Pages

Subscribe:

07 Mei, 2010

[hang nadim] 'Zaid perlu mohon maaf'

'PANTANG MELAYU MENDERHAKA'



Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mei - Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran kenyataan biadabnya bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan masjid dan surau sebagai medan berpolitik, adalah bersifat peribadi.

Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh yang mewakili Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor berkata, titah Sultan Selangor itu bukan pandangan peribadi baginda tetapi satu perintah yang telah dikeluarkan pada 18 September tahun lalu.

Menurutnya, perintah mengenai larangan tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga mufti negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sewaktu larangan itu dikeluarkan.

''Ia telah disampaikan kepada semua nazir masjid dan pernah dipaparkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor. Mungkin Zaid tidak pernah bertanya kepada nazir-nazir masjid berkenaan larangan itu ataupun tidak pernah melihatnya di dalam mana-mana masjid di Selangor.

''Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

''Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar 'datuk' dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah," katanya.

‘‘Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

‘‘Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar ‘datuk’ dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah,” katanya.

NGO Melayu selar Zaid Ibrahim
Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mei - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai anak Melayu yang lupa adat kerana sanggup mencemarkan institusi raja hanya kerana kepentingan politiknya.

Pemimpin berkenaan juga menyelar sikap Zaid yang bagi mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang berpendidikan tinggi kerana menurut adat Melayu, titah raja mesti dijunjung rakyat tanpa mengira kaum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, semua rakyat sedia maklum bahawa titah raja atau sultan mesti dijunjung oleh rakyat sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, titah sultan tidak boleh dipersenda oleh sesiapa pun terutama jika melibatkan isu penting yang melibatkan kesejahteraan rakyat.

''Cara Zaid itu menunjukkan sikap yang tidak sopan dan tidak beradab kerana jika ada perkara yang beliau tidak puas hati masih boleh menghantar surat atau memohon untuk menghadap sultan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zaid di dalam blognya bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik sebagai bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar turut kesal dengan perbuatan Zaid itu kerana langsung tidak menghormati institusi raja di negara ini.

''Sepatutnya Zaid yang dilahirkan sebagai anak Melayu di Tanah Melayu serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan tidak akan bersikap demikian terhadap kesultanan Melayu," katanya.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, tindakan Zaid itu menunjukkan beliau telah lupa adat resam orang Melayu.

''Ini menunjukkan beliau tidak mengamalkan budaya Melayu maka orang politik seperti ini tidak boleh disanjung oleh rakyat," katanya.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Said Kamaruddin pula berkata, tindakan Zaid mempertikaikan titah Sultan itu tidak wajar dilakukan sama sekali.

''Titah raja mesti dijunjung oleh rakyat kerana negara kita masih lagi mempunyai institusi raja," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.