22 Oktober, 2010
[hang nadim] Perlembagaan tak boleh diubah sesuka hati tanpa perkenan Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Golongan yang cuba mengubah Perlembagaan disifatkan sebagai tidak memahami semangat sebenar Perlembagaan ketika ia digubal bagi membolehkan negara mencapai kemerdekaan.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, mereka yang terbabit mudah terpengaruh dengan hasrat sesetengah pihak yang mahukan Perlembagaan diubah kononnya untuk tujuan yang lebih baik.
"Golongan itu ialah mereka yang faham mengenai Perlembagaan tetapi saja buat-buat tidak faham disebabkan fahaman politik bagi merosakkan kestabilan sosial negara.
"Tetapi yang menjadi mangsa adalah golongan yang langsung tidak tahu mengenai Perlembagaan, mereka ibarat boneka yang diperalat untuk menyokong perubahan dalam Perlembagaan walaupun sebenarnya perkara tersebut tidak boleh diubah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Atory berkata, kebanyakan orang hanya mengetahui Perlembagaan boleh dipinda jika mendapat dua per tiga undi di Parlimen.
Menurutnya, dalam Perlembagaan terdapat lima perkara yang langsung tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja iaitu mengenai darurat, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan juga hak keistimewaan orang Melayu.
Sementara itu Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Abdul Aziz Bari berkata, perkara tersebut sememangnya jelas dalam peruntukan undang-undang di mana Perlembagaan tidak boleh diubah sesuka hati walaupun mendapat persetujuan 100 peratus daripada Parlimen.
Dalam mengubah Perlembagaan, katanya, ia memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja begitu juga dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia dahulu.
Pindah Menara Warisan Merdeka ke Kampung Baru
KUALA LUMPUR 22 Okt. – UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan memindahkan projek pembinaan Menara Warisan Merdeka ke Kampung Baru di sini bagi membolehkan nilai hartanah orang Melayu di situ naik berganda pada masa depan.
Wakilnya, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah memindahkan menara 100 tingkat itu ke Kampung Baru lebih wajar berikutan tapaknya yang luas.
“Saya memohon kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memikirkan, apa salahnya menara itu dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru.
“Di Kampung Baru kita mempunyai 92 hektar manakala tanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan dibangunkan bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara hanya 8.8 hektar,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi di sini hari ini.
Menurut beliau, langkah memindahkan menara itu ke Kampung Baru juga adalah bagi membolehkannya menjadi mercu tanda kejayaan orang Melayu di negara ini.
“Saya percaya orang Melayu di Kampung Baru akan bersetuju sungguh-sungguh dengan cadangan ini,” kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Johari yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa mencadangkan supaya diwujudkan sebuah institusi baru yang mirip PNB tetapi dengan fungsi berlainan.
Beliau berkata, langkah itu perlu dibuat kerana konsep yang diamalkan oleh PNB sekarang tidak lagi bersesuaian pada zaman ini bagi membolehkan orang Melayu mengharungi cabaran Program Transformasi Ekonomi (ETP).
“PNB adalah pelabur pasif dan tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat yang dilaburnya dan ia juga tidak membangunkan kemahiran keusahawanan Melayu secara besar-besaran.
“Ia juga tidak melatih profesional Melayu dan mengembangkan bakat pengurus kaum ini dalam industri dan sektor yang dilaburnya,” ujarnya.
Tambah beliau, institusi baru yang dicadangkan itu akan memberi tumpuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu agar mereka dapat terlibat secara langsung dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan 131 projek yang dikenal pasti di bawah ETP.
“Langkah ini bertujuan memastikan masyarakat Melayu tidak tertinggal dalam arus pembangunan ekonomi dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin menyokong penuh cadangan Johari supaya memindahkan Menara Wawasan ke Kampung Baru.
Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda cawangan Kariah Atas A itu berkata, cadangan memindahkan projek itu adalah baik dan lebih membantu orang Melayu khususnya di kawasan berkenaan.
‘‘Bayangkan jika di tanah orang Melayu di tengah-tengah bandar yang strategik dibina bangunan sebegitu indah, pastinya ekonomi orang Melayu akan melonjak dengan cepat dan lebih terjamin,’’ katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berharap, Perdana Menteri dapat mempertimbangkan cadangan itu.
Cawangan Kariah Atas A adalah salah sebuah daripada 26 cawangan UMNO di keseluruhan Kampung Baru yang terletak dalam bahagian Titiwangsa.
Tambahnya, permintaan kaum lain tidak boleh sewenang-wenangnya dipersetujui tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
"Sehubungan itu tidak timbul isu bahawa Perlembagaan terancam atau pun dapat diganggu gugat selagi Majlis Raja-Raja tidak bersetuju Perlembagaan itu dipinda," katanya yang juga merupakan pakar Perlembagaan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizamudin Sulaiman berkata, memang terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja jika ada pihak yang berhasrat untuk memindanya.
Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh diubah dengan hanya mendapat majoriti mudah atau dua pertiga undi di Parlimen selain lima perkara utama tadi.
"Perkara seperti pilihan raya misalnya boleh dipinda dengan menggunakan dua pertiga undi di Parlimen tanpa perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja," katanya
15 kes blog sebar fitnah dirujuk Peguam Negara
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai desakan beberapa wakil UMNO negeri pada perhimpunan itu yang mendesak supaya kerajaan tidak lagi sekadar mengeluarkan amaran sebaliknya bertindak tegas terhadap blog penyebar fitnah dan tuduhan palsu.
Menurut Rais, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.
‘‘Saya turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman,’’ katanya.
Ambil kira kepentingan Melayu
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kerajaan diingatkan supaya sentiasa mengambil kira kepentingan agenda Melayu dalam menggubal sebarang perancangan dan dasar termasuk Model Baru Ekonomi (MBE) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mac lalu.
Wakil Melaka, Hasnoor Sidang Husin berkata, berdasarkan penelitiannya, MBE dan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) masih mempunyai kelemahan yang pastinya akan merugikan bangsa Melayu antara lainnya tiada agenda khusus bagi memantapkan ekonomi Melayu secara tuntas dan berkesan.
Beliau berkata, model ekonomi tersebut dilihat tidak mengambil kira aspek keadilan sosial dan keharmonian kaum sekali gus membawa kepada jurang sosio ekonomi yang lebih melebar.
"Kalau UMNO tidak lagi memperjuangkan untung nasib Melayu, apalah ertinya kita masih berada dalam dewan keramat ini dan dalam kita mengejar kemajuan untuk negara, jangan sampai Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.
"Membiarkan daging dinikmati oleh orang lain dan bangsa Melayu hanya mendapat tulang-tulang untuk dijadikan makanan, jangan jadi umpama itik mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan, jika kita terleka dalam proses memajukan negara ini, ia akan menjadi senjata baru untuk menjajah bangsa Melayu," katanya.
Beliau berucap membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
MBE dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini 30 Mac lalu dengan menggariskan fokus pemulihan mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana; meningkatkan daya saing Malaysia; merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta dan meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi.
Selain itu, ia juga bertujuan membina ekonomi yang inovatif dan transformasi nekad serta perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan.
Hasnoor berkata, meskipun mengakui dasar MBE adalah baik untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, beliau khuatir model ekonomi itu menjadi 'senjata makan tuan' apabila terdapat banyak fakta tidak seimbang ditonjolkan terhadap kelemahan pelaksanaannya.
"Dengan mempromosikan pasaran bebas dan gagal menerima hakikat pasaran tidak semestinya sentiasa sempurna, kita bimbang, ia akan lebih menguntungkan golongan yang kuat dan merugikan mereka yang lemah terutama orang Melayu dan bumiputera.
"Liberalisasi terhadap semua sektor tanpa mengambil kira kepentingan Melayu akan menjadikan usahawan Melayu terpinggir dan MBE juga dilihat terlalu memberikan tumpuan terhadap pertumbuhan tetapi mengabaikan aspek agihan," katanya.
Dalam pada itu, Hasnoor turut melemparkan kritikan terhadap rakan-rakan UMNO dalam komponen Barisan Nasional (BN) tentang tanggungjawab mereka untuk turut sama menjayakan dasar pemilikan ekuiti 30 peratus bumiputera seperti yang terkandung dalam DEB.
Menurutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dengan berani meletakkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai asas negara dan juga membentuk DEB sebagai satu dasar kerajaan khususnya dalam pemilikan 30 peratus ekonomi untuk orang Melayu.
"Persoalannya apakah orang bukan Melayu benar-benar komited dan berusaha untuk menjadikan sasaran itu benar-benar terlaksana.
"Apakah ahli perniagaan Cina dan para pemimpin mereka benar-benar mengambil dasar itu sebagai satu perkara yang mereka juga bertanggungjawab melaksanakannya," ujarnya.
Hasnoor berkata, kegagalan DEB adalah kerana orang bukan Melayu yang mempunyai penguasaan ekonomi, tidak membantu ke arah pencapaian sasaran ekuiti 30 peratus bumiputera sebaliknya mempertikaikan pula dasar tersebut.
"Pada pendapat saya, orang bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN. Sudah sampai masa dan ketikanya, jika ayahanda (Tun Razak) berani membuat DEB, anaknya pula mesti dengan berani melaksana dan menjayakan dasar itu tanpa sebarang kompromi," katanya.
Friday October 22, 2010
PM: 1Malaysia concept is leaders’ unity vision
THE 1Malaysia concept was formulated to continue the pragmatic vision of previous Umno and government leaders who wanted to promote national unity, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
The concept, he said, was first started by Tunku (Abdul Rahman) through the setting up of Perikatan and continued by Tun Abdul Razak Hussein who expanded the coalition into Barisan Nasional.
Other prime ministers also continued the legacy through various concepts, including the Bangsa Malaysia concept propagated by Tun Dr Mahathir Mohamad and the push for the national mission by Tun Abdullah Ahmad Badawi, he said.
“The 1Malaysia concept is also in line with the Islamic values and spirit shown by Prophet Muhammad in setting up the early Islamic state and civilisation in Madinah.
“The community in Madinah at that time was made up of various ethnic groups and religions but they lived in harmony based on a constitution that was centred on religion and fairness to all, including the right to practise their own religions,” he said in his presidential address.
Thus, he said, the 1Malaysia concept was not a new vision but something that had been formed by the country for so long and would continue to remain its future vision.
“Let’s not ever forget that the first bridge between the states in the peninsula, and Sabah and Sarawak was a political bridge in the form of Barisan Nasional which was set up 11 years after Malaysia was established,” he said.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.