika yang sebelum itu membantah draf usul berkenaan.

Bagaimanapun, kelima-lima negara terlibat bersetuju menarik balik usul yang mengandungi perkataan 'madrasah' dan menyokong usul alternatif yang menggantikannya dengan perkataan 'inklusif' berikutan bantahan negara terlibat yang mengaitkan pendidikan madrasah dengan isu keganasan dan pelampau.

Selain Malaysia, negara Islam yang telah mengemukakan usul Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Madrasah kepada Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO, Eleonora Mitrofanova ialah Afghanistan, Indonesia, Iraq dan Pakistan.

Ia turut disokong Arab Saudi, Brunei, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Filipina, Jepun, Nigeria, Senegal dan Tanzania.

Malaysia dan Pakistan merupakan negara anggota Lembaga Eksekutif UNESCO yang turut dianggotai 56 negara lain.

Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Datuk Kenneth J. Luis berkata, draf usul asal itu ditarik balik oleh Malaysia, Pakistan dan Indonesia pada Khamis lalu diikuti Afghanistan dan Iraq keesokannya dan bersetuju menyokong usul baru, Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Inklusif, yang akan dibentangkan oleh Saint Lucia dalam mesyuarat lembaga eksekutif bermula esok.

Menurutnya, walaupun usul alternatif itu tidak memasukkan perkataan madrasah, namun semua negara anggota bersetuju dan menerima bahawa pembangunan pendidikan formal aliran agama di negara-negara Islam bukan semata-mata mengajar pengetahuan ilmu Islam dan pengajian al-Quran dan ia perlu terus dibangunkan.

Tambahnya, Malaysia menerusi draf usul pertama itu telah menjelaskan bahawa pendidikan aliran agama di negara-negara Islam turut mengajar subjek-subjek aliran perdana seperti Sains dan Matematik.

"Kita berkompromi dengan usul alternatif itu selepas Saint Lucia yang mengetuai bantahan terhadap usul pertama memasukkan perkataan inklusif di dalamnya sekali gus mengakui pendidikan aliran Islam di Malaysia dan negara Islam lain bukan semata-mata mengajar al-Quran dan ilmu Islam sebaliknya turut mengandungi subjek aliran perdana.

"Dengan itu, negara-negara Barat dan Afrika kini lebih faham dan tidak lagi tersalah anggapan bahawa pendidikan aliran Islam sebagai tempat melahirkan pengganas atau hanya mengajar ilmu Islam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hotel penginapan beliau di sini hari ini.

Muhyiddin yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlers De Gaulle di sini pukul kira-kira 7 pagi ini (1 petang waktu Malaysia), buat kali pertama akan menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini esok dan Rabu.

Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Ali Abdul Ghani turut menyertai delegasi tersebut selain Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.

Sementara itu, Kenneth berkata, Timbalan Perdana Menteri yang akan berucap sebagai pembahas pertama pada hari kedua mesyuarat lembaga tersebut akan menyentuh mengenai isu-isu pendidikan global dan berkongsi pengalaman Malaysia memajukan sistem pendidikan.

Menurutnya, beliau juga akan berkongsi pengalaman negara dalam melaksanakan program Pendidikan Untuk Semua (EFA) dan pembangunan pendidikan Malaysia yang kini berada di landasan yang betul untuk mencapai EFA pada 2015.

"Malaysia berharap negara-negara kurang membangun terutama di Afrika akan mencapai tahap EFA sekurang-kurangnya untuk pendidikan peringkat rendah.

"Negara-negara anggota UNESCO perlu memberi perhatian terhadap keperluan negara-negara kurang membangun untuk menyediakan 18 juta orang guru dan kemudahan asas sebelum mencapai EFA," katanya.

Menurut Kenneth, mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO kali ini dijangka lebih banyak menyentuh mengenai pembangunan semula Haiti yang dilanda gempa bumi baru-baru ini dan mengakibatkan kemusnahan bangunan-bangunan institusi pendidikan. - Utusan

TPM akan temui pelabur terkemuka Perancis



MUHYIDDIN Yassin disambut oleh penjawat awam di Paris sejurus tiba di Four Seasons Hotel George V bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO Sesi Ke-184 di Paris, semalam. - BERNAMA

PARIS 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menemui 20 pelabur berpotensi dan terkemuka dari Perancis yang kebanyakannya bergiat dalam bidang berteknologi tinggi pada perbincangan meja bulat di sini esok.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida), Datuk Jalilah Baba berkata, kebanyakan syarikat tersebut terlibat dalam sektor perkhidmatan, komponen automotif, penyelidikan dan pembangunan (R&D), aeroangkasa serta minyak dan gas.

Menurut beliau, syarikat terkemuka terbabit telah menyatakan minat mengalih tumpuan pelaburan ke Malaysia dan dijangka membangkitkan perkara-perkara berkaitan insentif yang boleh ditawarkan kepada mereka dalam pertemuan dengan Muhyiddin itu.

Beliau yakin kebanyakan syarikat terbabit akan memuktamadkan kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai hasrat mereka melabur di Malaysia dan jumlah syarikat yang benar-benar komited serta nilai pelaburannya.

Beliau memberitahu, Malaysia melihat kedatangan pelabur atau syarikat-syarikat besar Perancis ini sangat penting memandangkan sektor yang diceburi mereka mampu menjana pendapatan tinggi rakyat di tanah air selaras matlamat kerajaan menjadikan negara berpendapatan tinggi pada 2015.

"Apa yang penting, para pelabur dari Perancis yang selama ini lebih menumpukan pelaburan di negara-negara bekas jajahannya terutama di Afrika kini mula melihat Malaysia sebagai negara yang berpotensi kepada mereka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini.

Beliau menyertai delegasi Timbalan Perdana Menteri yang tiba di sini awal pagi ini untuk menghadiri Sesi Ke-184 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang akan berlangsung di ibu pejabatnya di sini esok dan Rabu.

Jalilah berkata, berdasarkan maklumat daripada pihak pejabat MIDA di sini, syarikat-syarikat terkemuka Perancis tersebut dijangka tidak melepaskan peluang untuk melabur di Malaysia berikutan pelbagai insentif yang ditawarkan.

Menurutnya, mereka juga tertarik kerana terdapat industri sokongan yang diperlukan untuk sektor pelaburan khususnya bidang aeroangkasa yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

"Kerancakan pembangunan bidang pembuatan komponen industri aeroangkasa di Malaysia sudah mula mendapat perhatian syarikat terkemuka Perancis termasuk dalam pembuatan komponen ekor dan sayap pesawat.

"Para pelabur Perancis terbabit diharap menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran dan perdagangan bagi rantau Asia Tenggara," katanya.

Jalilah memberitahu, sehingga Disember tahun lalu, pelaburan syarikat-syarikat Perancis di Malaysia berjumlah RM2.4 bilion terutama dalam bidang perkhidmatan untuk sektor-sektor berteknologi tinggi.

Mengenai kemungkinan kerajaan memberi insentif khusus kepada pelabur Perancis memandangkan sektor berteknologi tinggi yang diceburi boleh membantu rakyat Malaysia berpendapatan tinggi, beliau yakin kerajaan akan menimbangkan insentif yang bersesuaian sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Sementara itu, Jalilah memberitahu, MIDA menyasarkan akan menarik pelaburan berjumlah RM40 bilion ke Malaysia dan ia diyakini dapat direalisasikan berikutan pemulihan ekonomi dunia serta peningkatan daya saing pelabur-pelabur tempatan.

Menurutnya, sepanjang 2009, Malaysia menarik pelaburan berjumlah RM32.6 bilion dengan 50 peratus daripadanya pelaburan asing dan sebahagian lagi pelaburan tempatan.

"Walaupun tahun lalu pelaburan asing menurun sedikit tetapi ia adalah munasabah iaitu ketika dunia berdepan kelembapan ekonomi.

"Pada masa sama, ia mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur-pelabur tempatan untuk mengembangkan pelaburan mereka dalam pelbagai bidang industri dan ini suatu perkembangan yang sangat membanggakan," tambahnya. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.