Pages

Subscribe:

09 November, 2010

[ hang nadim] Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan ditubuh........Tahniah

















PUTRAJAYA 9 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang berperanan menasihati beliau selaku Menteri Pelajaran berhubung isu-isu berkaitan pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan tujuh anggota majlis yang terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan.

Mereka ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin sebagai Pengerusi; Profesor Emeritus Jabatan Sejarah Fakulti Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim; dan Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid.

Turut dilantik ialah Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Sidek Baba; Pengerusi Sekolah Antarabangsa Cempaka, Datin Freida Mohd. Pilus; Pengerusi Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan.

''Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud turut dilantik sebagai anggota MPPK," kata Muhyiddin selepas mempengerusikan buat pertama kalinya mesyuarat majlis berkenaan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan merujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan antaranya meliputi sistem pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah, hala tuju pendidikan dan pembangunan modal insan serta kebolehpasaran.

MPPK turut menjadi tempat rujukan beliau bagi merapatkan jurang pendidikan daripada aspek akses ekuiti dan kuantiti dalam pendidikan, perkembangan kurikulum, penilaian dan pentafsiran pendidikan, pengukuhan dasar untuk perancangan dan penggubalan dasar pendidikan berkaitan pengurusan meliputi soal kepimpinan, penyeliaan kebolehlaksanaan, penyeliaan profesionalisme pendidikan serta isu-isu pendidikan.

Selain itu, katanya, ia turut melibatkan pengurusan pendidikan di samping membuat penilaian terhadap isu-isu pendidikan secara objektif dan mengemukakan strategi serta kaedah penyelesaian yang praktikal dalam menangani isu-isu tersebut.

''Penubuhan majlis ini adalah pertama kali dalam sejarah kerana saya berpendapat proses perkembangan (pendidikan) dalam negara adalah begitu dinamik.

''Perkembangan ini ada hubungkait dengan soal modal insan dan pastinya pendidikan sesuatu yang utama, kita hendak melihat ke hadapan untuk tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan dasar dan transformasi yang dilakukan kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata, tujuh pakar akademik yang dilantik itu adalah untuk tempoh dua tahun dan mereka boleh dilantik semula selepas jangka masa itu dengan persetujuan menteri.

Beliau berpendapat penubuhan majlis itu sangat relevan dan signifikan kerana apa yang hendak dilakukan adalah untuk kepentingan negara.

Katanya, majlis itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Ditanya sama ada majlis berkenaan akan terlibat dalam merangka dasar kerajaan, Muhyiddin berkata, mereka hanya memberikan pandangan dan kerajaan akan menelitinya sebelum dilaksanakan.

''Mereka boleh berjumpa dengan badan-badan yang ada kepentingan dalam soal pendidikan negara untuk mendapatkan maklumat lebih jelas sebelum memberi cadangan kepada menteri, saya serahkan kebijaksanaan mereka menguruskan perkara ini," katanya.

7 pakar akademik dilantik ahli MPPK
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/11/10
Majlis berperanan nasihat menteri dalam soal pembangunan, isu pendidikan negara

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan pelantikan tujuh pakar akademik sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang berperanan menasihati menteri dalam soal pembangunan dan isu pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata MPPK dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau berkata, enam anggota MPPK lain ialah Pensyarah Jabatan Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Emiritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Barjunid dan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba.

Pengerusi Sekolah Antarabangsa Cempaka, Datin Frieda Mohd Pilus; Pengerusi Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, MPPK akan bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada Menteri Pelajaran untuk menentukan hala tuju pendidikan masa depan serta usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Beliau berkata, wakil kementerian dalam MPPK pula ialah Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.
Katanya, MPPK akan berfungsi sebagai penasihat kepada Menteri Pelajaran dalam bidang pembangunan pendidikan, pengurusan pendidikan dan isu pendidikan termasuk mengemukakan strategi serta kaedah yang praktikal untuk penyelesaian.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kerana saya berpendapat proses pembangunan pendidikan dalam negara ini adalah dinamik dan pelbagai perkara yang berlaku semuanya ada hubung kait dengan soal modal insan dan pastinya soal pendidikan adalah sesuatu yang utama.

“Kita juga melihat ke hadapan, 10 tahun ke hadapan selaras dengan dasar kerajaan dan program transformasi yang kita bincangkan ini juga ada hubung kait dengan pembangunan modal insan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi menentukan terma rujukan MPPK di kementerian itu, semalam.

Muhyiddin berkata, tujuh pakar akademik yang dilantik itu adalah untuk tempoh dua tahun dan mereka boleh dilantik semula selepas jangka masa itu dengan persetujuan menteri.

Katanya, MPPK akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Mengenai fungsi MPPK dalam penggubalan dasar pendidikan, Muhyiddin berkata, ia tidak akan membuat keputusan tetapi boleh memberi pandangan dalam pembentukan dasar atau sesuatu perkara yang perlu penilaian semula

7 appointed to advisory council on education

PUTRAJAYA: The Education Ministry has appointed seven prominent intellectuals and educationists to sit on the National Education Advisory Council which will act as its official think-tank.
Chaired by former Education director-general Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, the council, which met for the first time here yesterday, will advise the education minister on all matters related to the country's education system.

The other council members are historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Inti International University deputy vice-chancellor Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, International Islamic University Malaysia's professor of education Prof Datuk Dr Sidek Baba, Cempaka International School chairperson Datin Freida Mohd Pilus, Sarawak Islamic Educational Services bureau chairman Datu Dr Adi Badiozaman Tuah and Universiti Sains Malaysia's social sciences faculty deputy dean (graduate studies and research) Associate Prof Dr Sivamurugan Pandian.


Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who met council members to outline their terms of reference yesterday, said that the council would look into the country's educational development from early childhood to higher secondary level.


"The council will also advise me on educational infrastructure, educational divide related to access, equity and quality of education, future direction of the education system, development of human capital, curriculum development, consolidation and review of policies, and education management.

"The council will also make evaluations on issues related to education and provide practical strategies and solutions to tackle the issues."


Muhyiddin, who is also education minister, said the council members could be called on to present their views on any pressing and relevant matters by the ministry.

"For now, it has been decided that they meet twice or thrice a year."

Asked if the council would serve as a mediator between the ministry and the public, Muhyiddin said while council members would not make public announcements, they would be free to collect feedback from the public and interested quarters.


"I feel the time has come for us to be open-minded because whatever we do is not for the ministry's interest but the country's.

"Even in the past, we have always obtained input from all quarters through the process of engagements, roundtable discussions and consultations.

"We need to look ahead 10 years in line with the government's policy of transformation and the need to generate quality human resource for further development."

Later in the afternoon, Muhyiddin handed out appreciation awards to the winners of the World Robot Olympiad 2010 at the ministry.

Malaysia emerged the overall winner for the second consecutive year, beating 250 other teams from 22 countries in the World Robot Olympiad 2010 held in Manila from Nov 5 to 7.

Malaysia, which was represented by 13 teams comprising 50 primary and secondary school students, teachers and mentors, won two gold and three silver medals, and two special awards for creativity.

The two gold medals were won by teams from Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu, Sarawak, and Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling Ayer Hitam, Penang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.