Pages

Subscribe:

12 Ogos, 2010

[hang nadim]Polis Indonesia-Malaysia kerjasama kendali kes ....

2010/08/12
JAKARTA: Pegawai Perhubungan Kanan Polis Kebangsaan Indonesia di Malaysia turut mengendalikan kes membabitkan warga republik itu, Mustawan Ahbab, yang ditahan pihak berkuasa negara jiran atas dakwaan keganasan, kata seorang jurucakap Kementerian Luar Indonesia.

Teuku Raizasyah memberitahu tempoaktif.com bahawa polis Indonesia bekerjasama dengan polis Malaysia berhubung kes berkenaan, lapor The Jakarta Post. Kedua-dua institusi akan menyiasat dan kemudian memutuskan pembabitan Mustawan dalam aktiviti keganasan, katanya.

Kedua-dua institusi akan menyiasat dan kemudian memutuskan pembabitan Mustawan dalam aktiviti keganasan, katanya.

Malaysia menahan Mustawan dan dua rakyat tempatan, disyaki militan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin kumpulan agama Abu Bakar Baasyir yang didakwa minggu ini di sini kerana membantu merancang serangan ganas, lapor media, semalam.

Pihak berkuasa Malaysia menahan suspek terbabit di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan suspek ditahan tanpa perbicaraan.

Abu Bakar ditahan kerana didakwa menubuhkan sebuah kumpulan pengganas dan kem latihan militan di wilayah Aceh yang merancang untuk melakukan pembunuhan berprofil tinggi dan serangan berdarah terhadap rakyat asing di Jakarta.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Musa Hassan dalam satu kenyataan disiarkan media memberitahu dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Indonesia ditahan Rabu lalu disyaki terbabit dalam aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara dan didakwa mempunyai kaitan dengan militan luar negara. Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.