Pages

Subscribe:

31 Ogos, 2010

[ hang nadim] Gaza oh Gaza.............Israel ?????



AMAN Malaysia sasar kutip RM7 juta untuk Gaza
2010/08/31
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN Malaysia) melalui Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) mensasarkan mengutip dana RM7 juta dalam tempoh dua bulan.

Pengerusi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata wang itu bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada November depan termasuk pembelian sebuah kapal.

Jika ada pihak yang sudi mewakafkan kapal milik mereka untuk misi bantuan kali ini, kita dapat menjimatkan daripada dana untuk projek lain di Gaza,” katanya pada sidang media ‘Misi Pelayaran Kemanusiaan Malaysia’ di sini, semalam. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Berhad, 564490208528 atas nama ‘Tabung Palestin Haluan’.

Selain membawa barang keperluan asas dan perubatan, misi kali ini juga akan membawa barangan binaan bagi melaksanakan mini projek seperti telaga air, pembinaan pusat kanser, pusat perubatan kanak-kanak dan bilik bedah di hospital.

Dr Noorazman berkata, 16 badan bukan kerajaan (NG0) di bawah LL4G akan mengadakan aktiviti dan kempen bagi mengumpul dana, termasuk menganjurkan majlis makan malam amal, golf amal, mini maraton, ceramah, pameran dan kempen kutipan melalui SMS di seluruh negara.

Perhimpunan Palestin akan diadakan di Stadium Bukit Jalil di sini pada Oktober depan yang dijangka dihadiri kira-kira 60,000 orang.

Hang Nadim....

Kalau Israel Menghalang Kapal Bantuan kemanusiaan ke Gaza.....
Senang Saja Semua Negara di Dunia Hantar Kapal Perang
dan Bom......Bom Israel Kedegilan Israel Perlu diajar
Mereka Tidak Mempunyai sifat kemanusiaan.....Binatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.