Pages

Subscribe:

01 Mei, 2010

[hang nadim]SERONOK KE KALAU POLIS TIADA LAGI? TIADA SIMPATI KALAU POLIS DI BUNUH.........

BERILAH KEADILAN KEPADA PDRM........DAN AMIRUL...........

Justice For Aminurasyid and PDRM
Saturday, May 1, 2010


GPMS...TOLONG LA POLIS JUGAK...
Saturday, May 1, 2010

Rosidi berkata GPMS juga berharap tiada pihak yang mempolitikkan isu terbabit kerana tidak adil bagi keluarga mangsa apabila sesetengah pihak menjadikan kes ini sebagai platform untuk kepentingan politik mereka.

"Sekarang bukan masanya untuk jadi hero, sebaliknya berusaha membersihkan nama keluarga mangsa dan menunggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab," katanya. BERNAMA

DES :Tahniah untuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menawarkan khidmat peguam pemerhati kepada keluarga remaja yang mati akibat terkena tembakan polis dalam kejadian Isnin lepas, Aminulrasyid Amzah, 15.

Cuma beberapa petikan kenyataan Timbalan Presidennya rasanya perlu diperkemaskinikan. Sekarang ini, usaha yang GPMS boleh lakukan adalah mencari dan menyiasat maklumat sebenar bagi mencari keadilan bukan untuk membersihkan nama mangsa dan keluarga.

Nama mangsa dan keluarganya setakat ini tidak ada masalah kerana yang kotor sekarang ini adalah kredibiliti pihak polis akibat beberapa bangsat yang cuba mengambil kesempatan atas kejadian ini.

Siapa pula yang bakal membersihkan nama polis?

LUAHAN DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA
Assalamualikum dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu, saya melahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku kepada keluarga Aminulrasyid Amzah. Saya juga amat bersetuju dengan apa yang berlaku sekarang, memperjuangkan keadilan untuk arwah tanpa mengaitkan isu ini dengan mana-mana pihak mahupun politik.

Oleh kerana umur arwah adalah umur seorang pelajar sekolah, maka saya perkenalkan diri saya sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, saya mempunyai pengalaman yang luas dalam menilai dan mengenal peribadi seorang murid.

Di sini saya tidak mempertikaikan peribadi arwah. Cuma situasi yang dilalui oleh arwah yang mencurigakan saya. Beliau dikatakan memandu kereta dalam keadaan mencurigakan. Kemudiaan cuba melarikan diri daripada pihak polis. Memandu kereta dibawah umur sudah meletakkan beliau sebagai melakukakan satu kesalahan, begitu juga melarikan diri daripada arahan pihak polis.

Si ibu, bermati-matian mengatakan bahawa anaknya adalah seorang insan yang baik dan sempurna. Beliau juga mengatakan bahawa beliau amat mengenali arwah, dan ini memang kita sedia maklum kerana beliau adalah ibu kepada anaknya.

Pada keadaan inilah saya mahu berkongsi pengalaman saya sebagai seorang guru yang banyak menghadapi keadaan ini setiap hari. Pernah saya meleraikan pergaduhan dua orang murid yang berkelahi hanya kerana berebutkan gelang tangan (jelas diharamkan pemakaiannya disekolah). Murid yang membawa gelang tersebut bengkak di dahi akibat ditumbuk oleh rakannya.

Akibat dari kejadian tersebut, penjaganya datang ke sekolah. Saya diberi amaran oleh penjaganya kerana dikatakan "tidak pandai" menyelesaikan masalah anaknya hingga anaknya tercedera. Teruk juga saya dikatakan sebagai guru yang tidak bertanggunjawab. Apabila diminta untuk ceritakan perkara sebenar, anaknya cukup hebat bercerita berjaya mempengaruhi ibunya untuk menyalahkan rakannya. Penjaga tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis dan kemudiannya ditarik balik setelah dipujuk oleh pihak pengurusan sekolah.

Seminggu kemudian, murid yang sama telah dikhabarkan oleh rakannya kepada saya bahawa beliau sedang "menabur" duit (beliau mengagihkan wang kepada beberapa orang murid lain). Sekali lagi murid tersebut dipanggil dan ditanya adakah beliau diugut atau dibuli hingga terpaksa mengagih-agihkan duit. Beliau mengatakan bahawa ibunya telah memberikan kepadanya dan beliau tidak dibuli.

Sekali lagi penjaganya dipanggil. Tetapi kali ini nadanya berlainan. Kali ini beliau tidak lagi mahu berbincang secara terbuka, tetapi meminta untuk berbincang secara tertutup. Dalam sesi perbincangan tersebut, saya selaku guru disiplin menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Penjaga tersebut hanya terdiam seketka, hinggalah akhirnya beliau mengaku ada kehilangan beberapa not RM 50 di dalam saku seluarnya.(Wang yang "diagih-agihkan" tersebut bernilai RM 50 dan hendak ditukarkan oleh murid tersebut di kantin). Akhirnya murid tersebut mengaku bahawa beliau telah mengambil wang tersebut tanpa pengetahuan penjaganya.

Di sini saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Ya, pihak polis yang menembak itu perlu juga dipersoalkan rasionalnya tindakan beliau. Saya juga tidak menyokong pihak polis yang menembak, cuma yang saya nak katakan sekarang, budak-budak sekarang lebih bijak dari yang kita pernah fikirkan....

Al-fatihah untuk arwah...
Guru Disiplin

JUSTICE FOR PDRM AND AMINURASYID!
Labels: AMINURASYID AMZAH, GPMS, ISU SEMASA, POLIS



Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara secara menyindir, berkata beliau sedia mengarahkan anggota-anggotanya 'berhenti' daripada menguatkuasakan undang-undang kalau itulah yang diinginkan oleh rakyat (sebilangan). Dan kata-katanya itu segera disambut dengan kokokan para BACUL-BACUL dalam Pakatan Rakyat. Malahan tanpa segan-silu mereka mendesak agar Musa Hassan meletakkan jawatan ekoran 'ugutannya' itu.

Mungkin ramai yang tidak faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Musa Hassan. Malah tindakan dan kecaman keterlaluan daripada orang-orang politik, khususnya daripada barisan Pembangkang, secara jelas, isu kematian Amirulrashid sebenarnya lebih dijadikan isu politik bagi mengais perhatian daripada orang Melayu. Apatah lagi isu Teoh Beng Hock telah berjaya digunakan sepenuhnya oleh DAP, PKR dan PAS untuk mendapatkan sokongan orang Cina.

Bayangkanlah kalau polis benar-benar melepak di balai-balai sambil memerhatikan persekitaran tanpa sebarang tindakan. Bayangkanlah kalau anggota polis berhenti berkhidmat atau lebih tepat lagi mogok. Bayangkanlah kalau orang politik terpaksa mengupah gangster dan samseng untuk menjaga keselamatan mereka. Dan bayangkanlah orang politik menjadi MANUSIA PALING BACUL dan PALING PENAKUT untuk berhadapan dengan orang ramai apabila polis tiada.

Suatu ketika dahulu polis pernah mengajar DBKL tentang kepentingan peranan anggota polis trafik. Permintaan daripada DBKL dipenuhi. Selama dua hari tiada seorang anggota polis trafik yang bertugas. Hasilnya perjalanan dari Ampang ke Kuala Lumpur mengambil masa selama empat jam dalam kesesakan jalan raya yang MAHA TERUK!

Tapi elok juga... lepas ni, kita paksa mangkuk-mangkuk hayun yang duk hingaq kat polis tu, ganti polis. Teringin juga nak tengok Mahfuz Omar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, jadi polis di tepi jalan...

CUCU TOK WAN

DES : Justice For Aminurasyid and PDRM!

Apa Kata Mereka.........

Bela Aminulrasyid, elak kejadian berulang
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 30 April: Pembelaan ke atas Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis awal pagi Isnin lalu adalah sangat penting untuk mengelak kejadian sama terus berulang, tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Ingin saya tegaskan pembelaan atas kematian Allahyarham juga sangat penting untuk memperbetul kembali keadaan agar polis tidak bertindak sewenang-wenangnya. Polis perlu bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan akal yang waras," katanya.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa seluruh rakyat mengemukakan enam tuntutan keadilan untuk Aminulrasyid.

"Pertama, polis dan media mestilah menarik balik tuduhan dan tanggapan bahawa mangsa pembunuhan itu adalah penjenayah," katanya.

Polis dan media juga hendaklah memohon maaf secara pada keluarga mangsa kerana menuduh mangsa adalah penjenayah, kata Mahfuz.

"Ketiga, gantung tugas anggota polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati ke atas mangsa.

"Keempat, reman anggota yang terbabit untuk elak dari kemungkinan kejadian menggugut saksi khususnya kawan-kawan mangsa," katanya.

Suhakam pula, katanya, hendaklah menjalankan siasatan sesuai dengan kedudukannya sebagai badan hak asasi manusia untuk menegakkan keadilan.

"Di samping kesemua itu, satu suruhanjaya bebas hendaklah ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini yang telah mencemar nama baik institusi diraja yang memayungi Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mahfuz juga menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar agar tidak mengeluarkan kenyataan celupar yang meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden tersebut.

"Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

"Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

"Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis," katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid terbunuh selepas ditembak anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis.

PESANAN HANG NADIM

Kalau kita simpati dengan Allah Yarham bacalah......Al Fatihah
Anggaplah Kematian Allah Yarham sebagai sampai Ajalnya....
Kenanglah Jasa Polis......Banyak Kebaikan di laksanakan.....
Serahkan Keadilan dan keputusan Saksama oleh mahkamah
Jangan buat andaian dalam pemikiran anda saja....kerana anda benci Polis???
Fikirkan bagaimana jika Polis Cedera di Tembak atau di langgar ???
Fikirkan Kematian seorang Polis untuk mejaga keamanan Negara dan keselamatan Anda...
Orang Politik beri simpati saja jangan cari pengaruh dengan memburukan Polis
Allah yarham merayau lepas tengah malam apa fikiran anda ?????
kalau Polis Tembak waktu siang hari boleh juga difikirkan dan di persalahkan????
Seruan kepada Ibu bapa jangan biarkan anak anda memandu tanpa lesen
Jangan Biarkan anak anda merayau lepas tengah malam.....
Polis Malaysia Tidak bersifat zalim kecuali anda pernah /sedang/sudah di hukum kerana
Jenayah/kesalahan lalu lintas.....
POLIS TERUSKAN TUGAS LEBIH TEGAS...HAPUSKAN PENJENAYAH...KESAN ORANG YANG MENYEBAR KHABAR ANGIN DAN FITNAH...JANGAN TAKUT KEPADA ORANG POLITIK YANG CARI KESEMPATAN UNTUK MENJATUHKAN PDRM......

Kepada IBU BAPA
Kejadian ini dapat menjadi teladan kepada ibu bapa yang membiarkan anak memandu Tanpa Lesen.....Keluar Lewat malam....tidak ambil tahu kemana anak pergi...tiada ambil tahu siapa kawannya atau terlalu dimanjakan dan di beri kemewahan tanpa batas........
ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT

Dokumen-Dokumen Aduan Salahlaku Beberapa Pimpinan PAS (Untuk Download)
Artikel Anda Di Blog-list Malaysia
Aduan Salah Laku Beberapa Pimpinan PAS Pusat
Aduan Berkaitan Baaiah Taklik.mp3
Aduan Hasan Ali Memburukkan Kerajaan PR.wav
Aduan Kepada Ahli2 Majlis Syura 02.mp3
Aduan Rasmi Terhadap Hasan Ali kerana Melanggar Keputusan Muktamar Shah Alam dan Ipoh.pdf
Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat.pdf
Aduan Rasmi Tindakan Pesuruhjaya Selangor dan Timbalan Presiden PAS Pusat Kerana Mendedahkan Rahsia Parti Dalam Isu Baiaah Taklik.pdf
Aduan Terhadap Dato Harun Din Di Atas Pelanggaran Pendirian Parti Dalam Isu Kalimah Allah.pdf
AduanKepada Ahli2 Majlis Syura 01.mp3
Surat Lampiran Aduan Rasmi kepada PAS Pusat.pdf

Anda punya komen, artikel atau apa saja tentang situasi politik semasa? Hantarkan kepada kami. Kami akan paparkan untuk tatapan semua. Emailkan ke jeebond@gmail.com

http://penembak-tepat.blogspot.com/
http://pilihan-anda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.